Bab 7

389 19 0
                                    

Malik mengambil beberapa keping coklat. Dia mahu memberi coklat-coklat tersebut, untuk dua kawan baiknya. Sekali-sekala belanja kawan apa salahnya kan?. Coklat tersebut diletakkan di atas kaunter pembayaran. Dan, seorang budak perempuan terlanggar belakang Malik.

Oppss!.

" Maaf, abang. Tini tak sengaja" Tini salam tangan Malik. Dari mana budak ni datang?.

" Tak apa. Adik sorang ke?" Tini menggeleng. Payah ni kalau budak ni datang keseorangan. Takut jadi kes culik!. Malik menghulur RM 20.00 kepada pekerja kaunter. Malik menyuruh Tini mengikutnya sementara menunggu ibu bapanya.

" Adik tunggu sini dengan abang. Jangan ke mana-mana. " Nasihat Malik dengan lemah-lembut. Tini akur.

" Tini!. Puas Mama cari Tini! " Adira berlari menghampiri Malik dan Tini, di mana mereka menunggu di hadapan kedai jam tangan.

" Mama! " Tini memeluk Adira. Malik tak terkata-kata. Cantik sungguh wanita ini.

" Maaf, Encik. Anak saya susah kan encik ke? " Tangan Tini dipimpin Adira.

" Tak ada lah. Tini budak baik" Maknya pun cantik. Untung suaminya.

" Encik, boleh saya tahu nama Encik? "

" Nama saya?"

Adira angguk. Senyuman dilempar. Apakah makna senyuman itu bagi seorang wanita, terhadap seorang lelaki?. Dah tentunya ingin menggoda keimanan.

" Malik" Malik menuju ke parkir kereta. Adira daripada tadi memandang Malik sehingga kereta Malik meninggalkan pasar raya. He have a good looking face.

***

Sofia menggaru kepala.  Dia sendiri keliru macam mana nak selesaikan permainan video Mario kart 8

" Abang Daus,  Sofi tak dapat nak selesaikan Mario Kart.  Abang boleh bagi Sofi menang? " Sofia pilih watak Mario 200 cc.  Kedudukan kereta Mario atau Sofia antara 6 per 12 pelumba kereta kart.  Kereta Kart digunakan untuk berlumba.  Ia bukan seperti kereta biasa macam kita selalu bawa. 

  " Ada masa pulak Sofi main benda ni" Firdaus mengambil PSP daripada tangan Sofia.  Firdaus terus tekan simbol pedal minyak sehabisnya.  Dan...  kedudukan Mario sudah bertukar ke nombor 1 .

YOU WIN!

" Thank you abang! " Dapat juga rasa jadi pemenang walaupun dalam dunia game.  Huhu.

ENCIK PEGUAM DAN ADIK CHUBBYWhere stories live. Discover now