"Siapa gadis yang bertuah tu? Adakah ayahanda pernah berjumpa dengannya?" soal Raja Ridzuan dengan intonasi yang agak gembira.
"Dia bukanlah gadis yang berada dan mempunyai pengaruh yang kuat.. sebaliknya.. hidupnya penuh dengan kesedihan. Disebabkan oleh itu, Zaquan tekad nak melindungi dia," ucap Putera Zaquan sambil melangkah ke sisi ayahandanya.
"Hmm..ayahanda faham. Tapi kamu tak kisah dengan tomahan rakyat nanti?" soal Raja Ridzuan serius sambil memberikan isyarat tangan kepada Putera Zaquan agar duduk.
"Zaquan sanggup terima apa2 akibat untuk melindungi dia," ucap Putera Zaquan semangat.
"Tapi Zaquan masih lagi tak tahu sama ada dia nak terima Zaquan ke tak," terus semangatnya yang berkobar-kobar sebentar tadi merundum.
"Kenapa dia nak tolak anak ayahanda yang hensem ni," ucap Raja Ridzuan sambil memuji anaknya.. memang buta siapa yang tolak anaknya ini walaupun dia berlakon menjadi seorang nerd..anaknya itu masih lagi ada rupa. Muka Putera Zaquan peloles okyy.. kalau kau berlakon jadi nerd sekali pun..muka peloles tu mana boleh sorok. Haa..jawline..jawline tajam pun mana boleh sorok. Apa lagi? Senyuman Putera Zaquan juga manis gila kut..ikut ayahanda dia yang kacak ni. Apa lagi yang diorang nak..kalau alasan dia adalah budak ni nerd??
"Hmm..yelah ayahanda,"
"Lagi satu..anakanda nak minta kebenaran ayahanda untuk melakukan penangkapan orang yang agak berpengaruh di bandar ini," ujar Putera Zaquan sambil menghulurkan fail yang dibawa olehnya sekali."Dato' bandar ke?" soal Raja Ridzuan meminta kepastian walaupun di tangannya kini adalah fail sulit yang mengandungi maklumat peribadi dan rekod jenayah yang dilakukan olehnya.
"Kenapa tidak suruh pihak polis sahaja yang melakukan serbuan?" soal Raja Ridzuan risau kalau-kalau anaknya dicederakan jika melakukan penangkapan tersebut.
"Ada kemungkinan besar Dato'bandar tu rasuah pihak polis.. lepastu suspek pun terlepas," ujar Putera Zaquan yang agak kesal dengan kes2 sebelumnya yang tidak berjaya disebabkan oleh rasuah.
"Baiklah kalau begitu," putus Raja Ridzuan sambil menurunkan cop mohor kerajaan tanda penangkapan ini diluluskan.
"Terima kasih ayahanda..anakanda tidak akan mengecewakan ayahanda," ucap Putera Zaquan sebelum pergi meninggalkan ayahandanya.
(づ。◕‿‿◕。)づ
"Ehh..kenapa kesayangan abang ni datang sini?" soal Farid sambil tangannya cuba untuk mengusap kepala Fathia. Belum sempat tangannya mendarat di kepala Fathia.. Fathia terus menepis dan berundur kebelakang beberapa tapak.
"Uishhh..garang. Aku suka," ujar Farid dan tersenyum sinis.
"Aku datang sini sebab aku nak bagitahu dekat kau..yang aku dah ada kerja..dan aku boleh bayar balik duit2 haram bapak kau satu hari nanti. Jadi..aku nak kau berhenti ganggu aku dan bapak aku," ujar Fathia sambil memberanikan dirinya untuk memandang anak mata Farid.
"Kau buat lawak ehh!" tengking Farid sambil tangannya naik mencengkam rambut Fathia.
"Sakit lah!!" jerit Fathia sambil meronta-ronta minta untuk dilepaskan. Niatnya hanya untuk memberitahu hutang bapanya dia boleh langsaikan.. bukannya serah diri.
"Kenapa kau tak nak aku ahh!? Semua perempuan nak dekat aku..tapi kau? Kau satu-satunya perempuan yang jual mahal dengan aku! Aku suka kau..aku minat dekat kau! Kau tak faham ke perasaan aku ni?" marah Farid sambil menolak tubuh Fathia jatuh.
"Aku tak akan suka dengan orang macam kau lahh!! Aku lebih rela kahwin dengan nerd tu daripada kahwin dengan kau lah!" ujar Fathia geram. Kepalanya terasa berdenyut-denyut kerana rambutnya dicengkam dengan kuat sekali. Sesekali air matanya menitis sebelum diseka dengan laju. Tak mahu dia menangis depan keparat ni. Dah lah buat lutut dia berdarah.
