Bab 11

108K 5.4K 840
                                    

Panggg!!

"Abang.. tolong jangan bang.. sakit bang.."

Bukk!!

"Dasar perempuan jalang--" bukk!! "--tak cukup ke dengan apa yang aku bagi selama ni--" bukk!! "--kau masih lagi memilih untuk mengkhianati aku?!"

Bukk!!!

"Abang, jangan abang.. Abang dah salah sangka ni. Sayang tak buat semua tu.."

"Aaahhh!! Aku tak percaya. Perempuan semua sama saja." lelaki itu masih lagi memukul mukul si isterinya.

Macam tiada satu pun belas kasihan yang wujud dalam jiwa lelaki tersebut. Dalam pada masa yang sama, terdapat seseorang yang memerhatikan di sebalik pintu. Bersama dengan air mata yang menitis jatuh ke pipi. Sedih melihat ibunya diperlakukan sebegitu oleh suaminya sendiri.

"I-Ibuu!! Janganlah pukul ibuu!!"

"Kaauuuu!!!"

"Jangan!!! Jangan dia bang!! Jangan libatkan dia dalam hal kita..!!"

Zaasss...!!

Nafas aku tarik panjang-panjang. Terkejut dengan mimpi yang dialami olehku. Peluh yang berada di sekitar dahi aku kesat menggunakan telapak tangan. Aku masih lagi cuba untuk meneutralkan nafas yang hilang sebentar tadi.

Inhale

Exhale

Inhale

Exhale

Aku cuba untuk mengambil kembali nafas aku yang hilang akibat daripada rasa terkejut dengan mimpi yang aku alami sebentar tadi. Seketika kemudian, air mata jatuh membasahi pipi. Satu persatu. Aku mengemam bibirku, cuba untuk tidak mengeluarkan bunyi. 

Tidak ingin mengganggu Sabrina dan Arlin, aku memilih untuk keluar dari khemah ini. Sempat juga aku mengambil telefon bimbit yang berada di bawah bantal. Oleh kerana aku tahu, ada pelajar yang berjaga malam untuk memastikan tiada apa yang berlaku. Maka, aku memberanikan diri untuk keluar dari khemah kemudian bergerak menuju ke air sungai yang berada tidak jauh dari khemahku.

Waktu sekarang 3.45 pagi, jadi suasana malam ini masih lagi tersangat sunyi. Namun, aku perasan saja pondok jagaan terang benderang. Khemah lelaki juga ada yang sudah bernyala. Mungkin, mereka siap sedia untuk qiamulail. Tapi, walaupun begitu. Aku masih lagi tersisa perasaan tidak enak. 

Mungkin kerana bunyi hutan ini agak kelainan.

Namun, akibat rasa terlalu sedih dan memerlukan ketenangan. Aku tetap memberanikan diri untuk duduk di tepi batu sungai itu. Kaki tidak direndam ke dalam air sungai sebab aku tahu, kalau aku celuk kaki ni. Sejuk dia akan sampai ke otak.

Aku memilih untuk duduk dengan memeluk kedua belah kakiku. Cuba untuk meredakan sejuk yang dialami walaupun sudahku pakai hoodie

Akibat rasa takut untuk memerhatikan sekeliling sungai itu, aku hanya memilih untuk menunduk dan membiarkan diri aku dikawal sepenuhnya oleh perasaan yang melanda aku kini. Tanpa aku sedar juga, air mata perlahan-lahan menitis jatuh ke pipi kemudian jatuh ke lututku. Dan, air mata yang jatuh sedikit demi sedikit itu kemudian bertukar menjadi seperti air hujan yang membasahi bumi.

Badan mula terhinggut-hinggut menyebabkan aku terus menutup mukaku ke lutut. Bibir pula digigit ke dalam mulut, kening berkerut dan hidung dikecilkan. Aku cuba untuk menahan diri daripada mengeluarkan air mata.

Kenapa semua yang susah payah aku hilangkan itu perlu hadir kembali ke dalam ingatanku?!

Kenapa?!

"Awak okay?!" 

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now