Empat

6 2 6
                                    

"Okay class let's start our lesson today" kata Sir Andrew

Aku hanya fokus kepada Sir Andrew tapi aku betul-betul tidak senang duduk, ini semua disebabkan Lucas yang asyik tenung tajam aku. Aku macam nak cucuk jak matanya tu guna ni pen!

Aku sedaya upaya juga untuk fokus. Tapi aku dah tak tahan lagi dengan lajunya aku mengeluarkan book note aku dan mengoyakkan sekeping kertas.

Aku menulis sesuatu di atasnya dan melipatnya menjadi kecil. Terus aku menghumban kertas itu kepada Lucas yang jaraknya hanya selang tiga baris dari tempat duduk belah kanan aku.

Kertas itu tepat mengenai kepalanya. Dalam hatiku aku sangat berharap yang tadi tu bukan sekadar kertas tapi seketul batu. Indahnya kalau benda itu betul² terjadi😃

Lucas membuka kertas tersebut

"Apa pandang²?! Aku tau lah aku ni comel jadi tak yah lah nak tenung sampai nak jatuh bola mata tu"😜

Kini Lucas melakukan perkara yang sama dengan aku

"Haah comel! Comel cam anjing kurap kat depan sekolah tu"🙄

Aku renyuk kertas tersebut sebaik sahaja aku membacanya. Aku memandang tajam Lucas, dia pula menjelirkan lidahnya

Aku menulis lagi

"Takpah... Takpah kalau betul muka aku tahap-tahap cam anjing kurap sekali pun, janji perangai tak cam anjing(kau)"☺

Kini Lucas pulak yang memandang tajam aku dan aku menjelirkan lidah. Okey sekarang 1-1

Sir Andrew masih di depan setia mengajar Bahasa Inggeris.

Lucas mengoyakkan lagi sekeping kertas kerana dah tak cukup ruang. Ini kali dia tidak mengisahkan lagi kecantikan kertas itu dia main renyuk je dan membalingnya ke arah aku.

"Mengaku lah tu anjing kurap"

Aku dah mula naik angin. Apa?! Muka aku yang comel molek cam arnab ni di panggil anjing kurap!?!!

            "Pffft kata² dari si Sajat"

'Apa sajat?! Punya lah main handsome muka aku ni di panggil Sajat?!! Aku tau lah muka aku ni ada sedikit cam perempuan tapi dia ni kan!!!' dalam fikiran Lucas

Kami berdua saling menjeling antara satu sama lain.

'Okay kita perang!!! ' dalam fikiran kami berdua

Aku mengoyakkan kertas buku notaku. Then tulis. Last aku renyuk je kertas tu malas nak kisah dah kecantikan kertas tu dan baling

Lucas membuat perkara yang sama dengan aku. Dia mengoyakkan, then tulis, last Baling.

R.I.P note book. (ಥ_ಥ)

Pelajar yang duduk paling belakang serta yang duduk satu baris belah kanan aku hanya diam melihat kelakuan kami dengan mata yang terbuntang luas. Kawan Lucas yang duduk di sebelah dia hanya menahan katawa

Lantak lah kami dua tidak kisah langsung. Kami sekarang berdiri sambil membaling kertas antara satu sama lain. Cam budak-budak pulak tengah main baling bola salji

"Ehemm!" dengar sahaja seseorang berdehem terus kami berhenti.

Seseorang itu bukan lah sesiapa. Huhuhu malang sekali seseorang itu adalah Sir Andrew.

You Are The Only OneWhere stories live. Discover now