RoyalNerd 21

2.6K 167 8
                                    

  "Aku tahu rahsia kau," terngiang-ngiang 4 perkataan tersebut di minda Fathia. Apa yang putera tu maksudkan dengan dia tahu rahsia aku? Rahsia yang aku still lagi tido peluk teddy bear? Rahsia yang aku ni tak berapa nak pandai masak? Rahsia yang macam tu ke? Ahh..buat apa aku fikir pasal benda ni. Tak mungkin aku akan bertembung dengan putera mahkota tu lagi memandangkan aku dah berhenti ajar Putera Adli. Better aku gerak cepat pergi perhimpunan.

  "Auchh!" Aishh..tak sempat nak mula apa2 subjek aku dah terlanggar anak orang.

  "Sorry," ujar Fathia sambil memandang lantai. Malas nak bertembung mata dengan entah siapa2 dekat depan dia ni. Lepastu buat drama Hindustan dekat sini dari mata turun ke hati lah..apa lah.

  "Ehemm," Fathia cuba menarik perhatian memandangkan orang dihadapannya kini langsung tidak berganjak.

  "Aku dah mintak maaf kan?" apa lagi yang manusia ni nak? Terus kepalanya didongakkan bagi melihat gerangan yang menghalang laluannya.

  "Pu..putera mahkota! Apa yang putera buat dekat sini?" soal Fathia kalut sambil melarikan anak matanya. Kan aku dah cakap aku malas..tambah2 lagi kalau watak tu ada mata yang menawan macam manusia sorang ni.

  "Sekolah," ujar Putera Zaquan sepatah sebelum matanya masih lagi mengamati wajah Fathia yang agak terselindung disebabkan oleh rambutnya yang terjatuh ke bawah.

  "Ikat rambut kau kemas2 sikit senang aku nak tengok muka kau," ujar Putera Zaquan selamba sambil tangannya menolak rambut Fathia ke belakang telinga.

  "A..apa?" ujar Fathia untuk kepastian. Dia tak salah dengarkan?

  "Ikat rambut kau elok2 rimas aku tengok," terus Putera Zaquan berlalu pergi.

Sumpah tadi aku rasa aku dengar macam benda lain yang dia cakap. Fathia..kau dah membazirkan waktu kau layan orang yang macam tu di hari pertama kau selepas cuti yang amat panjang. So, better kau angkat kaki dan belah.

                           (づ。◕‿‿◕。)づ

  "Prince charming..kau memang nak kena denda ke apa?" soal Nik selamba sambil bersandar di pintu kelas.

  "Aku tak ada mood lah nak pergi tempat crowded macam tu,"

  "Aku lagi tak ada mood nak denda orang sekarang ni," balas Nik.

  "Then lepaskan je lah aku," ujar Putera Zaquan sambil tersengih bak baby yang innocent gituw.

  "Tak..tak cair. Boleh dipersilakan blah daripada kelas ni," ujar Nik jahat sambil acah hendak menulis namanya di buku nota kecil.

  "Bluerkk," jelir Putera Zaquan ke arah Nik sebelum dia berjalan keluar macam tak ada apa2 berlaku.

Bertuah punya budak. Dah lah perangai macam kanak-kanak ribena. Ada ke jelir dekat aku? Hehh..aku dah matang la nak layan karenah dia tu.

  "Kau pulak yang nak ponteng ke macam mana ni?" soal Putera Zaquan yang masih lagi belum pergi ke perhimpunan.

  "Aku gerak lah ni," ujar Nik sambil berjalan bersebelahan dengan Putera Zaquan.

  "So..Fathia masih lagi tak tahu yang kau ni adalah nerd tu kan?" soal Nik merangka soalan berhati-hati. Entah..setiap kali nama Fathia disebut mesti Putera Zaquan nak melenting tiba2. Dia macam orang lain..bukan macam Putera Zaquan yang dia kenal. Sekarang ni orang yang ada dekat depan dia adalah Putera Zaquan yang dingin. Putera Zaquan yang cepat baran.

  "Tu budak baru ke?"

  "Ya Allah..aku jatuh hati dengan salah seorang makhluk-Mu," lantas gadis tersebut menadah tangan seperti berdoa.

  "Kenapa hensem sangat ni!?"

  "Kawan Nik kut?"

