Knowing You

3.4K 300 67
                                    

Halilintar mengheret Gempa masuk ke dalam sebuah pasar raya yang tidak jauh kedudukannya dari kawasan perumahan mereka. Gempa pula dengan terpaksanya mengikut sahaja walaupun kena tahan malu apabila orang-orang di sekitar mereka mula memandang mereka hairan.

Gempa: Uuhh... Halilintar? Kita nak buat apa dekat sini?

Halilintar tidak membalas. Dia hanya berjalan sahaja menuju ke hadapan setelah mengambil sebuah bakul untuk mengisi barang untuk dibelinya.

💖💞__•°•●▽●•°•__💞💖

Kini mereka berdua berada di kawasan sayur. Halilintar melihat-lihat sayur-sayuran yang dipasarkan oleh pasar raya itu. Agak sukar baginya yang masih amatur dalam memilih sayur yang mana sesuai. Kerana sebelum ini pun kebanyakkannya sayur dan barang keperluan dapur sering dibeli oleh Tok Aba. Jika dia datang untuk membantu Tok Aba sekalipun, pasti Tok Aba sudah memberikan senarai untuk dibeli sahaja.

Namun nampaknya Halilintar sedang mengalami kesukaran. Dia tidak tahu harus isikan dengan apa bakul kosong di tangannya itu.

Gempa memandang ke arah Halilintar dengan pandangan hairan. Dia menatap pula ke arah sayur-sayuran yang ditenung lama oleh Halilintar. Tertanya juga kenapa lelaki di sebelahnya ini diam tidak terkutik merenung sayur-sayuran di hadapan mereka.

Gempa: Uuhh... Halilintar? Kenapa ni?

Hali: T-tak... A-aku cuma... L-lupa Tok Aba nak masak apa hari ni.

Gempa: Oh... Ingatkan awak tak tahu nak beli sayur apa.

Hali: BUKANLAH!! AKU CUMA LUPA FAHAM TAK?!

Jeritan Halilintar membuatkan Gempa terkejut. Habis orang di sekeliling mereka memandang mereka berdua dengan pandangan aneh.

Gempa menutup mulutnya dengan mengetap bibirnya. Dia ada tersalah cakap ke? Walaupun mungkin Gempa dapat merasakan bahawa tekaannya betul? Tapi takkan nak katakanya secara depan-depan, kan?

Gempa: Errr... N-nak saya tolong?

Halilintar terdiam apabila dia baru tersedar akan silapnya. Dia melirik ke sekelilingnya. Memang orang sekelilingnya sedang memandangnya aneh. Aduh, malunya!

Untuk menutup malu, Halilintar berdehem kecik lalu mengangguk.

Hali: Aku boleh je. T-tapi kau tahu ke??

Halilintar memberikan pandangan seolah-olah menyindir pada remaja yang lebih rendah darinya itu. Gempa tidak mempersoalkan hal itu. Dia hanya mengukirkan senyuman manisnya sahaja.

Gempa: Yup! Mula-mula saya kena tahu dulu hari ni nak masak apa?

Hali: N-nak masak sayur kangkung goreng dan colek mangga. Dan... Kalau tak silap Tok Aba nak masak sardin je.

Gempa mengangguk faham. Dia pun mula mencari sayur yang ada di depannya. Dia ternampak sayur kangkung yang diikat beserta jumlah harganya. Gempa mengambilnya.

Gempa: Semua makan tak sayur kangkung?

Halilintar hanya mengangguk.

Gempa: Baiklah.

Gempa mengambil 3 ikat sayur kangkung lalu diletakkan di dalam bakul. Tidak lama kemudian dia melangkah ke arah buah-buahan. Dia mencari pula sesuatu di sana.

Halilintar hanya mengekori sahaja Gempa dari belakang. Jauh di dalam benak hatinya, dia sedikit kagum dengan kehandalan Gempa dalam mengenalpasti jenis sayur-sayuran yang ada di setiap rak yang luas dan berbagai jenis itu. Dan ditambah pula Halilintar semakin kagum apabila Gempa dapat menjangka seberapa banyak jumlah yang dapat dia dan adik-beradiknya makan.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now