Meet & Great

11 0 0
                                    

Sham sudah bersedia untuk berjumpa dengan keluar Fara. Kalau sebelum ni, dia hadap cik Din je. Kali ni dia kena hadap dua abang Fara dengan kakak sekali. Memang kena soal macam².

Kebanyakan ahli keluarganya yang lelaki pergi menziarah rumah ke rumah mengikut ahli kariah masjid. Selalunya Sham ikut sekali, tapi dia ada hal yang perlu diselesaikan. Sham tak bawak sapa². Dia pergi gentlemen sorang je.

"Assalamualaikum"
Sham memberi salam sebaik sampai. Dia dah bagitau Fara sebelum gerak kesini.

"Waalaikumussalam"
Kelihatan Fara muncul dipintu. Gadis itu mendapatkan Sham.

"Hai"
Sham gementar. Cuma itu perkataan yang terlepas dari mulutnya.

"Ok awak rilek. Nah tisu lap peluh tu. Tarik nafas. Sembus nafas. Awak boleh, sayang yakin"
Fara cuba menenangkan Sham. Dihulur tisu dari poket baju kurungnya.

"Ok saya dah ready. Jom"
Sham berkata perlahan. Cuba untuk tenangkan diri sendiri. Sham turun dari motor dan berjalan perlahan ke pintu rumah.

"Assalamualaikum"
Sham memberi salam sekali lagi. Tak ada orang kat ruang tamu. Sham terus duduk kat sofa.

"Awak tunggu jap. Sayang pegi buat air"
Fara meminta diri ke dapur. Tak sampai seminit, nampak kelibat abang Fara dengan kakaknya.

Si along muka serius je tak senyum pun. Sham dah takut² nak pandang. Takut nak angkat muka pun ada sebenarnya. Yang along dengan angah duduk depan Sham. Kak Lang je yang duduk bawah tepi meja.

"Sebelum aku tanya ko macam². Bagitau nama, tinggal kat mana, umur berapa, anak siapa"
Along dah bersuara. Sham dah mula gugup.

"Nama Sham. Saya tinggal kat KL rumah opah kat sini. Cucu opah Sah. Saya sebaya dengan Fara"
Dan² Sham sebut nama Fara muncul kelibat tuan punya badan dari dapur. Sopan je bawa dulang air. Sham tengok Fara sekilas pandang je. Tak berani nak pandang lama².

"Ouh ok sekarang aku nak tanya, ko ke yang hantar Fara malam tadi?
Soalan yang diberitahu Fara tadi.

"Haah... Saya yang hantar dia malam tadi"
Jujur Sham jawab. Fara letak air depannya dan terus duduk setentang dengan kak langnya.

"Ko ada ape² ke dengan adik aku ni?
Baru 2 soalan, Sham dah berdebar macam kena soal dengan polis.

"Saya boyfriend dia"
Memang gentlemen la Sham cakap macam tu direct je.

"Wow hebat. Sejak bila dik? Along tak tau pun. Ayah tau yang korang keluar semalam?
Ingat Sham sorang je kena soal. Si Fara pun kena sekali. Patutnya dia duduk dapur je.

"Minggu first puasa tu long. Sham sendiri datang jumpa ayah semalam sebelum gerak"
Sham lega dengar jawapan Fara.

"Ok. So berbalik ke ko Sham. Macam mana ko boleh suka adik aku ni?
Soalan yang malu jugak la Sham nak jawab.

"Saya tengok dia rajin tolong Cik Din"
Lembut je Sham menjawab.

"Last but not least. Apa jaminan ko yang ko boleh jaga adik aku? Kau takkan sakitkan hati dia macam mana si budak buat"
Soalan dari seorang abang yang penyayang. Macam cik Din. Mereka cuma tak nak Fara disakiti macam dulu.

"Saya akan jaga dia, jaga hati dia macam mana saya jaga hati saya sendiri"
Sham berkata yakin.

"Fara, kau pergi amik lemang ke apa kat dapur tu. Yang lain bagi ruang kat along nak cakap sikit dengan Sham ni"
Along mengarahkan yang lain untuk beredar. Tinggal dia dan Sham sahaja.

"Ok ni antara kita berdua. Aku dah tak nak tengok adik aku menangis sebab laki. Kau kenalkan ex dia dulu. Aku nak tengok dia happy itu je. Aku risau tengok dia menangis, tak nak makan. Aku siap cakap dah kat Hamdi tu. Pujuk la si Fara ni. Kesian aku tengok tak makan 2-3 hari. Tapi dia buat bodo je. Aku memang bengang pasal tu. Parah budak tu kalau aku jumpa dia"
Along bercakap dengan nada perlahan. Takut² kalau ada yang curi dengar pulak.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 01, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Love Till DieWhere stories live. Discover now