Bab 19

20 3 0
                                        

Chinta mengeluh. Kata-kata Puan Hasna masih terngiang di telinganya. Wanita itu memberitahunya yang Adam pernah bertunang. Namun tunangnya meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya.

Patutlah Adam masih tak boleh lupakan gadis tu.

Chinta mengeluh lagi.

"Tak tidur lagi?" soal Marwah sambil berdiri di sebelah gadis itu.

"Tak dapat tidur," jawab Chinta dengan nada perlahan.

"Pasal Adam?" soal Marwah separuh meneka.

"Adam pernah bertunang Wa. Tapi tunangnya tu meninggal sebab kemalangan jalan raya," beritahu Chinta kini memandang wajah gadis itu.

"Oh...," Marwah hilang kata-kata.

"So, dah terjawablah persoalan kau selama ni?" tanya Marwah. Chinta mengangguk lambat mendengar soalan gadis itu. Kini sudah jelas yang Adam menolaknya kerana masih mengenangkan arwah tunangnya.

"Apa rancangan kau lepas ni?" soal Marwah kembali. Dia ingin tahu apa yang ada di fikiran gadis itu.

"Entahlah. Cerita aku dan Adam tak sama. Aku berpisah hidup dengan Nazri. Tapi Adam...," Chinta berhenti sejenak. Dadanya terasa sebak. Dia tidak menyangka lelaki yang sentiasa kelihatan tenang itu rupanya pernah mengalami pengalaman yang memeritkan. Apa yang dilalui oleh lelaki itu lebih sakit daripada apa yang dia lalui. Marwah menepuk lembut bahu gadis itu.

"Mungkin Adam perlukan masa," katanya separuh memujuk.

"Aku tak akan jumpa Adam dalam masa terdekat ni," balas Chinta dengan senyuman hambar. Marwah mengangguk tanda setuju dengan rancangan gadis itu.

*****

Adam membuka cermin matanya apabila mendengar telefon bimbitnya berdering. Dia berdebar apabila melihat nama Chinta terpampang pada skrin telefon.

"Awak dah tidur?" soal Chinta.

"Tak tidur lagi," jawab Adam sambil menutup buku di tangannya. Dia turun dari katil lalu melangkah ke beranda bilik.

"Awak pun tak tidur lagi. Sekarang dah jam sebelas," tegur Adam sambil memandang jam di tangannya.

"Saya dah biasa tidur lewat," balas Chinta dengan senyuman hambar.

"Buat kerja ke? Atau baca buku?" soal Adam dengan kening berkerut.

"Buat kerja," jawab Chinta ringkas.

"Tak baik tidur lewat sangat. Awak boleh jatuh sakit kalau tak cukup rehat," nasihat Adam. Chinta tersenyum.

"Awak risaukan saya ke?" soalnya separuh mengusik.

"Mestilah saya risau. Saya tak nak awak selalu lawat hospital," balas Adam dengan senyuman. Chinta tergelak kecil.

"Adam, kalau hari tu saya tak buat hal mesti kita tak jumpa, kan? Saya tak kenal awak. Awak pun mungkin tak kenal saya," kata Chinta setelah tawanya reda. Adam terdiam mendengar kata-kata gadis itu.

"Kalau Nazri tak buat hal, saya mungkin tak akan pernah kenal awak," ulang Chinta sekali lagi.

"Semuanya ketentuan Allah," balas Adam dengan nada perlahan. Chinta tersenyum.

"Tahu tak apa. So, tak salah kalau saya nak sedikit ruang dalam hati awak, kan?" soalnya separuh meminta.

"Chinta...,"

"Saya tahu awak masih tak dapat lupakan arwah. Tak apa. Saya tak paksa awak untuk lupakan dia. Tu hak awak. Apa yang saya nak cuma sedikit ruang dalam hati awak. Tu aje," pintas Chinta dengan penuh harapan. Kedengaran Adam mengeluh perlahan.

AKU TANPAMUCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang