Penyelamat

6 0 0
                                    

3 HARI KEMUDIAN...

Sham melakukan aktivitinya seperti biasa. Kerja. Sudah tiga hari tak bercakap dengan Fara. Jumpa pun tak selalu. Kat masjid masa solat terawih pun tak jumpa.

Tapi hari ni lain sikit. Sham nampak Fara keluar waktu petang. Kalau tak silap nak ke bazar. Sham pun meminta izin dari cik Din untuk ke bazar juga.

"Ehh... Kamu balik je la terus... Cik Din bagi kamu balik awal harini. Nah lemang dengan rendang ni bagi kat Opah. Cakap kat Opah, cik Din kirim salam"
Cik Din membungkus 3 batang lemang yang tinggal bersama rendang daging. Sham berterima kasih dan berlalu pulang ke rumah opahnya.

_________________________________________

FARA POV

Dah banyak juadah yang dibelinya di bazar ni. Rambang mata tengok makanan, bile dah lapar. Dia berlalu ke gerai kawan baiknya, Hani. Jual air buah.

"Hai, Hani.. Nak air tembikai ni satu"

"Ok jap"
Hani menuang air tembikai didalam plastik jernih. Kamil ada di belakang Hani. Dia pun tolong Hani dan keluarganya.

"Nah air. Aku belanja"

"Ishh ko ni. Susah-susah je"
Kamil datang mendekat.

"Hai Fara. Sihat? Ada nampak Sham tak?
Kamil bertanya.

"Hai Kamil. Sihat alhamdulillah. Tafi nampak kat kedai ayah. Tak tau la dah balik belum"

"Ouh tak pe la kalau macam tu"
Tak lama lepas Kamil berkata muncul Sham dari entah mana.

"Hai Hani. Kat sini rupanya ko Kamil. Patut la tak nampak lalu depan kedai"

"Hehehe... Aku pun nak jadi macam ko jugak. Tolong keluarga awek. Sambil tu boleh jadi calon menantu yang baik"

"Ahhh.. Banyak la ko punye calon menantu yang baik. Ikat la Hani ni cepat. Aku teringin gak nak tengok kawan aku naik pelamin cepat"

"Kepala hotak ko. Nak makan apa dah kahwin nanti. Makan pasir. Aku ni kerja pun tak ada lagi"

"Yela². Bungkuskan aku air tembikai ni satu"

"Okk. Jap. Berjodoh ke korang ni. Beli air sama aku tengok"
Kamil mengusik sambil tangannya lincah menciduk air ke dalam plastik jernih.

"Mungkin la. Hehehe"
Sham senyum penuh makna.

"Ehh Kamil, Hani aku balik dulu la nanti ayah aku cari pulak"
Fara tiba-tiba berkata setelah lama berdiam diri mendengar bualan Sham dengan Kamil.

"Ok Fara. Hati² tau"
Hani melambai Fara yang semakin menjauh.

"Ok la aku pun nak gerak gi beli roti John jap. Opah aku request nak makan"
Giliran Sham pula mengundur diri.
"Orait bro. Hati²"

Sham berlalu ke gerai menjual roti John. Sham membeli yang special punya. Tapi semasa menunggu baki, Sham terpandang Hamdi yang bersembunyi di sebalik van. Sham perhati siapa yang Hamdi tengok. Lama sikit baru dia tau. Hamdi nak aim Fara. Sham dah rasa tak sedap hati.

"Bang nah baki"

"Terima kasih"

Sham berjalan pantas mendapatkan motornya. Sebelum dia memulakan perjalanan, dia dapat lihat motor Fara tak jauh darinya. Dan diikuti Hamdi.

'Sial betul mamat ni'

Sham pantas mengekori Hamdi dari belakang. Sampai di jalan yang kurang kenderaaan, motor Hamdi pantas memintas motor Fara. Mereka berdua terhenti di tepi jalan. Sham memperlahankan motornya.

"Ko ni apa hal!!!

"Aku nak kau balik"

"Kepala hotak ko la. Ko dah tinggal aku macam sampah"

"Aku minta maaf"

"Pegi la dekat betina tu. Ko ingat aku tak tau ke ko kena tangkap dengan dia nak buat projek kat sungai hujung kampung"
Fara bersuara lantang. Tapi dihujung terdapat nada sedih. Mendengar kata Fara, Hamdi mencengkam tangannya kuat. Sham pantas turun dari motornya.

Dia menerpa kearah Hamdi. Penumbuk dihalakan ke muka Hamdi.
Bakkk!!!
Tumbukan kuat Sham berjaya melepaskan tangan Fara dari dicengkam Hamdi.
Hadi terundur ke belakang. Sham pantas menendang perut Hamdi dengan side kick. Terus terduduk lelaki itu. Sham menindih Hamdi.

"Kau jangan kacau Fara lagi. Ni amaran terakhir dari aku. Ko kacau lagi. Lumat aku kerjakan ko"
Muka Sham memerah marah.

"Ko sapa nak kacau hal aku"
Hamdi bertanya dalam nada menengking.

"Dia awek aku. Kau buat hal dengan dia maknanya kau buat hal dengan aku. Mind my word"
Hamdi terkejut dengan kata² Sham.

"Fara... Betul ke ni. Mamat acah ni pakwe ko?
Hamdi bertanya. Sham saja buat pengakuan macam tu.

"Betul la. Takkan dia nak tipu depan aku"
Fara menyokong Sham. Hamdi dah pasrah. Kalau melawan pun confirm Sham menang. Sebab badan Hamdi keding, Sham ni tough badan dia. Lagi satu Hamdi tak belajar apa² seni mempertahankan diri. Sham dari kecil disuruh pegi kelas taekwando. Sham bangun dari menindih badan Hamdi.

"Jom balik Fara. Saya escort awak sampai rumah"
Sham berkata kepada Fara sambil matanya dijeling tajam kepada Hamdi. Fara hanya diam dan mengikut kata Sham.

Sampai di depan rumah Fara, Sham terus bergerak ke rumah opahnya tanpa sempat Fara ingin mengucapkan terima kasih.

Love Till DieWhere stories live. Discover now