  "Muka dia familiar duhh,"

  "Kau rasa kalau aku mintak no dia kasi tak?,"

Dan suara2 sumbang tu semua dihentikan oleh pengawas yang bertugas. Tapi pengawas pun ada je yang tengok Putera Zaquan sambil bisik2 ngan kawan sebelah. Paling obvious budak perempuan la siapa lagi.

Putera Zaquan tidak mengendahkan semua pelajar yang melihatnya dan terus masuk ke dalam barisan kelasnya. Budak perempuan kelas dia apa lagi semua pakat tayang muka galak. Fathia? Dia seorang je yang tayang muka frust.

  "Moga2 tempat duduk dia jauh daripada aku," fuhh! Terus dihembus kehadapan walaupun dia tahu pelajar perempuan yang lain dah tengok dia pelik. Jangan cop dia pergi sihir putera mahkota tu sudah.

  "Wahh.. nampaknya penipuan kau masih lagi berlangsung," ujar Ikhwan sebaik sahaja dia menukar tempat berbaris dengan pelajar lain.

  "Aku tak berniat nak tipu sesiapa pun. Apa yang kau tak faham?" soal Putera Zaquan pasrah malas nak marah2. Suaranya juga dikendurkan tak bermaya.

  "Kau sihat tak ni?" soal Ikhwan risau tiba2 sahaja Putera Zaquan terhuyung-hayang.

  "Oky.." terus Putera Zaquan mencangkung bagi mengelakkan dirinya terjatuh. Semalam ada main hujan ke? Rasanya lepas game aku terus balik istana.

  "Jom," tiba2 sahaja Putera Adli datang ke barisan tingkatan 5 dan menampung berat Putera Zaquan agar dia dapat berjalan untuk ke bilik rawatan sementara pemandu mereka sampai.

  "Abang tolong sekali," ketika itu juga Putera Anas datang menghulurkan bantuan.

Nik yang perasan beberapa pelajar memandang situasi tersebut sampai tak dengar guru bertugas berucap terus berdehem kuat. Matanya mencerlung ke arah pelajar2 yang tidak fokus ketika perhimpunan. Perghhh!! tak fokus je pun..belum ponteng lagi tu.

Ikhwan yang berada di barisan hanya mampu mengerling sekilas ke arah Putera Zaquan yang sudah dibawa pergi. Entah..tiba2 rasa kesian tengok muka dia tak bermaya macam tu. Lagipun dia putera mahkota.. konfirm2 dia ada tanggungjawab yang besar walaupun masih bersekolah.

  "Aku tak patut berkeras tadi," omel Ikhwan perlahan.

  "Apa kau cakap?!" soal pelajar disebelahnya keras.

  "Aku tak cakap dengan kau lah,"

  "Memang aku dengar pun! Janganlah bisik2," ujar pelajar di sebelahnya lagi.

  "Aku tak berbisik pun lah," jawab Ikhwan selamba. Malas nak layan kawan sekelasnya yang seorang itu.

  "Ouh..," akhirnya senyap juga manusia kat sebelah aku ni.

  "Kenapa bising ni?" soal Nik kepada Ikhwan yang daripada tadi tak duduk diam.

  "Bukan aku yang bising..dia ni hah," tunjuk Ikhwan kepada rakan disebelahnya. "Tapi aku rasa sakit kepala lah wei..bole tak aku nak pergi bilik rawatan?"

  "Hmm," balas Nik sambil kepalanya dianggukkan beberapa kali tanda dia benarkan. "Nak aku teman tak?"

  "Takyah2 susahkan kau ja," sedangkan niat Ikhwan nak pergi jumpa dengan Putera Zaquan. Rasa bersalah pulak tengok dia macam tu. Maafkan jelah..apa yang susah. Aku tak akan rugi apa2 lah kalau maafkan manusia tu.

Dengan bismillah Ikhwan menuju ke bilik rawatan. Sebaik sahaja Ikhwan sampai di hadapan bilik rawatan..terus masuk sebuah kereta yang mewah dan tak silap ni kereta Rolls-Royce Sweptail!! Macam mana aku tahu? Sebab aku baca lah..membaca tu kan tangga kejayaan.

Terus Putera Zaquan dan Putera Adli masuk ke dalam kereta tersebut lalu tinggallah Putera Anas yang hanya melihat daripada jarak jauh.

Ikhwan? Alang2 dah tipu sakit tu apa lagi rehat je lah kat dalam bilik rawatan tu dulu..

Be continue...

                               ~RoyalNerd~

RoyalNerdWhere stories live. Discover now