Bab 11

379 21 0
                                    

AIR mata Sofia seolah tidak mahu berhenti.  Firdaus dan Latifah ditangkap orang ramai, kemudian dibawa ke balai polis. Jenuh Maira memujuk Sofia agar berhenti menangis. Pujukkan Maira tidak menjadi.  Malik menjadi saksi kejadian Firdaus ditangkap. Sementara menunggu siasatan, Maira duduk di sofa bersama Sofia.

Apa nak jadi lah  Daus. Gatal sangat nak kahwin dengan Latifah ke sampai abaikan aib sendiri?.  Sofia kecil lagi. Dia terlalu muda untuk memahami situasi sebegini. Malik terdengar esakkan Sofia di belakangnya. Luluh hati Malik.

" Shh... shh...,  abang Sofi tak apa-apa.  Pak cik-pak cik polis tu bukan nak hukum gantung.  Abang Sofi cuma bagi keterangan je " Maira memeluk Sofia. Jiwa perempuan Maira terusik melihat Sofia menangis dalam pelukkan.  Dia begitu merindukan adik kecilnya yang telah lama menghilang.

" Encik, kawan saya bila nak dibebaskan?" Malik memandang tepat mata anggota polis lelaki bernama 'Alaudin'.  Alaudin hanya mendiamkan diri. 

" Kami syak kawan Encik terpengaruh dadah. Kami menemui bungkusan berisi serbuk putih dalam laci kereta Honda City miliknya" Bungkusan serbuk putih itu diletakkan atas meja.  Membulat mata Malik. Astaghfirullah!. Firdaus takkan simpan benda-benda haram!.  Dia kenal hati budi Firdaus!. Hanya Latifah saja buat macam ni!.  Helaan nafas dilepas.  Malik cuba menerima. Bertahan,  Daus. Aku cuba selamatkan kau!.

***

" Abang!!!. Abang jangan tinggalkan Sofi!!!. Sofi janji jadi budak baik!!! " Sofia meronta dari dukungan Malik.  Sofia meraung-raung melihat Firdaus dibawa oleh 2 anggota polis.  Selagi tiada bukti kukuh,  Firdaus terpaksa dimasukkan ke lokap. 2 anggota polis tidak peduli raungan Sofia. Sofia menolak Malik dan berlari ke Firdaus.

" Abang jangan tinggalkan Sofi!! " Sofia memeluk kaki Firdaus. Firdaus berasa kasihan. Firdaus mengukirkan senyuman. Dia melutut dan memeluk Sofia buat kali terakhir.

" Maafkan abang,  Sofi.  Abang Malik dan Kak Maira akan jaga Sofi untuk sementara.  Jadi budak baik ok? " Firdaus memegang wajah Sofia, dikucupnya pada dahi.  Sofia memeluk leher Firdaus pula. 

" Warghh!!!!. Sofi tak nak!!! . Sofi nak Abang Daus!!!" Firdaus juga tidak mahu orang lain menjaga adik perempuannya. Mereka berdua memeluk seerat-eratnya.

" Maaf adik.  Kami terpaksa bawa Encik Firdaus sekarang" Salah seorang polis menepis Sofia menjauhi Firdaus. Sofia tersembam ke lantai lalu pengsan.

" Sofia!!! " Malik memangku Sofia.  Maira ketakutan melihat Sofia sudah lemah. Muka Sofia kebiruan menandakan dia kekurangan oksigen
Sofia kekurangan oksigen akibat menangis terlalu lama.

" Malik!!. Tolong jaga Sofia!! " Amanat terakhir Firdaus sebelum dia dimasukkan ke penjara.  Firdaus turut mengalirkan air matanya. 

Maafkan abang sekali lagi,  Sofia. 

***

Malik bersungguh-sungguh mencari bukti  Latifah punca Daus diperangkap. Dia meminta kebenaran daripada pihak polis untuk mencari bukti,  dalam kereta Firdaus.  Kereta Firdaus berada di balai polis. Maira tidak ikut serta kerana menjaga Sofia di rumah. 

Daus buat sumbang mahram sebab...  dia dipengaruhi dadah ke?.  Malik tidak menemui sebarang pertunjuk.  Namun,  dia telah menemui sesuatu. Perfum bauan mawar milik Latifah!. Dia membuka penutup perfum.  Bauan perfum tersebut bukan bau perfum biasa.  Ini bau dadah!.    Latifah mencalit perfum ni pada tengkuk Daus!. 

Malik memberi perfum tersebut kepada Inspektor Zairin.

" Tuan,  ni bukti Cik Latifah memerangkap Firdaus"

Inspektor Zairin menghidu perfum itu. Ternyata ada bau dadah.

" Saya rasa Cik Latifah calit minyak wangi ni masa Firdaus memandu tanpa dia sedar.  Bila Firdaus dah khayal,  Latifah heret dia melakukan maksiat"

Kedengaran logik juga kenyataan Malik.  Inspektor Zairin menyerahkan minyak wangi tersebut kepada anggota polis bahagian makmal. Penyiasatan dibuat bagi menguatkan lagi Latifah  penjenayah sebenar. 

30 minit berlalu

" Tuan Zairin,  terdapat cap jari milik Cik Latifah pada botol minyak wangi ni " Kamal,  polis bahagian makmal siasatan menunjukkan sampel cap jari Latifah. 

" Baiklah,  saya akan bebaskan Muhamad Firdaus dengan jaminan polis"

***

Maira membawa bubur ayam untuk Sofia. Sofia terbaring lemah di atas katil. Dah berapa hari Sofia tak makan.  Dia termenung sepanjang hari.  Mata mencelik,  Sofia akan termenung ke luar tingkap.  Dia tak lepas melihat gambar dirinya bersama Firdaus untuk melepaskan rindu.  Adakalanya,  Sofia tidur sehingga hari esoknya.

" Sofi sayang.  Kakak ada bubur ayam.  Kakak masak special untuk Sofi" Maira menyelak helaian rambut yang menutupi muka Sofia.

" Sofi nak Abang Daus..."Suara Sofia lemah.

" Abang Sofi tak apa-apa.  Sofi kena makan tau.  Nanti Abang Daus marah" Maira menyua sudu pada mulut Sofia. Sofia menggeleng.

" Sofi...  Sofi jangan macam ni.  Kakak risaukan Sofi.  Abang Daus lagi lah risau" Maira meletakkan mangkuk di atas meja lampu tidur.  Dia memicit kepala Sofia agar berasa selesa.

" Sekejap ya?.  Kakak nak ambil tuala basah" Maira keluar bilik dan menuruni ke dapur.

Maira kembali ke bilik Sofia  sambil membawa besen dan tuala kecil.  Dia amat terkejut . Besen terlepas dari tangan Maira. 

" Allahuakbar! Sofi?!!" Mulut Sofia berbuih.  Sofia sudah tidak sedarkan diri.












ENCIK PEGUAM DAN ADIK CHUBBYWhere stories live. Discover now