"Kau dengar cerita tak kenapa kita semua ada perhimpunan mengejut macam ni," ujar Nik sambil menggamit perhatian Putera Zaquan yang mengelamun sejak tadi.
"Tak," balas Putera Zaquan sepatah sambil matanya kembali fokus ke arah pentas sekolah.
"Sebab hari ni ada putera raja yang nak masuk sekolah kita," ucap Nik sambil berjalan pergi meninggalkan Putera Zaquan di barisan pelajar.
"Nik!" baru sahaja dia ingin berjalan mengekori langkah Nik, dia ditahan oleh Putera Anas yang juga pengawas sekolah.
"Lepas perhimpunan ni lah sembang ye putera," ucap Putera Anas sambil menundingkan jarinya ke arah pentas dimana pengetua sedang berdiri untuk memberikan ucapan.
Putera Zaquan hanya menuruti dengan kembali ke barisannya. Putera Anas pula kembali ke belakang barisan di mana semua pengawas ting. 6 atas berada.
"Hari ini..kita diberi kepercayaan oleh raja kita sendiri iaitu Raja Ridzuan Shah Ibni al-marhum Sultan Badlishah Alaudin untuk menjaga putera bongsunya sepanjang beliau bersekolah di sini..oleh itu, dijemput Putera Adli Darwisy untuk berada di atas pentas," jemput pengetua sekolah sambil memberikan laluan kepada Putera yang diraikan ketika itu.
Jatuh segala tulang dan rahang yang ada pada Putera Zaquan. Habislah plan aku kalau budak ni buat hal..
"Kau oky tak ni?" soal Ikhwan risau kerana tiba2 sahaja rakan baharunya itu melutut di dalam barisan. Dah la beratur sebelah2 ngan budak ni..semua pakat tengok.
"Ahh..aku oky. Tak sedar pulak bila masa aq termelutut kat sini," ujar Putera Zaquan sambil berdiri dan dibantu oleh Ikhwan untuk berdiri. Tepat itu matanya bertembung dengan anak mata milik Adi yang sedang merenung ke arahnya. Lantas satu senyuman diberikan oleh Adi kepadanya. Entah apa niatnya buang tabiat pagi2 buta p senyum dekat aku..kat istana bukan main beku muka.
(づ。◕‿‿◕。)づ
"So..apa khabar Zaquan?" soal Adi apabila tiba giliran Putera Zaquan untuk bersalaman dengannya. Euww..ingat aq nak sangat ke bersalaman dgn budak pendek ni. Disebabkan pengetua suruh semua pelajar beratur dan bersalaman dengan dia ni lah..aq pun terjebak sekali dgn agenda pengetua yang nampak sangat nk ambik hati raja tu. Beri penghormatan la sangat.
"Eh, macam mna putera tahu nama budak nerd ni?" soal Farid yang diberi keistimewaan untuk berada di sisi Adi ketika itu. Bukan sekadar bertanya, malahan ditonjol-tonjol kepala milik Putera Zaquan yang ketika itu sedang berjabat tangan dengan Adi.
"Nametag dia kan ada?" ujar Adi sambil tangannya pantas menepis tangan milik Farid yang dirasakan tidak layak untuk menyentuh kepala abangnya sesuka hati.
"Saya tak suka ada pembulian dan penindasan. Ingat tu," ujar Adi lagi tetapi dengan nada yang agak marah."Ba-baikk.. maafkan saya Putera Adli," ujar Farid sambil membongkokkan sedikit badannya ke bawah kerana takut bertentangan dengan anak mata Putera Adli yang seperti ingin mengeluarkan laser kepadanya. Kalau betul keluar laser..aq lah org yang paling rentung aq rasa.
Putera Zaquan yang melihat situasi itu mula tersenyum sinis dan turut membongkokkan badannya dan dengan pantas menegak kembali. Perbuatannya dilakukan berulang kali. Dan...
"Arghhh!!! Apa kau buat ni haa nerd??!!!" berang Farid apabila perbuatan Putera Zaquan itu menyebabkan dagunya berlaga dengan kepala milik Putera Zaquan dengan kuat. Batu ke apa kepala budak ni? Sakit gila!
"Ahh..maaf2! sungguh aq tak sengaja," ujar Putera Zaquan dengan wajah yang tidak bersalah sambil tangannya diangkat paras dada.
"Kau nak marah Zaquan ke Farid? kan dia kata dia tak sengaja tu," soal Adi sengaja ingin menambah api didalam bara walaupun dia tahu Farid sedang betul2 marah kerana berasa seperti dipermalukan di khalayak ramai. Urat2 di kepala dan tangannya juga timbul.
YOU ARE READING
RoyalNerd
RomanceHighest rank[#no.1 prince ranking] (3 April 2020), [#no.1 schoollife] (24 Mei 2020) and [#no.61 school ranking] (28 March 2020) oo..em..giyy! I wanna kerai🙈💞 Seorang putera raja yang ingin mencari gadis yang benar2 tulus mencintainya tanpa memanda...