Bab 33

93.3K 4.8K 1.2K
                                    

Ford Fiesta yang berwarna merah itu aku pandang dengan wajah yang berkerut seribu. Pelik kenapa tiba-tiba sahaja kereta itu berada di hadapan rumahku. Nak cakap ada tetamu macam tak logik sebab rumah ibu aku ini memang jarang ada tetamu kecuali mommy dengan daddy yang kadang-kadang suka menjenguk kami sekeluarga.

Pintu rumah aku buka menggunakan kunci, malas nak suruh Irene buka pintu. Aku memilih untuk membuka dengan sendiri.

Masuk sahaja ke dalam rumah, aku mencari ibuku dan adikku. Sebaik sahaja ternampak bayang mereka berdua dengan segera aku bertanya. "Ibu, kereta siapa yang ada dekat depan rumah kita tu?" soalku sambil memandang ibu dan adikku silih berganti.

Puan Irma kelihatan serba salah untuk menjawab namun Irene pula tersengih-sengih memandangku.

"Adik dah kenapa?" 

"Kenapa kakak ni lurus bendul sangat? Itu kereta kakaklah, abang Noah yang bagi."

Berubah terus raut wajahku. "N-noah yang bagi?" soalku dengan wajah yang berkerut. 

Irene angguk berkali-kali. 

Aku merengus sebelum mengambil telefon bimbit dari begku, Puan Irma yang melihat aku dalam keadaan marah terus sahaja menghalang aku dari memarahi Noah.

"Kakak, stop. Jangan bersuara kalau tengah marah."

"Apa masalah Noah tu ah?! Berapa kali kakak nak kena cakap dekat dia supaya berhenti gunakan duit dia untuk kakak?! Untuk apa semua tu?!" aku mula melenting.

"Apa kakak ni?! Abang Noahkan bakal suami kakak. Salah ke dia nak bagi?" sampuk Irene, juga berwajah tegang.

"Memanglah salah. Kami belum sah lagi. Macam mana kalau kami tak ada jodoh? Sia-sia saja semua tu." balasku.

"Tak fahamlah adik dengan kakak ni. Orang lain bukan main nak kahwin awal bila dah ekonomi bakal suami tu stabil. Tapi, kakak tak habis-habis nak tunggu, tunggu dan tunggu."

Aku mendengus sebelum berlalu pergi masuk ke dalam bilik. 

Sebaik sahaja aku masuk ke dalam bilik dan sempat aku menguncinya. Terus sahaja aku mengeluarkan telefon bimbit. Untuk buat apa lagi? Telefon Noahlah!!!

"Assalamualaikum, my love..." jawab Noah di corong telefon.

"Wasalam.." jawabku kasar.

"Uish, mesti tengah marah ni. Boleh I tahu siapa yang dah buat kesayangan I ni marah?" 

"Stop Noah. Saya tak suka. Berapa kali saya nak kena ulang ayat dan benda yang sama? Saya tak suka, means saya betul-betul tak suka." ucapku dengan nada yang tertekan.

"You tak suka apa? Me?"

"Noah!!" suaraku sedikit meninggi. "Jangan sampai saya betul-betul tak suka awak nanti." balasku, marah atau sedikit mengugut.

"Ari, you tengah marah ni. Stop talking. Pergi tenangkan fikiran you dulu--"

"Awak tak pernah nak faham saya. Dulu. Awak yang dulu lain dari yang sekarang. Kenapa saya lebih sukakan awak yang dulu?"

"Irish Arissya, kita tak selamanya hidup dalam masa silam." dia mengeluh. "People changes."

"Yes. But, I didn't expect that you're changing too much..." suara aku mula mengendur. "Too much until I couldn't even recognize you anymore."

"Ari..." Noah mengeluh. "You dah lalui banyak sangat dalam hidup you. I just want you to be happy--"

"Tapi tak perlulah happykan saya dengan kemewahan. Saya tak perlukan semua itu, saya hanya nak kasih sayang. Awak tahukan, yang saya ni manusia yang kekurangan kasih sayang?"

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now