se.ven

98 21 0
                                    

Dua tahun berlalu, genap usia Seowoo menjadi lima tahun.

"Eomma!!" Seowoo menolak pintu wad milik Haein. Juyeon masuk ke dalam wad, di belakang Seowoo. "Haein, Juyeon datang dengan Seowoo lagi." Juyeon melabuhkan punggung di kerusi sebelah katil Haein. Tangan Haein diraih perlahan.

"Doktor kata awak bagi reaksi setiap kali Juyeon dengan Seowoo datang, maknanya awak akan sedar, tak lama lagi kan?" luah Juyeon. Seowoo yang berada di sebelah kiri katil turut meraih tangan ibunya. "Saya pasti. Awak akan sedar." 

"Appa.. S-Seowoo nak pergi tandas.." 

Juyeon tersenyum nipis. Tangan Haein diletakkan kemas di sisi katil tersebut. Baru sahaja mahu meninggalkan katil, tangan Juyeon seolah-olah diraih. Lantas Juyeon menoleh. "H-Haein?" Genggaman tangan Haein semakin kemas. 

"Kenapa appa?" soal anak perempuannya. Juyeon menoleh ke arah anak perempuannya. Kemudian kembali memandang Haein. "Seowoo tunggu sekejap, sayang." Juyeon mendekati katil Haein. "H-Haein?" Tangan Haein memegang kemas jari telunjuk Juyeon.

Juyeon terus menekan butang penggera di samping katil Haein. Juyeon mendekati Haein. "Haein? Haein, awak dengar saya?" jari telunjuk Juyeon digenggam Haein. Doktor menolak pintu wad Haein. "Ada apa-apa berlaku?" soal doktor perempuan tersebut, sebelum matanya tertumpu kepada tangan Haein yang menggenggam erat jari Juyeon.

PurpleWhere stories live. Discover now