Akhirnya aku telah sampai di Rome,Itali,perjalanan ke Itali mengambil masa selama 12jam lebih.Aku telah pun berada di Leonardo Da Vinci Internatiol Bandara ini terletak di Fiumicino dan melayani kota Roma. Namanya diambil dari Leonardo da Vinci dan menjadi pusat operasi penerbangan Alitalia bersama dengan Bandara Internasional Malpensa, Milan.
"Hoi,Luna!". Laungan seseorang itu buatkan aku hampir berlari untuk menyorok di celah-celah orang.Tak pun buat tak kenal,dia bukan kawan saya.
Tak guna punya kawan.Dilaungnya depan orang ramai.Tak tahu malu betul,dulu perangai dia bukan begini.Mentang-mentang dekat luar negara,ikut suka hati je dia menjerit..Tak pasal-pasal segala spesis manusia berpaling ke arahku,buat malu je.
Dia melambai-lambai dengan gembiranya tanpa menghiraukan disekelilingnya,sengih lebar sebelum berlari ke arahku.Gaya macam tak bersalah langsung.Tak perasaan agaknya muka aku ni dah bertukar warna seperti tomato.
Sampai saja dia didepanku,aku mencubitya kalau boleh aku nak je cubit dia sampai lebam.."Adoii...sakitlah!".Dia menjarakkan dirinya dariku,sambil gosok-gosok lengan kiri yang sudah menjadi mangsa kezalima aku...
"Tahu pun sakit.Yang kau menjerit panggil aku dah kenapa?Malu aku,tau tak?". Marahku.
Ya.. Dia ni Caroline Forbes kawan aku,dia telah menetap di Itali selama 2 tahun kerana telah mendapat tawaran bekerja di salah satu Private Hospital di Italy.
Aku berjalan keluar beriringan dengan Caroline,Caroline sanggup ponteng kerja hanya untuk mengambil aku,dari jauh aku ternampak seorang lelaki yang bersandar di pintu kereta sedang melambai kearah Caroline.
"Caroline." Lelaki tersebut memanggil Caroline dan tersenyum bila dia nampak aku disebelah Caroline.Senyum manis dibibir merahnya.Aku turut tersenyum bila dia melihatku.
"Astaga...tu ke boyfriend kau?.Punya handsome macam vampire"... alu berbisik ke telinga Caroline,nampak jelas kekaguman di mukanya.
"Patutlah kau ada cuti,kau tidak mahu balik,rupanya tersangkut sama mat salleh disini,pakai range rover pula tu". Caroline hanya tersenyum mendengar kataku..
YOU ARE READING
𝕷𝖔𝖛𝖊 𝕱𝖗𝖔𝖒 𝕴𝖙𝖆𝖑𝖞
ActionSelepas membuat keputusan untuk memutuskan tali pertunangan dengan pilihan hati,kerana dikhianati kawan yang amat dipercayai,Luna telah membawa diri ke bumi Itali,untuk melupakan segala-galanya dan ingin memulai hidup baru disana. 'I never know,the...