Bab 47

83.5K 4.3K 2.6K
                                    

A relationship with no arguments is a relationship with a lot of secrets.

'''

Pagi itu, aku bangun dengan penuh senyuman di wajah. Lagi bertambah lebar senyumanku saat melihat wajah Dr. Adam yang berada di hadapanku ini. Syukur yang aku masih lagi berkesempatan untuk memandangnya dan menjalani kehidupan seharian dengannya.

"Abang, I love you."

"I love you too."

Kening aku berkerut. "Aik, abang dah bangun ke?"

"Abang tak dapat nak tidur pun, excited sangat nak keluar dengan sayang hari ni." balasnya sambil mengetatkan lagi pelukan di pinggangku.

"Kalau mengantuk lepas ni macam mana?"

"Tak akan punya, kan ada sayang." Dr. Adam mengucupku lembut. "Sayangkan vitamin abang, memang tak akan mengantuk punya."

Aku mencebik sebelum menarik tangan Dr. Adam agar melepaskan pinggangku yang dipeluknya erat. "Abang tidurlah dulu. Sayang nak pergi masak."

"Tak nak solat dulu ke?" Dr. Adam menggeliatkan tubuhnya sebelum memandang aku tepat.

Aku sengih. "Mandilah dulu. Lepas mandi, kita solat and abang sambung tidur sekejap. Kesian pula Irish tengok abang."

"Irish tak mengantuk ke? Kan kita bekerja kuat semalam..."

Aku menepuknya laju. "Pergi mandi sana!!!"

Selesai sahaja mandi kemudian solat berjemaah, aku turun ke bawah untuk menyediakan sarapan buat kami berdua manakala Dr. Adam kembali tidur. Sebaik sahaja makanan siap dan dihidangkan di atas meja, terus sahaja aku masuk ke dalam bilik untuk mencari baju yang sesuai untuk dipakai.

Oleh kerana ini merupakan date pertama kami, jadi aku memutuskan untuk memakai blouse dan wide leg pants. Selesai sahaja menggosok tudung, aku mengejut Dr. Adam untuk mandi sekali lagi agar lebih segar.

"Sayang, you look so gorgeous." tegur Dr. Adam saat melintasi aku untuk ke tandas.

Aku yang mendengar pujiannya hanya mengulum senyuman nipis. "Mandi cepat sikit, lepastu turun sarapan sebelum kita keluar."

"Aip. Aip captain." balas Dr. Adam sebelum dia hilang di sebalik pintu bilik air.

Aku pula tidak tunggu lama, terus sahaja turun ke bawah untuk membuat air.

Ting! Tong!

Langkah aku mati di tangga terakhir saat mendengar bunyi loceng yang menghiasi rumah. Kening aku pula berkerut rapat, pelik kerana menerima tetamu di awal pagi. Penuh dengan perasaan pelik, aku mendekati pintu utama dan membukanya.

Raut wajah aku berubah sebaik sahaja melihat gerangan yang berada di hadapanku.

"Adam ada?" soal Dr. Qalisya lembut.

Namun kelembutannya itu kedengaran seperti api di telingaku. Penuh dengan munafik dan fake. 

Aku tidak membalas, hanya memandang Dr. Qalisya dan anaknya yang berada di sebelahnya dengan perasaan pelik dan sedikit rasa marah. Semalam aku bergaduh dengan suami aku disebabkan kau dan hari ni dengan muka tak bersalahnya kau boleh datang tunjuk diri.

Sial punya perempuan, banyak-banyak perosak dalam rumah tangga, kenapa mesti bekas pensyarah aku sendiri eh?!

"Irish?"

Aku berdehem. "Ada. Boleh saya tahu kenapa awak datang ke mari?" soalku tanpa nada, tiada lagi tanda hormat. Orang macam ni, jangan bagi muka.

"Oh..." Dr. Qalisya senyum. "Maaflah mengganggu, akak selalu lupa yang Adam ni dah kahwin. Selalu sangat terbiasa--"

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now