Hari yang baru. Suasana sekolah yang baru. Kawan yang tidak baru. Musuh yang baru. Eh?
Ya hari ini tidak lah seperti kemarin. Hanya dalam satu hari suasana di sekolah ini berubah 180°. Lebih tepat lagi murid di sekolah ini......
"Arghhh!! Itu dia lah! Si syaitan bermata merah!! " jerit seorang pelajar perempuan
"Eh itu dia. Pelajar baru yang dikatakan gedik. Saya dengar yang dia itu hanya berpura-pura baik dan ceria untuk dekati Mikael. Tetapi sebaliknya dia itu perempuan murahan, kuat main dengan sebarang lelaki." bisik seorang pelajar yang sempat aku tangkap
"Ya ke? "
"Dasar syaitan! " kata seorang lagi pelajar
Aku yang mendengar semua itu langsung tidak mempedulikan mereka. Bagi aku semua ini hanya hal remeh je. Lagipun aku datang ke sekolah untuk belajar bukannya mau cari gaduh.
Aku hanya terus jalan menuju ke bangunan tingkatan empat. Tetapi perjalanan aku tiba-tiba di halang pulak oleh sekumpulan pelajar perempuan.
Aku melihat setiap satu wajah mereka serta memerhati nametag mereka.
'Jadi nama diorang Bella, Aina, Melissa.' Bella berdiri betul di hadapan aku, Aina berdiri di sebelah kiri Bella dan Melissa berdiri di sebelah kanan Bella
"Ya,Ada apa? Aku nak pergi kelas ni. " kata aku dengan mesra plus senyuman
"Tengok tu, dah mula dah muka fake dia." Bella gelak
"Aku rasa bukan perangai dia saja yang fake. Mesti muka dia pun sama fake, pergi buat pembedahan plastik lah tu." Aina gelak pulak
"Ha'ah tulah tu. Mikael ni juga boleh pulak dia tertipu dengan orang macam dia ni" mereka semua ketawa
"Korang nak apa? " tanya aku dengan senyuman
"Tidak payah lah kau nak pura-pura baik! Kau tu hanya pura-pura saja untuk dekati Mikael kan!! Kau Dengar sini jangan sesekali kau dekati Mikael kalau tidak kau akan tau juga akibatnya!! " tengking Bella
"Aku tidak paham lah cik Bella. Untuk pengetahuan cik bukan aku yang dekati dia tapi dia sendiri yang dekati aku. " aku menguntumkan senyuman manis. Bukan senyum sebab Mikael dekat dengan aku tetapi aku senyum sebab mau tambah sakitkan hati diorang.
"Kurang ajar kau!!!" Bella mengangkat tangannya dan ingin menampar aku
'Heh! Nak tampar aku? tidak semudah itu. ' dalam fikiran aku
Dengan tenangnya aku mengelak tamparannya dengan mengundur ke belakang sikit.
"Pfffttt...Mimpi saja lah kalau kau ingat yang kau dapat tampar aku. " aku tersenyum sinis
"Kau! Kalau begitu elak yang ini pulak! " Bella cuba untuk kali kedua
"Pffftt... Nak cuba lagi? Aku mengaku yang kau laju tapi aku lagi laju." aku ketawa sinis. Aku dah pun sedia untuk mengelak lagi tamparannya
Belum sempat dia melepaskan tamparan ada pulak orang yang menggengam tangan dia dari belakang.
Untuk kali keduanya orang yang menolong aku adalah Mikael
"Lepaskan lah! Jangan ganggu aku! " Bella meronta-ronta cuba untuk melepaskan pergelangan tangannya tetapi hampa
Dia memusingkan kepalanya untuk melihat siapa kah gerangan yang menggengam tangannya
"Mi... Mikael?! " muka Bella bertukar pucat bila melihat wajah Mikael yang seram
"Mikael! Jangan salah faham! Dia yang mulakan dulu" Bella tunding jari ke arah aku
YOU ARE READING
You Are The Only One
RomanceEliya Syarifah seorang gadis yang comel dan periang. Hanya kerana satu kejadian di mana matanya bertukar menjadi warna merah dia ditakuti oleh orang ramai dan sering mendapat masa yang sukar. Bagi dia semua itu bukan lah masalah. Masalah sebenar ad...