Thanks for Your Kindness

3.3K 298 46
                                    

Gempa: Sudah-sudah! Lap air mata korang tu!

Gempa segera mendapatkan tisu untuk kembar 6 tadi lalu dihulurkannya kepada mereka. Dia sempat menjeling ke arah Halilintar dan Solar yang kelihatannya mereka juga ikut menangis tetapi tidak sekuat yang lain.

'Pelik... Diorang ni jenis yang sentimental ke apa? '

Gempa melihat pula ke arah Ais. Lelaki itu juga kelihatannya menangis agak teruk sehingga keluar hingus. Gempa memandangnya hanya dengan senyum senget.

Gempa: Kenapa korang semua menangis? Saya tak rasa cerita saya ni sedih sangat.

Taufan: Gila ke tak sedih!? Gempa kau start kena buli sejak bila lagi, hah?

Gempa: Eerr... Sejak darjah 2 macam tu? Kalau ikut secara logik ia bermula di pertengahan tahun darjah 1 lagi sebenarnya. Tapi itu tak kira kot?

Blaze: Sejak awal tu lagi?! Darjah 6 kau masih dibuli jugak ke?!

Gempa sekadar angguk kecil sambil cuba menenangkan mereka.

Gempa: Bertenang! S-saya tak apa-apa lah! Tengok? Sekurang-kurangnya saya masih hidup, kan?

Thorn: Isk.. Itu tak sama! Kenapa Gemgem kena uji sampai macam tu sekali?

Gempa hanya tersenyum kelam sahaja mendengar persoalan Thorn. Dia pun mendekati lelaki itu dan menepuk bahunya lembut.

Gempa: Inilah erti ujian dan cabaran hidup setiap manusia, Thorn. Kita tak boleh lari atau tiada shortcut pun dalam menempuhi ujian hidup. Tetapi, kita diberikan 2 pilihan sahaja. Tempuhinya atau putus asa.

Ais: Kenapa kau tak pilih untuk putus asa?

Gempa: Sebab... Dalam putus asa ada pilihan juga. 1. Berhenti dari meneruskan jalan itu. 2. Berhenti sebelum mencubanya. 3. Berhenti dari memilih. Dan 4. Tinggalkan segalanya.

Thorn: Tinggalkan segalanya? Apa tu?

Gempa: ....mati.

Seluruh suasana menjadi sunyi selepas mendengar jawapan yang diberikan oleh Gempa. Gempa menundukkan wajahnya sebelum kembali ke tempatnya semula.

Gempa: Dalam situasi saya, saya pilih untuk menempuhinya. Sebab saya tahu, kalau saya pilih putus asa, keempatnya sangatlah mustahil untuk saya lakukannya. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya saya ada arwah ibu dan ayah saya suatu ketika dahulu. Merekalah yang sering mendukung saya. Dan sekarang, saya hampir menginjak 16. Saya tak sabar nak berkerja dan berdikari suatu hari nanti!

Solar: Lepas habis SPM, kau akan tinggalkan rumah ni ke?

Gempa: Lebih kurang? Tapi sebenarnya saya tak nak susahkan semua. Jadi buat masa ini jawapan saya ialah, ya!

Deg!

Tiba-tiba satu perasaan hadir di dalam hati mereka setelah mendengar jawapan daripada Gempa. Mereka berenam mula merasakan satu perasaan yang sakit tatkala mula membayangkan bahawa suatu hari nanti Gempa akan keluar dari rumah ini.

Thorn: G-Gemgem nak tinggalkan kitorang ke..?

Gempa menolehkan wajahnya ke arah Thorn. Dia yang tidak faham akan apa yang sedang dirasai oleh kembar 6 itu menganggukkan kepalanya dengan yakin.

Gempa: Ya, sebab saya tak nak susahkan semua orang yang berada di sini. Saya tahu bahawa kehadiran saya di sini banyak menyusahkan semua. Jadi, saya tak nak susahkan semua dan saya sudah rancang bahawa suatu hari nanti saya akan tinggalkan semua. Jangan risau, kalau ada masa terluang, saya akan datang jenguk!

Taufan, Ais dan Thorn menundukkan wajah mereka sambil cuba menyembunyikan reaksi sakit hati kerana mendengar jawapan Gempa. Manakala Halilintar, Blaze dan Solar hanya mampu diam. Blaze sedikit mencebik kesal.

Who Are You? [C]Where stories live. Discover now