Bab 10

381 19 0
                                    

" ADIK encik dah obesiti . Adik ad tak buat senaman ke pada waktu pagi? " Terkejut Nik Ahmad Faisal atau Nik melihat angka penimbang. Sofia buat muka tak bersalah.  Firdaus menutup muka menggunakan tangan. 

" Biasa adik makan apa? " Nik mencatat setiap butir percakapan Firdaus. Bukti untuk dihantar ke Pusat Kesihatan.  Budak ni luar biasa beratnya.  Umur 3 tahun dah mencapai had berat minimum.

" Pagi biasanya adik saya makan mee goreng.  Kadang nasi goreng.  Tak pun,  roti cheese kedai Kak Esah "

Sofia terkedek-kedek nak pakai kasut. Sofia hilang imbangan dan terlanggar barisan budak-budak di belakang.  Mereka jatuh seperti permainan domino tumbang. Mak cik-mak cik terkekeh ketawa .

" Sofia!.  Eeii!.  Jangan buat hal boleh tak? " Firdaus segera mendukung Sofia.  Firdaus terpaksa meminta maaf kepada budak-budak itu.

" Encik boleh ambil kursus A untuk Sofia.  Yuran dia RM 30.00 sebulan" Terang Nik. 

KURSUS A

BERAT PURATA 65 KG - 80 KG KE ATAS

AKAN MENDAPAT :

• JADUAL PEMAKANAN DIET SEIMBANG

• SENAMAN KARDIO KHUSUS UNTUK KANAK-KANAK

• 10 SACHET TEH STRAWBERI UNTUK NYAH TOKSIN

TEMPAT :  FITNES STUDIO

JURULATIH : NIK AHMAD FAISAL NIK IZANI

YURAN : RM 30 SEBULAN

HUBUNGI NOMBOR DI BAWAH UNTUK MAKLUMAT LANJUT

NIK AHMAD FAISAL

012-345678

" Boleh tanya?.  Teh strawberi tu untuk buang toksin kan?.  Umur 3 tahun boleh minum ke?.  Tak ada kesan sampingan? " Firdaus sedikit sangsi.  Buatnya Sofia cirit-birit ?.

" Jangan risau,  Encik.  Semua barang ada kesan sampingan.  Cumanya Encik jangan tambah gula.  Sebab,  dalam teh tu dah ada stevia " Stevia ialah pemanis semula jadi. Rasanya macam gula biasa.  Satu sudu stevia bersamaan 3 sudu besar gula kasar.

" Baiklah.  Saya nak daftar untuk Sofia"

Sofia tercengang . Abang nak Sofia kurus-kering ke?!. 

***

Sofia mengamuk pada Firdaus.  Abang jahat!.  Abang sengaja nak seksa Sofi!.  Sofia tak nak kurus! . Sofia meronta-ronta dalam kereta. 

" Sofia!. Jangan buat perangai boleh tak?!.  Duduk diam-diam!" Tangan Firdaus menahan Sofia dari terus meronta.  Firdaus harus fokus pemanduan. 

" Kenapa Abang Daus buli Sofi? " Sofia mengesat air matanya yang sudah jatuh.  Makin dikesat,  makin banyak keluar.

" Sofi,  abang buat semua tu untuk kebaikan Sofi"

Nada dering telefon Firdaus  berbunyi. Alat bebas tangan dilekap pada telinga.  Firdaus tidak mellihat nama si pemanggil.

" Helo?. Siapa ni? "

" Hai...,  Daus...,  malam ni you free tak?. I nak ajak you makan malam di rumah I " Suara manja Latifah kedengaran dalam telefon Firdaus. Latifah mengigit jari telunjuk, walaupun Firdaus tidak nampak aksi manjanya.

" Err...  boleh.  Tapi lambat sikit"

Sofia merasakan, abangnya mula
menjauhkan diri daripada dia.

***

Malik dan Maira menemani Sofia ke program menguruskan badan,  bersama Coach Nik.  Kanak-kanak lain ditemani ibu bapa masing-masing.  Sofia sedih.  Abang Daus dari malam semalam,  tak balik. 

" Sofi jadi budak baik tau.  Kakak nanti belanja Sofi makan ais-krim" Maira mengusap kepala Sofia. 

Tangan Sofia saling dipimpin Malik serta Maira.  Tindakan spontan ketika melintas jalan?.  Mereka bertiga ternampak Firdaus sedang melakukan sumbang mahram, dalam keretanya.  Kereta Firdaus diparkir berdekatan restoran bersebelahan Fitness Studio.

Astaghfirullah al-azim!. 





ENCIK PEGUAM DAN ADIK CHUBBYWhere stories live. Discover now