Satu

14 2 2
                                    

"Woi jangan lari lah! " jerit salah seorang daripada sekumpulan gengster yang sedang mengejar aku

"Bluek! Kejar lah!" aku memalingkan kepala dan menjelirkan lidah kearah mereka sambil berlari

Nama aku Eliya Syarifah seorang anak yang kurang kasih sayang ibu. Aku baru sahaja tiba di Malaysia. Sekarang aku dikejar oleh sekumpulan gengster kerana aku telah menendang "junior" ketua mereka, itu pun sebab ketuanya berani nak ngurat aku. Hahaha nah sekarang baru tau padahnya!

Sekarang ni aku pula tidak tau nak buat cam mana yang aku mampu hanya larikan diri saja kalau nak minta tolong pun takda guna, lorong ni tiada sesiapa pun yang lalu. Menyesal aku ikut shortcut untuk pergi beli dutch lady coklat. Kalau nak lawan mereka pula tidak boleh aku ni sorang je nak lawan diorang yang ada sembilan orang. Ramai kot entah-entah diorang semua ada senjata.

Aku masih teruskan larian aku sampai lah di penghujung jalan. 'Haish hari ni nasib memang tidak menyebelahiku. Nampaknya tiada pilihan lain selain untuk melawan' aku mengeluh

"Wah! Wah! Wah! Cik adik taknak lari lagi ke? Dah takde jalan?" kata ketua mereka

Aku berdiri tegak dan menghadap mereka aku hanya memandang mereka dengan tenang

"Memang pun. Buta ke sampai tak nampak dinding yang ada di belakang aku ni? " aku membalas soalan bodohnya dengan senyuman sinis

"Kurang ajar punya budak!!! Kamu semua maju! " dia menyuruh anak buahnya untuk ready menyerang aku

"Ish...Ish. Hanya seorang perempuan saja kau nak suruh semua anak buah kau serang aku yang lemah ni? Kalian semua memang lemah" Aku berpeluk tubuh dan menayangkan senyuman sinis

Mereka yang lain dengar sahaja perlian aku terus menyerang aku. Marah lah tu.

Serangan pertama, dua orang anak buahnya berlari melulu ingin menumbuk aku tapi sempat aku mengelak, dengan serta merta mereka terus terlanggar dinding yang dibelakang aku dan terus pengsan. Hahaha baru tau!

Serangan kedua, dua orang anak buahnya yang lain juga ingin menumbuk aku dari kedua sisi berlainan. Aku dengan lajunya membongkokkan badan. Mereka berdua pulak yang tumbuk sesama sendiri. Okey dah empat orang tumpas

"Hahahaha lawak gila,korang nak menyerang pun guna lah otak tu" aku ketawa mengijik, ingatkan kuat sangat kalau tau baik tak payah buang nafas tadi

Serangan ketiga, empat orang maju kedepan. Ni kali aku membuat keputusan untuk serang balik mereka dengan menendang perut mereka satu demi satu. Kesemua keempat-empat orang itu terus terduduk dan membatukkan darah.

Tanpa aku sedar dua orang dengan lajunya menolak aku ke dinding dan mengunci kedua tangan serta kaki aku daripada bergerak. Aku sedaya upaya cuba untuk melepaskan diri tapi hampa.

Ketua mereka berjalan kehadapan aku sambil memegang pisau. Alamak habis lah riwayat aku ni.

Dia memegang dagu aku dan mendongakkan kepalaku untuk menghadap wajah hodohnya

"Hump! Kenapa? Tidak boleh melawan dah ke? Tadi bukan main berani lagi! Okay, cam mana kalau aku bagi kau satu peluang." dia berbisik ke telinga aku. Hish meremang bulu roma. Geliii

"Aku bagi kau peluang untuk hidup tapi dengan satu syarat kau harus ikut aku dan jadi sebagai tempat melepaskan nafsu?!"

"Huh! Aku tidak akan terima! Aku masih budak sekolah! Aku lebih rela mati daripada menjadi anjing kau! " aku melihat dia dengan pandangan tajam

Dia mulai naik angin dan menyimpan pisau itu dekat leher aku

"Dah bagi peluang kau sia-siakan baik mati saja! " Baru sahaja dia ingin menghiris leher aku. Tiba-tiba pisau tersebut terjatuh ke atas lantai.

You Are The Only OneWhere stories live. Discover now