"Call doktor ASAP!"
Fathia yang masih berada di meja belajar agak terkejut dengan situasi yang berada di hadapannya.
Putera Adli pula telah menghilang disebalik pintu bilik dimana pembantu istana tadi berteriak. Lantas Fathia berdiri untuk melihat ke dalam bilik yang dimasuki oleh Putera Adli.
Situasi ini agak sama dengan situasi dirinya suatu masa dahulu. Dimana dirinya berada di tempat Putera Adli yang mengangkat kepala Putera Mahkota berulang kali dan menjerit meminta agar dibuka matanya. Meminta maaf akan kesalahan dirinya dan akan menjaga dirinya dengan lebih baik pada masa akan datang. Yaa.. situasinya sama dengan dirinya yang meraung disaat-saat akhir hayat hidup ibunya. Ayah? Ayah ketika itu seronok bermain judi dan minum arak.
"Siapa benarkan kau masuk?!" jerkah Putera Adli kepada Fathia. Fathia yang menyedari akan kesilapannya terus berlari keluar dan menutup pintu bilik tersebut. Di saat itu, dia ternampak seorang gadis yang lebih kurang sebaya dengannya sedang berlari naik ke atas dengan wajah yang risau. Mukanya.. seiras dengan seseorang yang pernah dia kenal. Tapi siapa?
(づ。◕‿‿◕。)づ
"Maaf sebab Fathia terpaksa tengok keadaan istana yang huru-hara ni," ujar Permaisuri Balqish yang sedang duduk setentang dengan kolam ikan yang berada di tengah-tengah laman istana.
"Ehh..bukan silap sesiapa pun benda ni nak berlaku tiba-tiba. Semuanya bersebab," ujar Fathia sambil tersenyum memandang wajah Permaisuri Balqish. Lantas Permaisuri Balqish tersenyum ke arah Fathia.
"Bonda.. air," ujar Puteri Aliesha sambil menatang dulang yang berisi air dan biskut.
"Fathia..ni anak kedua beta, Puteri Aliesha Humairah," ujar Permaisuri Balqish sambil memegang pergelangan tangan Puteri Aliesha sebelum dulang tersebut bertukar tangan.
"Ahh..selamat berkenalan. Satu penghormatan kepada saya sebab dapat berkenalan dengan keluarga diraja ini," ucap Fathia sambil memandang kedua-dua beranak yang berada di hadapannya. Lantas Puteri Aliesha mengambil tempat di sisi Permaisuri Balqish bagi menyertai perbualan tersebut.
"Haah lah..Fathia ni umur berapa?" soal Puteri Aliesha setelah lama berbual.
"17 tahun. Tahun ni nak ambik SPM," ujar Fathia.
"Ehh.. kiranya kita ni sebaya la. Sekali lah dengan Putera mahkota tu. Sebab kitorang twin," cerita Puteri Aliesha lagi yang sudah mula selesa dengan Fathia.
"Aliesha..bonda nak pergi jaga abang kamu di atas. Kamu sembang2 la dulu dengan Fathia," Puteri Aliesha pula hanya mengangguk dan tersenyum ke arah bondanya.
"Dengar cerita Fathia ni satu sekolah dengan Putera Adli. Fathia duduk kelas mana?" soal Puteri Aliesha kerana mungkin juga Fathia mengenali satu-satunya budak nerd di sekolah itu.
"Kelas 5 Sains 1," jawab Fathia sambil mengangkat gelas yang berisi teh panas untuk disejukkan. Jap, satu kelas dengan abang ni. Uishhh..lawa dah lah manis orangnya. Kalau dia ni yang abang berkenan..aku pun berkenan.
"Hahaha..saya tak tahu lah kenapa.. tapi muka tuan puteri ni macam familiar la. Sama macam sorang budak kelas saya ni. Dia budak baru masuk tahun ni..tapi saya pun tak tahu dia daripada mana," cerita Fathia pula bila dia merasakan wajah gadis dihadapannya ini mirip dengan nerd yang ada di kelasnya..just Puteri Aliesha ni elegan dan berpengaruh la.
