Bab 39

96.7K 4.6K 312
                                    

Kini, tempoh masa pertunangan kami sudah menginjak ke bulan ketiga dan sepanjang tempoh tiga bulan ini aku sibuk membuat praktikal di sebuah syarikat berdekatan dengan kawasan rumah aku. Tapi, dalam kesibukan aku, masih lagi mencuri masa untuk membuat persiapan perkahwinan antara aku dan Dr. Adam.

Disebabkan ahli keluarga aku tidak ramai, maka keluarga aku dan Dr. Adam memilih untuk membuat satu majlis sahaja di Hotel.

"Ibu dengan mama plan untuk ajak dalam satu ribu lebih sahaja tetamu yang hadir. Kebanyakannya dari rakan sekuliah Irish dan rakan sekerja kamulah Adam. Yang lain tu, kita ajak yang betul-betul rapat saja." terang Puan Irma kepadaku dan Dr. Adam.

Aku angguk setuju. Malas nak banyak cakap, lagipun masa semakin singkat.

"Keluarga abang Noah tak ajak ke?" sibuk sekali Irene bertanya sambil memandang aku dan Puan Irma silih berganti. Muka pula penuh dengan harapan.

"Bisinglah adik ni, tak ada class online ke?!" 

"Adik letak gambar adik je dekat kamera tu." Irene menyilang tangan ke badan seraya bersandar ke sofa, gaya big boss. "Kita ni, mestilah bijak..."

"Hotak dia, cikgu mestilah perasan kalau adik tak keluarkan suara pun." 

"Bukan hotak dia, tapi hotak akak.." Irene menolak rambutnya ke belakang. "Cakap tu baik-baik sikit, akak patut bangga ada adik yang bijak lagi sana (bijaksana) macam Irene tau." dia senyum bangga. "Ini Irene Armida okey, of course la adik dah record suara adik." 

Irene gelak halus, seperti berbangga dengan dirinya sendiri.

Aku dan Dr. Adam berpandangan sebelum menggeleng kepala.

Budak zaman now.

"Irene Armida binti Amerizal, kamu naik bilik sekarang jugakkk!!!" mencerlung biji mata Puan Irma memandang Irene dengan raut wajah garangnya.

Ibu kalau dah marah memang tak nampak macam Puan Irma.

"Tapi ibu, adik nak juga tahu--"

"NOW!!"

Irene menghentak kakinya seraya beredar pergi dengan wajah cemberutnya itu. "I hate everyone... NO... 'everything'." jeritnya kuat sebelum menghempas kuat pintu biliknya.

Aku pula hanya gelak halus. Ini mesti terpengaruh dengan Miss Everything ni, habis semua benda dia nak everything kan.

"Pening kepala ibu layan Irene tu, entah perangai siapalah yang dia ikut." Puan Irma menggeleng kepala lemah.

Aku pula hanya mengangkat bahu, tiada komen yang dapat aku buat. Dr. Adam pula hanya lebih selesa mendiamkan diri sahaja.

"Oh iya, bercakap pasal adik tadi. Ibu tersebut pula nama penuh Irene sekali dengan ayahnya--"

Raut wajah aku berubah.

"--buatkan ibu terfikir. Kamu dah bagitahu ayah kamu belum yang kamu nak kahwin ni?" soal Puan Irma sambil memandang tepat ke dalam anak mataku.

Aku menundukkan pandangan mataku.

"Bagitahu ayah?" Dr. Adam gelak. "Nak bagitahu macam mana? Bukan ke, suami ibu sudah--"

"Dia masih hidup." potong Puan Irma. "Dan dia diperlukan untuk majlis kahwin ini."

Jeda.

---

"Irish..."

Aku terus memanggung kepala memandang Dr. Adam sambil mengangkat kedua belah keningku. "Iya?" sahutku lembut.

Dr. Adam UkasyahWhere stories live. Discover now