Knowing You (Part 2)

3.2K 276 30
                                    

Gempa: Ha-Halilintar tunggu!!

Gempa bertungkus-lumus cuba mengejar Halilintar dari belakang. Mereka begitu cepat sekali tiba ke rumah mereka dan Halilintar pula sudah meluru masuk ke dalam tanpa menghiraukan panggilan Gempa.

Taufan dan Blaze yang sedia ada di ruang tamu sambil bermain kad UNO terus memandang hairan ke arah 2 remaja itu.

Gempa tidak sempat untuk mengejar Halilintar kerana dia sudahpun naik ke tingkat atas. Gempa akhirnya mengalah. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya untuk mendapatkan balik oksigen yang dilepaskannya.

Taufan dengan prihatin bersama Blaze berjalan menghampiri Gempa dan mengambil barang-barang yang dibeli oleh Halilintar dan Gempa.

Taufan: Kenapa dengan Hali tu?

Blaze: Kau gaduh lagi ke dengan dia?

Gempa dengan pantas menggelengkan kepalanya menidakkan persoalan Taufan dan Blaze.

Gempa: Saya akan ceritakannya sebaik sahaja kita selesai berkemas barang ini semua.

Taufan dan Blaze tidak membantah. Mereka berdua pun menolong Gempa mengemas barang-barang yang dibeli di dapur dan turut dibantu sama dengan Thorn yang baru selesai berkebun di belakang rumah.

💞◇_•°◆💖(❁´‿'❁)💖◆°•_◇💞

Gempa menatap beg-beg serta bagasinya yang banyak dibawanya berada di lorong jalan. Dia sendiri berasa rimas dengan beg-begnya yang seolah-olah menghalang jalan laluan untuk ke sana dan kemari.

Kebetulan Ais baru keluar dari biliknya bertembung dengannya terus disapa oleh Gempa.

Gempa: Eemm.. Ais?

Ais: Hm..?

Gempa: Awak tahu tak bilik saya di mana?

Ais: Hmmm... Tok Aba kata, kau kongsi jelah dengan kami.

Gempa: Eh?! K-kongsi?!

Ais mengangguk mengiyakan pertanyaan dari Gempa. Dia hairan sedikit kenapa remaja sebayanya itu begitu terkejut. Normal lah kan kalau tidur sebilik?

Gempa: Eeerr... K-kalau saya tidur di luar boleh tak?

Ais berkerut dahinya.

Ais: Kenapa? Kat luar sejuk dan banyak nyamuk. Kau tidur jelah dengan kitorang. Apa susah?

Gempa tetap menolaknya. Dia dengan sigap menggelengkan kepalanya tanda menolak. Gempa tidak mahu tidur sebilik dengan sesiapapun. Baginya dia seolah-olah akan mengganggu privasi mereka.

Ais: Habis? Kau nak tidur mana?

Gempa terdiam. Jika di luar sudah susah, dan di bilik pula susah, di mana lagi? Dapur?

Seketika Gempa termenung, dia ternampak sebuah bilik stor yang pernah diceritakan oleh Taufan sebelum ini.

Gempa: Ais, kalau saya tidur di bilik stor tu... Boleh?

Ais memandang ke arah bilik stor yang ditunjukkan oleh Gempa. Sekilas dia memandang Gempa semula.

Ais: Kau pasti? Stor tu memang takde isi apa pun. Tapi memang kosong lah.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now