That Night

3.2K 280 13
                                    

Suasana waktu makan malam agak sunyi dan hening di dalam rumah Tok Aba. Masing-masing menyantap makanan dengan keadaan yang senyap tanpa ada seorang pun yang membuka suara.

Tok Aba mendengus kesal apabila dia melihat keadaan cucu-cucunya yang ternyata tidak membuahkan sebarang hasil keakraban langsung. Mengingat kembali akan hal tadi siang di mana berlaku pertelingkahan kecil antara Halilintar dan Gempa, semua orang yang baru balik terus terkejut mendengar pekikan suara Halilintar dari tingkat atas.

Sejurus Halilintar keluar dari biliknya dan ingin menuju ke tangga, tiba-tiba dia dikejutkan dengan kemunculan Tok Aba beserta adik-adiknya yang lain sedang memandangnya dengan pandangan amarah.

Halilintar dileter oleh Tok Aba dengan keras sekali kerana telah berkelakuan kasar pada Gempa. Taufan, Thorn dan Ais cuba melihat keadaan Gempa dan ingin memeriksa luka Gempa namun Gempa hanya mengelak dan menyatakan bahawa dia baik-baik saja.

Semenjak dari saat itu, seisi rumah Tok Aba mula diam dan tidak riuh seperti biasa.

Gempa sedar akan perubahan di kawasan sekitarnya. Dan dia tahu bahawa dialah penyebab utama keadaan yang tegang itu berlaku. Perasaan serba salah menguasai dirinya. Dia tidak mahu melihat keluarga baharunya bertengkar hanya kerana dia.

Sudu yang dipegang olehnya diletakkan di atas pinggang. Gempa pun berhenti makan.

Gempa: Eerr... B-boleh saya cakap sesuatu?

Semua orang terdiam dan berhenti dari acara makan mereka. Masing-masing menumpukan perhatian mereka kepada Gempa termasuk Halilintar dan Solar walaupun sekadar jelingan.

Gempa: S-sebenarnya... Saya nak minta maaf. S-sebab saya... Korang semua bergaduh. Maafkan saya. Saya... Akan cuba perbaiki diri saya.

Tok Aba yang duduk di sebelah Gempa tersenyum lembut. Dia kemudiannya mengusap kepala Gempa dengan lembut.

Tok Aba: Alah, takpe. Atok tak kisah lah. Lagipun diorang ni sudah biasalah gaduh-gaduh semua ni. Lama-lama nanti kamu biasalah tu.

Gempa hanya mengangguk sekadar ingin membalas kata-kata Tok Aba. Dia menatap ke arah nasi yang berada di dalam pinggangnya. Masih banyak lagi tapi dia sudah tidak berselera ingin makan.

Gempa cuba untuk memaksa dirinya untuk makan juga. Tapi nampaknya perutnya sudah tidak dapat menerima suapan lagi. Gempa akhirnya mengalah. Dia berhenti dari sesi makannya lalu mengangkat pinggan dan berjalan mendekati singki.

Taufan: Eh, kau tak nak makan dah ke, Gempa?

Gempa sekadar bergumam kecil sambil mencuci pinggan mangkuknya. Dia kemudiannya menempatkan semula pinggan yang sudah dilap olehnya di rak pinggan lalu beredar pergi.

Sebelum Gempa betul-betul keluar dari ruang dapur, dia sempat mengucapkan salam kepada mereka.

Gempa: S-saya masuk tidur dulu. Selamat malam..

Dan Gempa meneruskan langkahnya menaiki tangga menuju ke tingkat atas.

Yang lain yang masih ada di ruang dapur melihat pemergian Gempa dengan ekor mata sahaja kecuali Halilintar dan Solar.
Tok Aba mendengus kesal. Wajah cucu-cucunya yang kembar 6 itu ditatap sayu. Manakala Taufan, Blaze, Ais dan Thorn hanya diam sambil meneruskan makan saya. Namun Halilintar dan Solar sama sekali tidak terjejas dengan situasi itu. Bagi mereka ia diibaratkan dengan hembusan angin yang sudah berlalu pergi.

Tok Aba: Apa sudah jadi dengan kamu semua ni? Kenapa ada yang berkelakuan kasar pada Gempa?

Taufan: K-kami tak bermaksud pun tok... Kami cuma....

Solar: Dia tidak selayaknya menerima perilaku yang baik dari kami tok. Biarlah dia macam tu.

Tok Aba menjeling Solar geram. Sudunya yang dipegang terus diletakkan ke dalam pinggangnya yang sudah kosong.

