t.wo

162 23 0
                                    

Tempoh pertunangan mereka kini menjadi alam perkahwinan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tempoh pertunangan mereka kini menjadi alam perkahwinan. Haeni dan Juyeon mungkin jodoh aturan keluarga, tetapi mereka bersedia menyayangi satu sama lain.

"Juyeon? Awak dah siap ke belum?!" teriak Haein dari ruang tamu rumah tersebut sambil menghidangkan makanan di meja. "Sekejap!" Juyeon keluar dari biliknya, membawa beg.

"Lee Juyeon." Haein menggulingkan bola matanya, mencekak pinggang. Langkahnya teratur mendekati Juyeon. Tangannya ligat membetulkan tali leher milik Juyeon. "Dah besar panjang pun pakai tie tak kemas." bebel Haein. "Dah, jom makan." ajak Haein, bergerak ke meja makan.

:)

our red and blue made a really pretty colour, purple.

Haein mencapai kalendar miliknya. Pen merah miliknya ditekan. Hari tersebut, genap 5 bulan perkahwinannya dengan Juyeon. Tetapi tarikh itu diabaikan sahaja, "Dah dua bulan aku tak period eh?" omelnya. Kalendar dan pen itu diletakkan kembali ke atas meja apabila terdengar pintu rumah terbuka. 

"Juyeon? Awalnya awak balik?" soal Haein, melirik jam di dinding. Baru pukul 4 petang? Juyeon tersenyum nipis memandang Haein. "Jom, saya bawa awak keluar?"

Haein mengerutkan dahinya, "Hah? Kenapa?" soal Haein. "Saja, tak boleh ke?" 

"Boleh tapi hari ni- saya tak tahu la, dari pagi tadi saya rasa mual."

"Sebab tu saya nak bawa awak keluar."

:)

LJ

"Tahniah, puan hamil." 

Kata-kata doktor membuatkan Haein disebelahku tersenyum lebar. Tangannya yang aku pegang, digenggamnya erat. "Juyeon, awak dengar kan apa doktor cakap?" soal Haein, aku tersenyum dan mengangguk. 

Haein tersenyum, bersandar ke kerusi dan memandang doktor perempuan itu sambil mengalirkan air mata. That's it, aku rasa puas, tak sabar nak tunggu baby lahir.

PurpleWhere stories live. Discover now