Cemburu

20 0 0
                                    

Mereka berempat menunggu letupan meriam pertama di jambatan sungai perak. Bersembang. Dengar je bunyi meriam, Sham dengan Kamil terus start motor. Terus menuju ke Talang, pesta meriam.

Perjalanan agak jauh masuk kedalam kampung. Tapi banyak kereta dipangkir ditepi jalan. Tak sunyi la maksudnya jalan tu sebab ramai yang berjalan. Lagipun kereta tak muat nak masuk jalan tu. Jalan kampung kan kecik sikit.

Sham dan Kamil parking motor mereka ditempat yang banyak motor lain parking. Tak jauh dari tempat letak motor tu ade kedai jual makanan ringan dan air. Sham cadang macam nak pegi beli air jap.

Kamil menawarkan diri nak pegi beli. Sham belanja semua. Fara menarik Sham jauh sikit dari keriuhan. Muka serius. Sham dah jangka apa yang akan terjadi.

"Ye ada apa awak?
Sham terus bertanya. Fara memeluk tubuhnya dengan memaparkan riak muka yang serius. Tiada senyuman potong kaki.

"Siapa yang tadi tu?
Nada bertanya Fara sedikit tegas.

"My past..."
Sham menjawab ringkas.

"Maksudnya?
Fara bertanya serius.

"Dia ex saya. Kami couple dalam 7 bulan macam tu. Time sekolah. Dia tinggalkan saya and pergi kat lelaki lain. Look, saya tau awak cemburu. I'm really sorry. Ok. She is my past. She is nothing to me now. You're my everything now"
Mendengar kata Sham terbit senyuman potong kaki dibibir Fara.

"You smile again i like it"
Fara cuba menyembunyikan senyumnya bila ditegur Sham.

"Saya senyum macam ni untuk awak je tau"
Cair la Sham bila Fara cakap macam tu. Fara menoleh kearah Kamil dan Hani yang masih di gerai. Tak nampak macam dah beli. Hani tengah memilih apa yang nak dimakannya.

"Ok, sekarang we still got time. And I want to tell something that I like you call me sayang"
Mahu sahaja Sham melompat kat situ. Suka betul bila Fara cakap yang dia suka dipanggil sayang.

"So sekarang awak nak tukar nama panggilan la ni?
Sham bertanya meminta kepastian. Fara hanya mengangguk bersama senyuman.

"Ok kalau macam tu, saya tu nak ada nama panggilan jugak. Awak rasa apa yang sesuai?
Sham meminta pendapat Fara.

"Sapa awak?

"Ehhh sorry, sayang rasa panggilan apa yang sesuai dengan saya?
Sham bertanya semula.

"Ermmm. Sayang tak boleh fikir sangat la sekarang. Nanti sayang fikirkan. Sayang decide sendiri apa nak panggil awak ok"
Sham seronok pulak bila Fara boleh bahasakan dirinya sayang jugak. Ingat malu² nak cakap.

"Ok it's up to you, sayang. Jom kita pergi dekat Kamil dengan Hani. Apa yang yang diaorang lama sangat tu. Buat air ke beli air.
Sham terus berlalu. Mereka berjalan beriringan kearah Kamil dan Hani.

"Wei dah beli ke belum? Lama aku tunggu ni. Korang beli air ke buat air. Aku dah dahaga dah ni"
Kamil terkejut bila bahunya ditepuk Sham.

"Terkejut aku. Kejap la. Hani ni pilih lama sangat"
Kamil membalas sambil menunjuk kearah Hani. Si Hani langsung tak pandang mereka. Sibuk memilih makanan ringan.

"Hani ko nak makan lagi ke. Tadi ko dah bedal 2 mangkuk laksa. Kamil punya pun ko bedal sekali. Perut tangki ke ko ni"
Sham tidak puas hati.

"Ala... Biar la aku makan sebab bahagia, kan cinta"
Mendengar balasan dari Hani, Sham tersenyum memandang Fara. Namun Fara tak mengerti maksud disebalik senyuman itu.

Setelah selesai membeli air dan sedikit makanan ringan, mereka berjalan ke arah meriam kanan dengan melalui denai ditepi sawah.

Sham berada dibelakang sekali, mengawasi jika² Fara nak terjatuh ke. Ni kalau jatuh memang basah. Sebab kat tepi tu ada tali air.

"Panggil cinta pun macam ok jugak"
Sham tiba² bersuara. Mendengar Sham berkata begitu, langkah Fara terhenti. Kamil langsung tak perasan yang mereka berdua dah berhenti.

"Cinta. Eeiii. Tak nak la sama dengan diaorang"
Fara membantah.

"Mana ada sama. Kamil panggil Hani apa?
Sham still dengan cadangannya.