Tok Aba: Apa yang kamu benci sangat pada dia, hah?

Solar: Dia dah hancurkan bahan eksperimen Solar lah, tok! Ada ke patut?! Lepastu minta maaf macam tu je! Ada ke patut??

Blaze: Itu sebab kau terlalu mementingkan eksperimen kau yang tak guna tu! Memang padanlah ia hancur!

Solar: Tch! Berani kau!!

Tok Aba: Sudah! Sudah!! Apa korang bergaduh depan makanan ni, hah?! Takde adab ke?!

Terdiam Solar dan Blaze apabila ditegur oleh Tok Aba. Yang lain juga turut berdiam diri sambil menundukkan wajah mereka menatap makanan masing-masing.

Halilintar yang sedar tadi lagi berdiam diri tiba-tiba bangkit dari duduknya dan berjalan menuju ke arah singki.

Ais: Tak nak tambah ke Abang Hali?

Halilintar hanya bergumam tanda menolak pelawaan itu. Setelah selesai mencuci tangannya dan pinggan yang digunakan untuk makan, Halilintar pun terus bergerak keluar dari ruang dapur dan menuju ke tingkat atas.

Suasana menjadi sunyi sekali. Agak sukar bagi Taufan kerana dia memang cukup anti dengan suasana yang suram dan membosankan itu. Namun dia tahu, jika dia cuba menceriakan suasana pun pasti keluarganya akan mengabaikannya.

Tapi tidak salah kalau mencuba, kan?

Taufan: Atok, tahun depan kami tingkatan 4. Atok nak kami terus belajar di sekolah yang sama tu atau mahu kami belajar di MRSM?

Thorn: Ah, yelah. Keputusan PT3 kita sudah keluar. Mesti tawaran kolej dan politeknik sudah keluar untuk diisi.

Tok Aba diam sambil memikirkan soalan Taufan.

Tok Aba: Hmm... Kalau korang berpisah nanti, siapa nak jaga Tok Aba pula?

Tok Aba membuka suara pula untuk sekadar mengikut alur perbualan cucunya. Mendengar pencanggahan daripada atoknya, Taufan tersenyum-senyum kambing sahaja sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Thorn: Thorn nak duduk dengan atok! Supaya nanti tak perlu risau kalau rindukan atok!

Ucap Thorn seraya memeluk Tok Aba dengan kasih sayang. Tok Aba senyum terharu mendengar balasan dari Thorn lalu menepuk belakang cucunya itu dengan lembut.

Blaze: Mana aci! Aku pun nak duduk dengan Tok Aba!

Ais: Eleh, kau duduk dengan atok atau tak pun bukannya ada beza sebab kau tu dengan semua boleh masuk.

Blaze: Eh, lain lah!

Taufan: Apa yang lainnya?

Blaze: Kalau duduk sorang diri, aku akan cepat bosan! Kalau duduk dengan Tok Aba, bolehlah main video game dekat rumah puas-puas! Lepastu kalau nak duit untuk beli game baru tu tunggu mintak je! Terus dapat!

Solar: Amboi kau. Membazir betul! Berapa sangat hah harga game kau tu?

Blaze: Aaa... Ehehehe... Takdelah mahal sangat. RM 50 ke RM 80 camtu je. Itu pun kalau ada diskaun...

Tok Aba: Hmmph! Pandai lah kau! Habis jugak duit atok nanti.

Semua yang berada di situ mula mentertawakan Blaze apabila diperli oleh Tok Aba. Bahkan, Solar yang tadinya kesal akan situasi yang berlaku tadi siang pun sudah melupakannya manakala Ais hanya tersenyum sahaja.

Mereka kembali menikmati makan malam mereka dalam keadaan yang ceria dan dalam suasana yang damai.












°•°•°•TO BE CONTINUE•°•°•°

Ok guys! Akhirnya boleh update! So kepada yang sudah sudi memberikan pilihan mereka author ingin ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kerana sudi bersuara. (*^ω^*)

Kepada yang tidak takpe author tak marah. Sekurang-kurangnya korang vote story author yang entah apa-apa ni. Dan maaf tapi perwatakan author memang dingin dan kejam macam ni. Mohon jangan ambil hati, ya?

Dan, oh! Tolong doakan keselamatan dan kesihatan penduduk Malaysia ya? Sekarang kami khuatiri penyakit coronavirus merebak dan diharap semua menjaga kesihatan masing-masing. Utamakan kesihatan, ya? (^_^)

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now