First Date

19 0 0
                                    

Sham dan Fara menunggu Kamil dengan Hani di stesen minyak petronas di pekan. Dah hampir sepuluh minit diaorang tunggu. Tak nampak langsung kelibat dua orang itu. Sambil menunggu tu diaorang bersembang la sikit. Tapi tak lama lepas tu, Fara nampak kelibat orang yang mereka tunggu sedari tadi.

Motor Kamil menuju ke pam minyak dulu. Lepas 5 minit baru dia bergerak ke Sham.

"Wei sori lambat. Awek aku ni. Lambat betul siap"
Sampai² terus Kamil memohon maaf.

"Apa la ko ni Hani. Ko tengok Fara ni. Masa aku nak amik tadi dah bersiap dah"
Sham membidas kepada Hani.

"Aku bersiap lama sikit. Aku ni tak ada la cantik macam Fara kan? Fara bersiap sekejap je dah memang cantik"

"Tak payah la puji sangat"
Fara membalas aambil tangannya cuba mencubit Hani. Tapi mukanya sudah memerah. Malu kot.

"Memang awak cantik pun kan. Kenapa nak malu?

"Eiii awak pun sama je. Dah jom gerak"
Fara terus mengambil helmet dan memakainya tapi susah pula nak pasang tali ni.

"Awak... Boleh tolong ikatkan helmet ni tak?
Fara meminta lembut kepada Sham. Tanpa banyak soal, Sham mengikatkan tali helmet girlfriendnya yang manja dan comel ni.

Setelah selesai, Sham menghidupkan motor dan terus bergerak. Perjalanan ke bandar tak jauh mana. Tapi agak sesak dengan orang yang baru pulang ke kampung dan yang pergi je bazaar malam.

Sham memarkir motor berhampiran pintu masuk bazaar. Kamil juga meletakkan motor di sebelahnya. Mereka berempat terus bergerak masuk ke bazaar. Kelihatan ramai orang di bazaar itu. Mereka berjalan seiringi berempat. Yang perempuan ditengah manakala Sham dan Kamil berada di sebelah awek masing².

Kamil dan Hani mesra berpegangan tangan tapi tidak untuk Sham dan Fara. Memandangkan ini merupakan first date mereka. So its feel awkward. Sham hanya meminta Fara mencubit sedikit sweater Sham.

Mereka pergi ke kedai yang hendak dituju. Tidak mahu melengahkan masa. Fara yang pada asalnya berhajat hanya nak beli seluar terus tak jadi bola nampak kedai tudung. So mereka singgah la disitu. Kebetulan pula kedai tudung tu betul² depan kedai menjual seluar jeans.

"Ehhh... Korang berdua pilih la dulu tudung yang korang nak. Kitaorang nak pergi kedai depan jap. Nak beli seluar jeans"
Sham meminta kebenaran. Karang hilang tiba² mengamuk pula perempian berdua itu.

"Ok"
Fara dan Hani membalas serentak tapi langdung tak memandang wajah kekasih hati mereka. Tumpuan mereka tetap tidak berganjak dari tudung yang cantik² itu. Tanpa melengahkan masa, Sham dan Kamil mengorak langkah ke kedai menjual seluar jeans. Banyak seluar jeans yang cantik dan berkualiti. Tapi dijual dengan harga yang murah. 3 helai RM100. Promosi setiap tahun pada malam raya.

Tak sampai 15 minit kedua-dua jejaka itu sudah mendapat seluar jeans yang mahu dibeli beli. Tinggal bayar nd chow. Setelah selesai membayar harga seluar jeans itu, mereka mendapatkan awek² mereka.

Ingatkan dah siap beli atau dah asa satu dua pilihan. Tapi ni tak. Satu pun tak pilih lagi. Masyaallah. Lama betul nak memilih. Tudung je pun.

15 minit kemudian baru mereka selasai membeli. Kalau beli 4-5 helai tudung tak apa la. Ini beli 2 helai je. Sampai setengah jam memilih. And of course la, gadis berdua itu tidak mengeluarkan duit. Semua menggunakan duit pakwe mereka.

Sekali lagi mereka berhenti dihadapan kedai menjual songkok. Sham memilih songkok dengan Kamil. Serta samping. Dan sekali lagi, tak sampai 5 minit, mereka sudah membayar barang itu. So easy with men.

Mereka meneruskan lagi perjalanan ke kedai yang sepatutnya dituju pada awal tadi iaitu kedai kasut. Tapi tanpa disedari mereka ada sepasang mata yang melihat ke mereka.

Sedang sibuk mereka berempat memilih kasut tiba-tiba² Sham ditegur seseorang.

