10

2.4K 93 15
                                    

LUF mengenakan sehelai baju kemeja berwarna biru lembut ke badannya yang tegap dan elok terbentuk itu. Satu per satu butang bajunya dikancing sehinggalah ke butang di pergelangan tangan. Laci di dalam closetnya ditarik menampakkan susunan pelbagai warna tali leher yang berada di dalam koleksinya. Matanya diliarkan secara sekali imbas sebelum tangan menarik sehelai tali leher berwarna kelabu gelap. Dia kemudian menghadap semula cermin tinggi di depannya. Tali leher diletakkan di leher. Berpusing-pusing tangannya dan hampir sahaja membelit leher sendiri.

Ikat tie pun tak tahu! Kelakarlah abang Gab ni! 

Tangan Luf terhenti dan dibiarkan sahaja tali leher membelit lehernya. Dia terkaku sekejap sebelum kepalanya menunduk. Matanya dipejamkan. Segera tali lehernya digenggam kuat dan dia melangkah keluar dari bilik. Langkahnya dibawa ke arah bilik paling hujung sekali. 

Gabungan beberapa nombor ditekan di tombol pintu. Ya, Luf mengunci Aura di dalam bilik dan pintu biliknya mempunyai kod keselamatan tersendiri. Malah cctv  juga ada di dalam bilik Aura tanpa pengetahuan siapa-siapa pun. Cukuplah malam tadi, kelakuan dan semua pergerakan Aura menjadi bahan tontonannya sebelum dia dibuai lena. 

Aura sedikit pun tidak berpaling walaupun pintu biliknya sudah dibuka. Dia duduk di atas katil menghadap ke arah balkoni bilik. Langsir diselak sehingga habis membiarkan sinaran cahaya matahari pagi menerjah masuk. 

Luf menapak masuk. Dia berhenti sebaik sahaja sampai di sebelah Aura. Luf terpana. Wajah tenang dan polos Aura yang sedang mendongakkan sedikit kepalanya sambil memejakan matanya itu membuatkan hati Luf ikut menjadi tenang. 

Kulit coklat Aura yang bergabung dengan cahaya jingga matahari membuatkan Aura nampak berkilau bak emas. Sangat mempesonakan!

Luf mendapat idea nakal. Langkah diambil dan Luf berdiri di depan Aura. Mukanya ditundukkan sedikit mendekati muka Aura. 

Berkerut muka Aura bila tiba-tiba dia terasa redup. Hidungnya kembang kempis menghidu sesuatu yang sangat familiar. Hmm … wanginya. 

Aura menggali nafasnya dalam-dalam menikmati bau enak itu sambil matanya masih dipejamkan. Mukanya yang berkerut kembali mengendur bila mukanya kembali merasa hangat matahari. Namun hanya sekejap bila ianya kembali meredup. Panjang semula muncung mulut Aura. 

“Hah!” 

Terkebelakang tubuh Aura, mujur sahaja sempat kedua-dua tangannya ditongkatkan mengelak dari dia jatuh terlentang. Hampir bercantum keningnya melihat muka Luf betul-betul di depan mukanya siap dengan senyum tajamnya.

“Luf…” Aura telan liur. Luf dibelek-belek dengan anak matanya. Kacak berkemeja dan bauan wangian menusuk-nusuk kuat lubang hidung Aura. 

“Bangun,” arah Luf senada sahaja. Tajam matanya masih berada di muka Aura. 

Perlahan-lahan Aura bangun. Tidak kuasa mahu bergaduh dan merayu dengan Luf sebab Aura tahu Luf tidak akan melayan. Kalau Luf punya hati tentu sahaja Luf tidak akan mengurung Aura tanpa sebab di sini. 

“Kau pandai ikatkan tie?” soal Luf dengan suara garaunya setelah dia diam menikmati wajah comel milik Aura sebelum dia tersedar yang dia tidak patut begitu. Takut dia terlajak tetapi Luf akui, mata bulat dan berwarna hazel terang milik Aura betul-betul menarik perhatiannya.

“Pandai. Kenapa?” soal Aura polos. 

“Tolong ikatkan,” arah Luf sambil memandang tali leher yang tergantung di lehernya. 

Aura telan liur. Matanya ikut memandang ke sama. Tanpa sedar, terbit tawa dari mulut kecil Aura. 

Luf tahu sangat Aura sedang seronok mentertawakannya tetapi entah, Luf suka pula tengok senyuman dari bibir kecil dan merah milik Aura. 

AURA LUF - TERBIT -Where stories live. Discover now