"Baby. Kenapa?

"See.. Mana ada sama. Lain kan"
Sham tetap dengan ideanya.

"Nope. Another idea please"
Fara terus berlalu sebaik sahaja berkata begitu. Mereka berdua tak nampak kelibat rakan mereka yang langsung tak nampak batang hidung.

"Love..."
Sekali lagi Sham memberi idea. Namun Fara hanya menggeleng dan berpusing kearah Sham.

"Kan sayang dah cakap tadi. Sayang nak decide sendiri nak panggil awak apa"
Mendengar balasan daripada Fara, Sham hanya mendiamkan diri. Sham terus mencari pasangan kekasih itu.

Sham dah nampak dulu Kamil dengam Hani tengah duduk atas rumput kering. Bunyi meriam terhenti sekejap untuk memasukkan kabait kedalam paip. Setiap tahun pasti akan ada pesta meriam pada malam raya. Bermula dari 12.00 tengah malam raya sehinggalah keesokkan paginya.

Sham mencuit bahu Fara dan menunjuk kearah rakan mereka. Sebaik Fara menoleh Sham terus menarik tangan Fara kearah pasangan itu.

Tak tunggu lama, Sham terus amik air yang masih penuh lagi dan disedut hingga setengah. Kamil terkejut dengan perbuatan. Mungkin dia ingatkan entah sapa² yang minum air orang macam tu je. Rupanya Sham yang minum.

Kamil memberi ruang sedikit kepada Sham dan Fara untuk duduk. Tempat mereka berempat duduk agak dekat dengan meriam dalam lebih kurang 2 ke 3 meter.

Suara ketua menyuruh untuk menyalakan api dan bersedia untuk meletupkan meriam itu. Hani dah siap sedia tutup telinganya dengan tangan. Fara pun buat macam tu sekali. Kamil dengan Sham rilek je.

Letupan pertama bermula, diikuti dengan yang lain. Ketika meriam dihadapan mereka diletupkan, terasa impact letupan itu. Dalam  10 batang meriam yang diletakkan disitu.

Semua yang ada disitu bersorak dan bertepuk tangan. Sham dan Kamil antara yang kuat bersorak. Dah macam pergi stadium. Fara dan Hani hanya tepuk tangan.

Setelah 30 minit berada disitu Sham mengajak semua balik. Jam pun dah tunjuk hampir 1 pagi.

"Ayah cakap dia tunggu sayang balik"
Fara berkata ketika mereka baru bergerak. Fon masih ditangan. Mendengar Fara berkata begitu, Sham bawa laju sikit.

Kamil yang dah jalan dulu pun terkejut tiba-tiba Sham potongnya. Dia ingat Sham nak beracing. Anak jantan pantang dicabar. Apalagi memang macam beracing la dua motor tu. Tapi sampai satu simpang Sham terus hilang.

Sham perasan Kamil ikut dia laju. Dia ingat nak ikut jalan shortcut. Biarlah Kamil tu.

Perjalanan yang 20 minit, jadi 10 minit je ikut jalan shortcut dan bawa laju. Sampai je dirumah Fara, Sham perasan laman belakang masih berasap. Mungkin Cik Din tengah masak lagi kut.

Sham dah penat jadi dia ambil keputusan untuk balik je terus.

"Bye awak. Esok jumpa kat masjid ok. Nanti awak nak datang rumah sayang dulu ke apa?
Fara sempat bertanya sebelum Sham bergerak.

"Nanti saya datang rumah sayang. Nak mintak kat ayah sayang nak bawak sayang pegi rumah opah. Kirim salam kat ayah and cakap saya balik dulu sebab tak larat"

"Ok bye awak. Thanks temankan sayang jalan². Hati² balik. I love you"
Ayat terakhir Fara itu agak perlahan. Sham tak dengar sangat sebab bunyi motor.

Sham terus berlalu ke rumah opahnya. Tiba sahaja diteratak Sah, Sham melihat tak ada seorang pun ahli keluarganya yang masih berjaga. Masuk rumah pun, dah tak ada ruang untuk dia tidur. Sham mengambil keputusan untuk tidur didapur, memandangkan situ je tak ada prang lain tidur.

Dia masuk dalam stor dan ambil bantal dan selimut. Baru nak bentang selimut tu jadi toto, kakinya terlanggar kaki seseorang. Bila disuluh dengan flash, rupanya adik sedaranya dah terbaring kat situ. Sorang².

Patut la rasa macam kipas pasang, Sham bermonolog sendiri. Dia tengok ada ruang lagi kat sebelah adik sedaranya tu untuk dia tidur. Sham letak bantal terus baring.

Love Till DieWhere stories live. Discover now