"Sham... Ehh betul la you, Sham. Tak sangka dapat jumpa you kat sini. You buat apa kat sini?
Ehhh ramah pulak minah ni bertanya.

Sham berpaling bila namanya dipanggil. Tangannya masih memegang kasut yang nak dibelinya. Yang lain pun turut berpaling. Melihat siapa gerangan yang menegur.

"Ehhh... Ira... Buat apa kat sini? Saya dengan my girl dengan kawan² saya. Beli kasut jap. Esok nak raya kan"
Nampak ada yang dah kena friendzone sikit kat situ.

"Ouh... Your girl means?
'Lurus jugak minah ni'

"My girlfriend actually. Kenalkan Fara and my friend Kamil and his girlfriend, Hani"
Sham memperkenalkan semua kepada Ira.

"Wow... Double date. I suka. Macam uabg kita selalu buat dulu. Bak kata you la kan, lagi elok berempat dari berdua kan"
Sham hanya tersengih. Sempat dia memandang Fara yang sudah masam mukanya.

"Yeah, Tapi tu semua kenangan dulukan. Saya nak cipta dengan orang baru pulak. Awak hanya kenangan lama. And, awak pun dah bahagia dengan someone yang buat tinggalkan saya kan, so why bother?
Nampak tak macam mana Sham counter balik.

"Bahagia sekejap je. I break dengan sebelum bulan puasa yang ni. I dah penat dengan dia yang sikit² baran. Not like you. Menyesal I tinggalkan you"
Dia dah buat drama depan kedai pulak. Siap buat muka seposen. Sham dah buat muka malas layan.

"Awak ikut saya jap"
Sham menyuruh Ira mengikutnya. Yang lain sudah meningalkan mereka berdua untuk pergi membayar kasut.

Sham menuju ke belakang gerai tempat yang agak tersorok sikit. Sambil berjalan, dia sempat call Kamil untuk bagitau yang dia ke tandas kejap.

"Ok. Awak cakap yang awak menyesal tinggalkan saya. So sekarang ni awak nak apa"

"Get back or jadi skandal you"
Selamba je si Ira ni menjawab. Sham cuba menahan marah drngan jawapan Ira.

"Just in your dream la. Saya dah bahagia tau sekarang. Awak buang saya macam sampah sekarang awak nak saya balik. Apa benda ni. I can let you happy with someone else and I never bother or something else. Can you do that to me? Please go find someone else yang boleh buat you rasa bahagia. Sham yang awak nampak sekarang bukan Sham yang dulu lagi. Dia dah tak terima orang yamg pernah buang dia dan buat macam tak ada apa² yang berlaku. So better you leave now"
Sham terus meninggalkan Ira yang sudah mahu menangis. Dia yerus berlalu mencari Fara dan lain².

Sham memeriksa fonnya jika ada chat dari Kamil.

Kami pegi makan jap. Ade kedai laksa selang 5 kedai dr kedai kasut tu

Melihat chat itu terus Sham pergi ke arah kedai itu. Tak sampai 3 minit Sham sudah berada dihadapan kedai. Kepalanya tertoleh-toleh mencari kelibat mereka. Kamil yang perasan Sham melambaikan tangan. Terus Sham pergi kearah meja mereka.

Sham duduk sebelah Kamil, berhadapan dengan Fara yang dari tadi fokus makan. Sham mengorder laksa dan teh ais.

Fara senyap² menarik plastik yang berisi kasut Sham. Nak buat suprise katanya. Sejurus Sham berpaling, Fara terus menghulurkan plastik itu bersama satu senyuman yang boleh potong kaki la.

"Apa ni"
Sham menyambut huluran Fara. Diperiksa isi didalam plastik itu. Kasut yang hendak dibelinya tadi, dia terpaksa letak balik sebab ada hal lain. Dia ingat dah terlepas nak beli kasut tu.

"Suprise!! Saya nampak awak pegang kasut tu dari kita sampai kat kedai tu lagi. Tapi tiba² awak menghilang. Tak cakap pun kat saya yang awak nak kasut tu. So saya hadiahkan la kat awak"
Fara berkata selepas Sham melihat kasut itu.

"Thanks awak. Nak saya bayar balik tak?

"Tak payah. Saya memang nak belikan awak something pun tapi tak tau nak beli apa. So the chance come and I take it"

"I really appreciate it. Thanks, sayang"
Sham mengucapkan tanpa sedar. Kamil dengan Hani dah tersengih. Fara cuba untuk menahan malu. Lama sikit Sham baru sedar yang dia terlepas cakap.

"Sorry, saya tak sengaja"
Sham meminta maaf.

"Tak apa. Saya suka awak panggil saya macam tu"
Fara berkata perlahan sambil cuba menahan senyum.


Love Till DieWhere stories live. Discover now