"Nerd tu ada apa ja kalau nak dibandingkan dengan aku?!"
"Apa yang bagusnya nerd tu daripada aku?!" soal Farid lagi dalam nada yang tinggi.
"Walaupun dia tak berharta..tak berupa macam kau.. sekurang-kurangnya dia ada hati yang baik oky! Tak semua orang tengok pangkat, rupa, dan harta je oky! Aku tengok siapa dia yang seadanya! Aku tengok hati dia! Bukan poket dia! Bukan rupa dia! Aku suka dia! Aku sayang dia!" luah Fathia geram sambil menongkat dirinya untuk bangun daripada jatuh tadi.
"Baik..kalau kau suka dia sangat! Apa kata kalau kau ikut je mak kau!" ujar Farid sebelum dia mengambil langkah untuk menumbuk perut Fathia. Fathia yang perasan akan hal itu mengundur ke belakang sebelum tersadung batu dan terjatuh buat sekian kalinya.
"Jangan jadi dayus sangatlah Farid!" ucap Fathia takut tapi masih lagi berlakon seakan-akan dia tidak takut. Sambil itu juga Fathia mula berdiri semula kerana Farid sudah mula menuju ke arahnya kembali.
"Kalau aku tak boleh dapatkan kau..nerd tu fikir dia siapa boleh dapatkan kau..putera raja?!" marah Farid sebelum dia mengeluarkan pisau lipat daripada poketnya. Lantas Farid mengacukan pisau tersebut ke arah Fathia sebelum Fathia ditarik ke belakang oleh seseorang.
"Perempuan kut ni..asal ganas sangat. Cari lah lawan yang sesuai," ujar lelaki yang menarik Fathia ke belakang sebentar tadi manakala dibelakangnya Putera Adli dan Nik berdiri. Siapa dia ni? Tak pernah nampak pun.
"Putera Adli..apa yang putera buat dekat sini," soal Farid sambil menundukkan sedikit pandangannya.
"Mana ayah kau?" soal Putera Adli sambil menarik Fathia ke belakang.
"Kenapa putera tanya pasal ayah saya ni? Kemana putera nak bawak kekasih saya tu?" soal Farid bertubi-tubi.
"Siapa yang kau cakap kekasih kau haa? Kau pukul dia bagai..kau kata dia kekasih kau?" ujar Putera Zaquan geram.
"Kau siapa nak menyampuk cakap aku haa!" soal Farid tidak berpuas hati.
"Dia..putera mahkota kerajaan ni. Dia jugak adalah bakal pemerintah kerajaan ni. Jadi dia memang ada hak untuk masuk campur dlm hal ni," ucap Putera Adli sambil melangkah beberapa tapak ke hadapan bagi menyaingi Putera Zaquan yang berada di hadapan sekali.
"Arghhh..aku tak kira lah siapa pun kau..yg aku tahu Fathia tu memang milik aku..kalau aku tak dapat dia..tak ada siapa2 pun boleh memiliki dia lahh!!!" jerkah Farid sebelum dia merempuh Nik yang sedang leka melihat keadaan Fathia ketika itu. Baru sahaja Farid ingin mengeluarkan pisau lipatnya Putera Zaquan telah menghentak belakang kepalanya dengan satu sepakan yang tinggi. Farid terus rebah betul2 di hadapan Fathia yang agak menggeletar ketika itu.
"Korang pergi tangkap Dato' bandar," lantas Putera Adli dan Nik bergerak masuk ke dalam rumah.
"Kau oky?" soal Putera Zaquan sambil bercangkung dihadapan Fathia dengan harapan yang Fathia tidak akan mengecam mukanya.
"Oky.." terus Fathia rebah tapi sempat ditahan oleh Putera Zaquan. Lantas gadis itu didukungnya dengan gaya bridal style dan dimasukkan ke dalam kereta yang dibawanya sebentar tadi. Mungkin pengsan sebab penat sangat..tak pun pengsan sebab aku ni hensem sangat! Oky..merapu.
Be continue...
~RoyalNerd👑~
YOU ARE READING
RoyalNerd
RomanceHighest rank[#no.1 prince ranking] (3 April 2020), [#no.1 schoollife] (24 Mei 2020) and [#no.61 school ranking] (28 March 2020) oo..em..giyy! I wanna kerai🙈💞 Seorang putera raja yang ingin mencari gadis yang benar2 tulus mencintainya tanpa memanda...