Double

5 0 0
                                    

Malam Raya

Plan kita malam ni macam mana? Jadi tak?
Sham menghantar pesanan whatsapp kepada Kamil. Plan yang tiap-tiap malam raya akan dijalankan.

Aduhhh... Lupa nak bagitau ko... Awek aku minta teman dia beli barang kat bandar... Aku tak join kot
Sham kecewa melihat mesej dari Kamil. Tapi, tiba-tiba muncul idea yang agak bernas didalam otaknya.

Wei.. Aku ade idea ni tapi ko tunggu jap... Dah confirm nanti aku roger ko

Ok
Kamil membalas pendek. Sham terus buka chat dengan Fara.

Assalamualaikum awak... Malam ni awak free tak
Sent... Sham menunggu Fara membalas.

Waalaikumsalam.. Free.. Kenapa?
Tersenyum sekejap Sham.

Persiapan raya awak dah settle ke belum? Saya nak ajak awak keluar malam ni.. Nak?

Ouuhh... Saya baru teringat saya tak beli kasut lagi... Haaaa... Jom la keluar malam ni

Ok cantik... Tapi kita keluar sekali dengan Kamil & Fara nak? Boleh date sekali dengan diaorang

Diaorang nak ke... Saya tak kesah pun... Elok la berempat dari berdua je kan.

Nanti saya bagitau kat Kamil. Lepas beli barang saya ingat nak bawak awak gi tengok meriam. Nak tak?

Tengok meriam tu saya tak pasti la... Saya tak tau la ayah bagi ke tak

Tak pe... Pasal ayah awak saya setel kan ok... Saya nak buat keje dulu ni... Malam nanti kita jumpa... Lepas takbir... Ok bye.. Love You

Ok.. Apa-apa jumpa malam ni... Hati-hati buat keje... Take care.. Like you... Bye
Tersenyum panjang Sham melihat chat dari Fara. Dia buka chat dengan Kamil pula.

Wei... Malam ni jom keluar sekali... Aku nak join korang berdua dating

Woii... Apa nak kacau orang dating... Awek sendiri kan ada.. Pegi la dating dengan awek ko

Ishh ko ni... Aku tak habiskan ayat aku lagi... Maksud aku... Aku bawak awek aku... Ko bawak la awek ko... Kita gerak bandar sekali

Bernas idea ko... Aku pun nak beli seluar kat sana... Yang 3 helai rm100 tu.

Haah la ... Aku nak beli gak la.. Gaji dah dapat

Alang² tu payung la aku... Hehehe

Ahh... Banyak la ko.. Aku nak payung Fara.. Ko gi la mintak awek ko payung ko

Bapak kedekut... Tak pe la... Aku chow dulu... Jumpa malam ni kat petronas

Ok.. Lepas takbir tau

Beres bro
Sham membiarkan sahaja chat dari Kamil. Dia pergi bersiap untuk keluar. Date pertama nak katakan. Agak kekok baginya sebab fia dah lama tak date.

Sham gerak awal sikit sebab nak jumpa cik Din dulu. Dihidupkan motornya. Sebiji helmet dipakainya. Lagi satu diletakkan didalam bakul.

_________________________________________

"Assalamualaikum"
Sham memberi salam sebaik tiba dihadapan rumah Fara.

"Waalaikumsalam. Ouh kamu rupanya Sham. Meh le kebelakang ni"
Suara cik Din menjawab dari belakang rumah. Sham terusm nuju ke belakang rumah Fara. Terlihat cik Din yang bertungkus lumus mengacau dodol.

"cik Din. Sihat?
Sham menyapa sambil menghulurkan tangan. Fara dan Puan Zaiton tak kelihatan pula. Yang ada hanya cik Din dan Danish.

"Sihat alhamdulillah. Ada apa kamu datang ke rumah cik Din ni?
Cik Din bertanya sambil menyambut huluran tangan Sham.

"Macam ni cik Din.. Saya berhajat nak bawak Fara ke bandar jap. Dia cakap ada barang lagi dia nak beli"

"Ouh. Cik Din benarkan. Kamu nak balik pukul berapa?

"Cadangnya, lepas beli barang saya nak bawak Fara tengok meriam"

"Maknanya kamu balik lambat la ni ye?

"Haah cik Din"
Cik Din kelihatan berfikir lama.

"Tak apa. Cik Din benarkan. Cik Din percaya kamu tak kan buat benda merapu kat anak cik Din. Hati² Sham. Dani... Kamu pergi panggil kakak. Cakap Sham dah sampai ni"

"Terima kasih cik Din. Saya pergi dulu lah ye"
Sham berlalu ke halaman rumah cik Din. Tak sampai 5 minit dah nampak Fara dipintu rumah tu.

'cantiknya'
Sham asyik pandang Fara sampai tak sedar yang Fara dah sampai kat motor dia.

"Awak... Awak... Awak... Awak ok tak ni? Helo"
Fara memanggil Sham yang asyik memandangnya. Dipetik jari dihadapan muka Sham berkali-kali. Tapi tiada respond. Fara tak tahan. Dia cubit peha Sham.

"Adoii. Sakit la. Bisanya"
Sham berhenti mengelamun. Fara menunjukkan riak bengang dimukanya.

"Awak tu yang mengelamun entah ke mana. Awak tengok apa dari tadi?
Fara menyoal bengang.

"Saya tengok awak la. Awak cantik la harini. Macam bidadari"
Sham senyum sambil menongkat dagu.

"Pandai amik hati ye. Saya bidadari dalam hati awak je. Hehehe"
Huhu. Nasib baik Fara support.

"Ehhh jom lah nanti lambat pulak. Tak sabar nak first date ni"
Sham menghulurkan helmet kepada Fara lalu menghidupkan motornya. Perlahan-lahan motornya bergerak keluar dari halaman rumah itu.

Love Till DieWhere stories live. Discover now