Bab 52

97.2K 4.8K 1.4K
                                    

Tidak mahu terus-terusan melayan perasaan di dalam bilik, aku memutuskan untuk keluar berjalan-jalan sekitar hotel yang didudukiku agar dapat menenangkan hatiku yang lara ini. Namun, entah kenapa aku tidak terasa itu idea yang menarik apabila memori aku dan dia semakin masuk ke dalam mindaku.

London.

Tak pernah terfikir yang aku akan menjejakkan kaki ke sini. Sebuah negara yang berkembang maju dan mempunyai rekaan bangunan yang amat menarik. Cuma, aku tidak pernah terbayang yang aku akan datang sini membawa hati yang lara. 

Kenapa mesti London? Adakah kehadiran aku di sini boleh mendapat jawapan tentang hubungan lama Adam? Hubungan dia dengan Dr. Qalisya yang dia sorokkan sangat tu?

Aku mengeluh.

Ting!

Noah :
Tolong apa? Are you okay?

Me:
I want to divorce
Can you help me?

Tidak sampai seminit, sebaik sahaja aku memberitahunya. Telefon aku berdering.

Aku mengeluh sebelum menjawab panggilan dari Noah.

"Cerai?! Are you nuts?! You dengan dia kahwin tak sampai setahun pun lagi." marah Noah sebaik sahaja aku menjawab panggilannya.

Bibirku dikemam. "Habis. Awak nak tunggu saya terseksa selama setahun dulu baru boleh bercerai ke?" lantang sekali aku bertanya bersama dengan air mata yang mengalir keluar.

"What's wrong? You bergaduh dengan dia ke? Atau dia ada dera you ke sampai you terseksa ke ni?" soal Noah dengan begitu prihatin.

Aku tidak menjawab, hanya kedengaran keesakan dariku sahaja.

Noah mengeluh. "You dekat mana? Kita jumpa."

"London."

"LONDON?!"

"Yup. London." 

"Jauh sangat you bawa diri tu. Kenapa London?" 

"Just..." senyap.  "... I don't know. Masa saya keluar rumah tu, benda pertama yang terlintas dalam fikiran saya ialah London. Then, here I am." balasku sambil memandang langit yang begitu membiru.

Noah mengeluh di corong telefon. "Cuba cerita masalah you dengan dia? Kenapa sampai nak kena bercerai ni?" 

Aku menjuling mata ke atas. "Tak penting pun untuk awak tahu. Just selesaikan sahaja masalah saya ni."

"Masalah sekarang ni Ari! Before uruskan penceraian you dengan dia nanti pun, akan disoal macam ni juga oleh kaunselor rumah tangga."

Aku mengeluh. "Tak boleh ke kalau tak tanya?" 

"Nampak sangat you dengan dia bergaduh hanya disebabkan oleh perkara biasa je kan?"

"Awak bukan sukakan saya ke Noah? Patutnya happy sebab saya dah nak bercerai."

"Suka? Before you kahwin mungkin ya, tapi bila you dah sah jadi isteri orang ni. Sorry, secara automatik perasaan I dekat you hilang."

Senyap.

"Ari, walaupun I tak tahu apa masalah you dengan dia. Tapi, I harap sangat you tak terlalu ikutkan kata hati. You kena tahu, once kita dah berkahwin syaitan akan berusaha sehabis mungkin untuk merosakkan hubungan kalian berdua. And guess what, mungkin sekarang ni syaitan tengah bertepuk tangan tengok hubungan you dengan dia yang semakin rentak ni."

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now