"Hahaha," Puteri Aliesha juga turut gelak tapi yang pastinya bukan gelak ikhlas..gelak awkward. Kantoi dah ke? Dia tak syak apa-apa pun kan.. hahahha. Sekali lagi Puteri Aliesha hanya mampu tersengih bagi menutup rasa awkward nya ketika itu.
(づ。◕‿‿◕。)づ
Permaisuri Balqish yang baru sahaja sampai di hadapan bilik Putera Zaquan memberi isyarat tangan kepada pembantu istana yang menjaga putera Zaquan agar keluar dengan senyap. Takut kalau kehadirannya membuatkan Putera Zaquan terjaga. Biarlah dia menjaga Putera Zaquan walaupun anaknya tidak sedar akan kehadirannya. Lantas Permaisuri Balqish mengambil kain basahan dan menyapu di sekitar wajah Putera Zaquan yang agak berkeringat ketika itu.
"Bonda," panggil Adi tetapi dalam nada yang amat perlahan sambil tangannya menggenggam bahu Permaisuri Balqish seperti ingin menyalurkan semangat kepada bondanya. Dia tahu bonda amat menyayangi Putera Zaquan. Oleh sebab itu, dia juga akan berjanji untuk menjaga keselamatan dan kesihatan Putera Zaquan sekadar yang dia mampu. Semuanya disebabkan oleh budi yg telah dicurahkan oleh keluarga ini kepadanya. Adi juga bertekad untuk melindungi tampuk pemerintahan ayahanda walaupun terpaksa bergadai nyawa.
Permaisuri Balqish pula hanya memandang ke arah Adi untuk seketika sambil tersenyum dan menggenggam kembali tangan Adi yang berada di bahunya.
"Bonda?" soal Putera Zaquan yang pada ketika itu tersedar daripada lenanya.
"Zaquan..jgn gerak sangat kamu tak berapa nk sihat lagi ni," ujar Permaisuri Balqish apabila Putera Zaquan mengerang kesakitan dan memegang kepalanya sebaik sahaja dia cuba untuk duduk sambil dibantu oleh Adi.
"Zaquan oky lah bonda.. janganlah risau sangat..Zaquan just tersilap makan la tu..tu yg sampai keracunan makanan teruk2 ni," ujar Putera Zaquan cuba untuk menenangkan hati bondanya walaupun hakikatnya sakit kepalanya terasa seperti dicucuk-cucuk.
"Bonda..Zaquan nak air Milo buatan bonda," pinta Putera Zaquan sambil tersengih.
"Yelah..biar bonda turun sekejap ya,"
"Adi tengok2 kan abang ya," sambung Permaisuri Balqish lagi sebelum dia betul2 melangkah keluar daripada dalam bilik.Hilang sahaja Permaisuri Balqish daripada pandangan dua beradik itu..terus Putera Zaquan menghentam kepalanya ke palang katil kerana dia tidak dapat menahan sakit di kepalanya. Perutnya juga mula mencucuk-cucuk kembali. Berpeluh Putera Zaquan menahan kesakitan. Putera Adli yang berada di sebelah pula acah seperti tidak ambil peduli tetapi Putera Zaquan tahu yang Adi pasti akan mencari pelaku yang meracuni makanannya tanpa perlu disuruh.
Apabila mereka terdengar bunyi tapak kaki yang menuju ke arah bilik..terus dua beradik itu berlakon seperti tiada apa yang berlaku. Daripada rambut yang kusut kerana berguling-guling tadi juga kemas kembali.
"Bonda dah buat air Milo untuk kita bertiga," ujar Permaisuri Balqish sebaik sahaja beliau muncul di muka pintu sambil mengangkat sedikit dulang yang berisi 3 mug air Milo suam.
"Terima kasih bonda,"
Be continue..
~RoyalNerd👑~
YOU ARE READING
RoyalNerd
RomanceHighest rank[#no.1 prince ranking] (3 April 2020), [#no.1 schoollife] (24 Mei 2020) and [#no.61 school ranking] (28 March 2020) oo..em..giyy! I wanna kerai🙈💞 Seorang putera raja yang ingin mencari gadis yang benar2 tulus mencintainya tanpa memanda...