Eliya pov
'Kenapa dia marah?? Aku ada salah cakap ke?? Ish apalah aku ni, kemarin cakap tak nak kisah tapi mau ambil tahu juga. Serabutlah!' bisik hati Eliya
"Yooohoo, apa hal kau ni? Termenung saja dari tadi. Tak nak makan ke? " Natasha melambai-lambai tangannya di hadapan aku
"Ish kacau lah"
"Hah apa yang kau renungkan tu? Merenung masa depan ke? Kah fikirkan pasal Mikael?" Natasha tersenyum sinis
"Apa kena mengena dengan dia sama aku? Sampai nak sebut namanya? " Eliya membuat muka menyampah
"Jangan ingat aku tidak tahu yang kemarin kamu berdua berjalan berduaan masa pulang sekolah. Bukan aku saja yang tahu malah hampir semua pelajar di sekolah ni"
"Apa?! " aku sedikit terkejut
"Kau tidak tau?"
"Macam mana aku nak tau?? "
Natasha mengeluarkan telefonnya dan menunjukkan gambar kemarin yang di mana aku dan Mikael sedang berjalan.
Untuk pengetahuan Emerald Light Highschool benarkan pelajar bawa telefon, tapi tidak dibenarkan guna semasa sesi belajar atau semasa guru dalam kelas
"Ni hah. Masuk akhbar sekolah, jadi semua orang dapat tahu"
"Apakah benda mau main akhbar ni?! Lagipun aku berjalan sama dia saja. Tiada salah pun kan?"
"Eli... Eli... ni sekolah orang kaya memang ada akhbar harian. Sekolah ni siap ada wartawan lagi. Ya memang tidak salah berjalan dengan dia tapi di pandangan peminatnya itu perkara salah" Natasha menggeleng-gelengkan kepala
"Apa kena dengan sekolah ni?! " suara aku tiba-tiba meninggi
Hampir semua orang di kafeteria melihat kearah aku
"Maaf... Maaf" Natasha mewakili aku meminta maaf kepada pelajar lain
"Ish kau ni kalau terkejut sangat pun kawal lah sikit tu suara" Natasha memarahi aku
"Hehehe..... Okay" aku menggosok belakang leherku
Kami berdua pun mula memakan makanan kami.
'Hmm.... Sedap juga eh makanan di kafeteria sekolah ni'
Tengah aku sedap menikmati makanan aku tiba-tiba jatuh air dari belah atas kepalaku
"Upss! Minta maaf saya tidak sengaja lah. Eh lama tidak jumpa Eliya" kata seorang perempuan dengan senyuman sinis
'Okay sabar Eliya sabar'
"Tidak apa. Lama tidak jumpa Rai...sya" aku menguntum senyuman palsu
Raisya kenalan aku semasa kecil. Ya kami kenal tapi kami bukan kawan lebih kepada musuh dan merupakan senior aku.
"Humph! Talam dua muka, jangan pura-pura comel dan ceria lah. Saya tau kau punya warna sebenar! "
"Oh ya kah? Hmmm... Nampaknya kau dah tak ada benda untuk di minum.... Mesti kau dahaga kan?" aku berdiri dan memegang jus oren aku. Aku masih tersenyum
"Biar aku belanja... Nah" aku menyimbah jus oren tersebut tepat di mukanya
"Upss! aku minta maaf tangan aku berpeluh lah" aku hadiahkan senyuman manis
"Arghhh! Kau!!.. " Raisya menjerit. Semua orang di kafeteria kini melihat ke arah kami
"Ya, Raisya? Ada apa?"
"Kau ni tidak reti ke adab terhadap senior?! Mak kau tidak ajar ke hah?!"
"Jadi kau tidak reti ke adab terhadap junior? Dan jangan sebut pasal mak aku" senyuman aku pudar. Sekarang aku menunjukkan riak dingin
YOU ARE READING
You Are The Only One
RomanceEliya Syarifah seorang gadis yang comel dan periang. Hanya kerana satu kejadian di mana matanya bertukar menjadi warna merah dia ditakuti oleh orang ramai dan sering mendapat masa yang sukar. Bagi dia semua itu bukan lah masalah. Masalah sebenar ad...