f.ive

100 20 0
                                    

Juyeon mengira stok ubat yang baru sampai, memandangkan tidak ramai pesakit yang ditugaskan kepadanya hari ini, Juyeon sendiri yang menawarkan diri untuk menolong di farmasi. Pen merah di tanganya ditekan, tak sengaja ditekan kuat, dakwat pen itu terkeluar, meninggalkan kesan pada kotnya. "Haih, kotor lagi."

"Doktor!"

"Doktor Lee!"

Dua orang jururawat berlari mencari Juyeon di dalam bangunan hospital tersebut, akhirnya mereka bertemu dengan Juyeon di dalam stor ubat. "Haih? Kenapa termengah-mengah je ni?" soal Juyeon.

"Haein.. Nam Haein isteri doktor, kan?" soal salah seorang jururawat tersebut. "Haah, dia ada telefon ke?" Juyeon terus mengeluarkan telefon bimbitnya, tiada panggilan yang diterima pun? "B-bukan doktor." 

"I-isteri doktor, accident tadi. Dia masuk emergency. Nak taknak kena lahirkan baby doktor jugak." mendengar pernyataan jururawat tersebut, Juyeon terus menjatuhkan fail dan pen di tangannya, nyawa isteri dan bayinya dalam bahaya.

:)

"Haein?" Juyeon menggenggam erat tangan Haein, menghiraukan darah yang mengotori tangannya. "Haein kena kuat, Juyeon minta maaf sebab tak boleh ada dengan Haein."

"Maaf doktor, sampai sini sahaja. Doktor minta tunggu di luar." jururawat wanita itu menghentikan langkah Juyeon, tangannya turut melonggarkan genggaman pada tangan Haein.

"Yah, aku suami dialah! Ke tepi!" Juyeon memberanikan diri, masuk ke dalam ruang operasi. Mungkin doktor yang menjalankan pembedahan tersebut tak dapat menghalang, Juyeon ada hak untuk berada di situ memandangkan isterinya mahu melahirkan anak.

:)

Juyeon meraih anak perempuannya yang baru lahir itu daripada jururawat perempuan tersebut. Air matanya tidak berhenti mengalir, melihat anaknya dan Haein yang sedang bertarung nyawa. 

"Lee, S-Seowoo." ucapnya perlahan. Dia melihat Haein di dalam bilik pembedahan, "Seowoo, doakan eomma cepat bangun, ya sayang?"

PurpleWhere stories live. Discover now