Bab 1

1.1K 33 0
                                    

SOFIA gembira menconteng kertas kerja Firdaus,  abang sulungnya.  Dia mengumpamakan kertas kerja tersebut sebagai alat permainan dia. Firdaus baru keluar daripada membuang hadas terkejut. Sofia sedang 'berpesta' dengan dokumen pejabat !!!. Firdaus berlari pantas mendapatkan dokumen lain yang bertaburan, sebelum Sofia melukis kartun.

" Sofi!!! . Kenapa conteng dokumen abang?!.  Nanti abang kena marah! " Firdaus menyimpan kertas berbaki 2/ 10 yang selamat di laci almari paling tinggi.  Biar Sofia tak boleh panjat.  Hahahah.

" Abang...  jahat!.  Sofi nak makan chicken chop? " Mulut becok budak 3 tahun ni laju je sebut 'Chicken chop'.  Awal-awal sebut aku jahat.  Suruh aku buat Chicken chop pula?. 

" Amboi.  Pagi-pagi nak makan Chicken chop?. Adik tengok badan adik yang chubby tu.  Adik senamlah.  Abang risau adik jadi gem... " Firdaus tersedar dia hampir menyebut GEMUK pada Sofia.  Sofia begitu sensitif mendengar perkataan GEMUK. Dia akan menangis kemudian merajuk.

" Abang nak cakap adik 'gemuk' ke?"

Astaghfirullah al-hazim!. Aku tak sebut, Sofia sebut!. Firdaus melihat wajah Sofia berubah sedih.

Ya Allah.  Salah hamba. Sofia meluru masuk ke bilik.  Kedengaran tangisan di dalam.

" Sofia sayang.  Maafkan abang..." Firdaus mengetuk pintu bilik Sofia.

Merajuk pulak. Firdaus memusing tombol pintu.  Sofia menyelubung dalam selimut.

" Sofi boleh marahkan abang.  Semua orang tak sempurna. Sofi janganlah hukum abang"

Firdaus menyelek selimut.  Bukan Sofia di dalam.  Tetapi, teddy bear!.

Sofia ketawa mengekek keluar daripada bilik mandi. Firdaus menekam Sofia.

" Abang kena tipu! . Hahahaha! "

Ketawa ya?. Firdaus menggeletek Sofia.  Sofia mengalah.

" Jahat betul adik. Ikut siapa?"

Jari Sofia dihalakan pada Firdaus. 

" Hurmm..,  ya lah" Firdaus mengalah.  Sofia diturunkan. Chicken chop tetap kena masak.  Haih...  lambat pun lambat lah pergi kerja. Bos pun macam dah faham aku lambat sebab ada budak kecik merengek nak makan.

************

Setelah Firdaus selesai menghantar Sofia ke Taska ( Taman Asuhan Kanak-Kanak),  dia memecut kereta Honda Civicnya ke pejabat peguaman. Mata-mata pekerja saling pandang ke Firdaus.

Itu dia lambat sebab adik dia buat hal lah tu. 

Para pekerja mengetahui Firdaus mempunyai adik perempuan Dia pernah membawa Sofia ke pejabat sekali sebelum daftar masuk ke Taska.

" Lambat awak masuk hari ni,  Daus" Maira,  setiausaha Tuan Malik, pengarah syarikat peguaman,  yang boleh dikatakan agak rapat dengan Firdaus.

" Sofi merengek suruh saya masak Chicken Chop.  Anyway,  macam mana pertunangan awak dengan Malik?"

Malik,  Firdaus dan Maira kawan semenjak sekolah menengah.  Malik melamar Maira setahun lalu . Maira sebenarnya tidak berapa setuju dengan pertunangan ini.  Namun,  kerana persahabatan mereka,  Maira menerimanya demi Malik.

" Berjalan lancar saja,  Daus.  Bila-bila masa,  awak kenalkan saya dengan Sofia? " Maira mengenyitkan mata.

Firdaus perasan kelakuan Maira seolah-olah menyembunyikan sesuatu.


ENCIK PEGUAM DAN ADIK CHUBBYWhere stories live. Discover now