Dua

7 2 8
                                    

Natasha pov

Aku bersyukur yang seseorang dapat tolong Eli sebelum dia terjatuh ke dalam tasik. Kalau tidak mesti sekarang dia berenang dengan ikan-ikan, aku tidak sedar yang Eli tidak dapat kejar aku dari belakang dan aku terus jalan kehadapan tanpa menunggunya.

Aku betul-betul tidak menjangka orang yang menolong Eli ialah Mikael. Budak yang selalunya tidak kisah dengan apa yang berlaku di sekelilingnya dan tambahan lagi merupakan murid yang pendiam hanya bercakap apabila perlu saja, sedang tolong Eliya

"Woah daebak!! "

Eli mengimbangkan badannya dan terus meluru peluk Mikael.

"Terima kasih, Natasha!! "

Aku yang melihat kejadian itu terus membulatkan mataku.

'Eli kau ni biar betul!!! Kenapa kau tidak tengok dulu wajah orang itu sebelum kau peluk dia?!!' aku menampar dahi aku. Aku betul² mau menjerit dan beritahu dia yang orang dia sedang peluk tu bukan aku. Tetapi terasa mulut aku seolah-olah bergam.

Aku melihat orang-orang yang lalu lalang di sekitar sini. Semuanya berhenti dan menunjukkan riak wajah yang sama dengan aku kerana melihat kejadian ini.

Aku kembali melihat ke arah mereka.

'Eli... Seriously?!! What on earth are you doing?! Apakah kau sedang mabuk?! Adakah tubuh badan aku yang ramping ni nampak macam lelaki?! Hanya kenapa???'

Aku melihat wajah Mikael.

'Aik?! Mikael hanya menunjukkan riak wajah yang tenang malah dia menguntumkan... senyuman?! Dia? senyuman?' kepalaku tengah loading

Eli melepaskan pelukannya dan menjerit. Baru sedar lah tu.

"Arghhh!! Kau siapa?! "

Aku menuju ke arah Eli dan menekup mulutnya.

"Minta maaf kerana kelakuan kawan aku. Dia sakit hari ini jadi otak dia kurang berfungsi. Harap anda maafkan dia" aku mewakili Eli meminta maaf

Mikael hanya memandang kami seketika dan terus jalan melimpasi kami

'Kenapa aku dapat rasakan dia marah, bukannya tadi dia senyum? Argh lantak lah'

"Urmp! urmpp! " Eliya meronta-ronta minta untuk dilepaskan

"Ouh lupa pula" aku melepaskan tangan aku dari menekup mulutnya

"Boleh tak kau jangan buat begitu hampir lemas aku dibuatnya"

"Kau ni kan Eli, apa sal kau pergi peluk Mikael?! Badan aku nampak macam lelaki ke hah?!"

"Oh jadi nama dia Mikael. Begitu"

"Aku tanya kau kenapa peluk dia?! Itu pula yang kau kisahkan, namanya"

"Ish, aku ingat yang dia itu adalah kau itu saja sebabnya, relax lah"

'Haish Eli kau masih tetap tidak berubah macam dulu kuat betul peluk aku' tanpa sedar aku mengukirkan senyuman. Rindu dengan kenangan lama bersama dia

"Kau ni kenapa? Buang tabiat kah senyum-senyum sendiri? "

"Ish tiada lah jom kita pergi blok tingkatan 4"

End pov

Sebaik sahaja Eliya memasuki kelasnya, semua orang memandang dia dengan pandangan tajam

Tetapi Eliya sama sekali tidak mempedulikan hal itu, dia hanya menunjukkan senyuman dia seperti biasa manis dan ceria. Dia menuju ke arah sekumpulan pelajar perempuan

"Hai, boleh tanya di mana ada tempat duduk kosong dalam kelas ni?" tanya Eliya mesra

Sekumpulan pelajar perempuan itu menunjukkan riak terkejut sebelum menjawabnya
"Ermm... Di sana" salah seorang daripada mereka menunding jari ke arah tempat duduk di baris kedua belakang, bersebelahan dengan tingkap

You Are The Only OneWhere stories live. Discover now