"Kau tak ada kerja?" marah Delisya apabila melihat Samuel sedang duduk di atas sofa miliknya. Dia terus menuju ke arah mejanya tanpa menghiraukan lelaki itu.
"Sejak dah ada pengganti, kau langsung tak nak pandang aku ek," komen Samuel sambil merenung wanita itu dari jauh. Delisya tersenyum sinis.
"Memang pun!" balasnya dengan nada keras. Samuel tersenyum. Dia bangun dari sofa.
"Elis, kalau kau nak syarikat ni, jangan sesekali terima orang lain selain aku. Aku tak suka," katanya separuh mengugut. Berkerut kening Delisya memandang lelaki itu.
"Aku tahu kau memang tak pernah puas kalau syarikat ni tak jadi milik kau sepenuhnya. Kau ingat aku takut dengan ugutan kau tu? Samuel, aku dah kata aku buka Delisya yang dulu lagi. Kau boleh ugut aku, tapi aku tak akan lepaskan kedua-duanya. Adam dan syarikat ni! Faham?! Keluar sekarang!" arahnya separuh menjerit. Samuel tersenyum sinis sebelum bergerak keluar dari bilik pejabat wanita itu.
Tak apa. Kau jual mahal Elis. Kau ingat kau cantik sangat?
Delisya menepuk mejanya dengan kuat.
Gila! Kau memang licik Samuel!
*****
"Aku nak kahwin," kata Bella dengan suara perlahan. Rasya yang sedang menghadap laptopnya mula memandang Bella yang sedang duduk di hadapannya.
"Kau cakap apa tadi?" soalnya masih ragu-ragu dengan apa yang didengarinya daripada mulut gadis itu.
"Aku nak kahwin," ulang Bella semula tanpa memandang wajah Rasya. Berkerut kening Rasya.
"Dengan siapa? Lelaki tak guna tu?" soalnya yang mula tidak senang hati.
"Aku nak kahwin dengan Adam," balas Bella kini mula memandang gadis itu.
"What? Kau serius?" soal Rasya lagi dengan riak wajah yang jelas terkejut. Bella mengangguk sambil tersenyum nipis.
"Kau dah fikir masak? Kau baru aje kenal dengan lelaki tu. Macam mana kau boleh pula nak kahwin dengan dia? Aku tak pernah lihat pun kau keluar berdua dengan Adam," kata Rasya sambil menggelengkan kepalanya. Masih tidak percaya dengan kata-kata gadis itu.
"Aku suka Adam. Salah ke?" soal Bella tenang.
"Minah ni. Aku tahu kau buat keputusan ni sebab Khai. Kau nak lelaki tu tengok kau masih boleh hidup bahagia. Betul tak? Jangan buat keputusan terburu-buru Bella," balas Rasya separuh menasihati.
"Taklah. Aku dah fikir masak. Minggu depan aku nak bawa Adam jumpa papa. Papa nak aku kahwin dengan Khai sebab lelaki tu kata kami dah pernah terlanjur. Aku tak nak kahwin dengan lelaki tak guna tu," balas Bella dengan nada tegas.
"What?!" sekali lagi Rasya terkejut mendengar kata-kata gadis itu.
"Lelaki tu memang gila!" sambungnya dengan riak wajah tidak puas hati.
"So, kau dah tahu sebab aku nak kahwin Adam. Aku nak kau sokong aku dalam hal ni," balas Bella dengan senyuman hambar. Rasya mengeluh perlahan.
"Tapi ni tak betul Bella," katanya yang kurang setuju dengan tindakan gadis itu. Bella hanya tersenyum mendengar kata-kata rakannya itu.
Memang tak betul. Tapi aku tetap akan teruskan rancangan ni. Bukan sebab Khai semata-mata. Sebab aku tak nak kehilangan lelaki sebaik Adam.
*****
Adam mengeluh perlahan. Keluhannya menarik perhatian Chinta yang duduk di depannya.
"Saya ganggu awak?" soal Chinta dengan perasaan bersalah. Adam menggeleng.
ANDA SEDANG MEMBACA
AKU TANPAMU
RomanceAdam- "Jika memang sudah ditakdirkan..." Bella- "Kau tipu aku?! Apa kau fikir aku nak merayu??" Chinta - "Dah lama saya tunggu awak. Tapi..." Delisya- "Jantan tak guna!"
