Bella memandang sahaja lelaki tinggi lampai yang sedang menarik kerusi tidak jauh dari tempatnya.
"Lelaki tu memang selalu datang sini ke?" tanyanya kepada Rasya, kawan baiknya. Gadis itu juga merupakan orang yang bertanggungjawab menguruskan cafe miliknya.
"Oh, doktor tu. Dia memang selalu datang sini dengan kawan baiknya. Hari ni dia datang seorang pula," jawab Rasya sambil memandang sekilas ke arah pemuda yang dimaksudkan oleh rakannya itu. Bella tersenyum sambil bangun dari kerusinya. Dia melangkah perlahan menghampiri meja di mana lelaki itu berada. Agak lama Adam memandang gadis yang sedang menarik kerusi di hadapannya.
"Apa khabar?" tanya Bella dengan senyuman. Adam tersenyum membalas. Dia kini ingat wajah gadis itu.
"Saya sihat. Awak macam mana?" tanyanya pula. Bella mengangguk.
"Sihat. Cuma hati yang tak sihat," jawabnya kini dengan senyuman hambar. Adam terdiam mendengar kata-kata gadis itu.
"Semalam saya ada call awak," beritahu Bella. Terangkat kening Adam memandang gadis itu.
Kenapa semua orang nak cari aku ni?
Bisik hati kecilnya. Adam berdehem perlahan.
"Maaf, saya tak layan nombor yang saya tak kenal," balasnya dengan senyuman hambar.
"Tak apa. Awak Adam, kan? Saya ada dengar nurse panggil awak hari tu. Saya Bella," beritahu Bella sambil menghulurkan tangan. Agak lama Adam memandang huluran gadis itu sebelum menyambutnya perlahan.
"Ya, saya Adam," balasnya dengan senyuman.
"Pasal hari tu, saya minta maaf. Masa tu saya...," Bella terdiam sejenak. Dia menarik nafas dalam.
"Tak apa. Saya tahu awak tak sihat masa tu," pintas Adam. Bella tersenyum hambar.
"Saya kemalangan hari tu sebab ternampak tunang saya dengan perempuan lain. Awak tahu tak apa yang lucu? Perempuan tu kawan baik saya sendiri. Orang yang saya paling percaya dan sayang," beritahunya sambil tergelak kecil. Adam hanya memandang gadis itu tanpa berkata apa-apa.
"Saya harap sangat masa tu saya mati aje supaya tak berdepan dengan mereka lagi," sambung Bella dengan suara perlahan.
"Awak tak patut cakap macam tu. Awak patut bersyukur sebab Allah masih beri awak peluang untuk teruskan hidup," nasihat Adam ikhlas.
"Dam," panggil satu suara. Adam dan Bella serentak berpaling. Kelihatan Ekram sedang berjalan menghampiri mereka.
"Awak simpan nombor saya. Jangan tanya saya dapat dari mana. Itu rahsia," kata Bella dengan senyuman sebelum bangun lantas berlalu. Adam hanya memandang langkah gadis itu.
"Siapa?" soal Ekram dengan kening berkerut. Adam hanya tersenyum hambar membalas pandangan sahabatnya itu.
*****
"Kau kenal ke dengan doktor tadi tu?" soal Rasya ingin tahu selepas melihat Adam dan Ekram berlalu keluar dari cafe.
"Dialah doktor yang rawat aku masa aku masuk hospital hari tu," beritahu Bella dengan suara perlahan.
"Aku tahu kau masih tak sihat lagi. Tapi, aku tetap nak tanya. Aku dengar kau nak tangguh majlis nikah?" soal Rasya lagi inginkan kepastian.
"Siapa beritahu?" soal Bella dengan senyuman sinis.
"Lara ada datang baru-baru ni kat sini. Dia yang beritahu aku," jawab Rasya.
"Kau pasti ke nak tangguh? Kau dan Khai dah lama rancang nak bersatu. Tiba-tiba pula kau nak tangguh," komennya pula.
ANDA SEDANG MEMBACA
AKU TANPAMU
RomanceAdam- "Jika memang sudah ditakdirkan..." Bella- "Kau tipu aku?! Apa kau fikir aku nak merayu??" Chinta - "Dah lama saya tunggu awak. Tapi..." Delisya- "Jantan tak guna!"
