Hari berganti malam. Fathia hanya duduk bersimpuh di atas kusyen yang berada di samping katil hospital ayahnya. Sudah menjadi rutin hariannya untuk berada di hospital pada waktu malam bagi menjaga ayahnya.
Kusyen yang agak lama itu sudah dirasakan cukup selesa bagi Fathia membaringkan badannya. Mujur sahaja pihak hospital baik hati bagi bantal lebih kepadanya. Ditepuk-tepuk bantalnya sebelum diletakkan kepala. Entah..rasa macam tak ada function tapi dah terbiasa buat macam tu sebelum tidur.
Badannya yang tegak menghadap siling di pusingkan kepada posisi mengiring. Mudah untuk melihat wajah polos ayahnya ketika tidur. Kalau dah terjaga tu macam-macam karenahnya. Pening kepala nak melayan!
Sekali lagi posisi badannya diubah. Tidak lama selepas itu posisi tidurnya diubah sekali lagi. Entah kenapa matanya tak rasa nak berehat lagi. Masih cerah lagi matanya tika ini.
Jarum jam di dinding dikerling. Dah nak pukul 1 pagi! Apa masalah pula dengan mata aku ni! Selalunya pukul 10 lebih dah berat dah mata ni!
Matanya mengerling pula ke arah beg yang dibawa bersama olehnya. Entah kenapa memori dia berebut beg dengan Putera Zaquan menjengah. Perlahan-lahan terbit senyuman di wajah Fathia. Tipu kalau dia cakap dia tak pernah menaruh hati kepada Putera Zaquan. Entah kenapa semasa Putera Zaquan menjadi nerd pun dia sudah jatuh hati dengan lelaki itu. Apa yang difikirkan ketika itu dia pun tak tahu.
Ting! Ting! Ting!
Bunyi notifikasi yang berturut itu terus menghapuskan lamunan Fathia. Sekali lagi matanya mengerling ke arah jam di dinding. Memastikan bahawa dirinya tidak tersilap pandang sebentar tadi.
"Siapa pulak yang mesej pagi2 buta ni!" desis Fathia perlahan takut kalau menganggu lena ayahnya. Dah lah fon nya lupa nak disenyapkan. Kuat pulak tu bunyi dia! Nasib ayah tak terjaga!
Perlahan-lahan langkah diatur mendekati beg yang diletakkan di atas almari di hujung bilik. Ting! Sekali lagi bunyi notifikasi berbunyi. Terperanjat Fathia dibuatnya. Nasib dia tak termelatah!
Cepat-cepat tangannya diseluk ke dalam beg bagi mencari telefon pintarnya. Rasa macam nak mencarut je sekarang ni bila jari tercucuk jarum kerongsang. Tapi memang salah sendiri pun sebab tak simpan elok2!
"Mana pulak fon ni!" marah Fathia apabila tangannya sudah banyak kali diseluk ke dalam setiap sudut beg tapi tak tercapai jugak benda yang dicarinya. Apa yang banyak sangat barang dalam ni tah! Dengan resit bagai!
Perlahan-lahan tangannya diangkat ke udara apabila fon yang dicari-cari olehnya dapat dijumpai dengan 'jayanya'! Rasa macam nak menangis terharu pulak dapat jumpa hamba elektronik yang seekor ni!
Tanpa berlengah lagi terus tangannya membuka fon yang memang tidak diletakkan sebarang lock screen. Malas nak letak lock screen bagai! Almaklumlah single berjaya! Nak sorok apa sangat dalam fon ni! Game je lebih..
Aplikasi WhatsApp ditekan oleh Fathia. Terus matanya dijamu oleh beberapa missed video call dan voice call daripada orang yang sama. Bila masa pulak ada orang vc dan otp dapat bunyi macam masuk mesej! Serabut kepala dibuatnya! Matanya terus membuntang apabila sekali lagi manusia itu ingin ber video call dengannya. Gila ke apa video call pagi2 buta? Macam bdk2 zaman sekolah bercinta je gayanya!
Fathia terus melangkah keluar daripada bilik yang menempatkan ayahnya tergesa-gesa. Nasib baik sekarang ni dia pkai selipar tak ada lah nak terpelecok bagai. Pantulan wajahnya di skrin telefon ditatap seketika untuk memastikan tiada rambut yang terkeluar daripada tudung sarungnya.
Tap! Sekali tekan saja sudah terpampang wajah pemilik nombor yang mengganggu malamnya. Terus mata digulingkan ke atas tanda menyampah. Menyesal pulak angkat!
"Hei..zaujah," Putera Zaquan memulakan bicara apabila gadis dihadapannya hanya membuang pandangan ke arah lain. Apa tak cukup hensem ke aku ni?
"Silap orang ni..nama aku bukan zaujah," jawab Fathia pelik. Dah ada perempuan lain tapi masih nak menggatal dengan perempuan lain. Ingat dia tak tahu ke zaujah tu untuk perempuan!
"Betullah ni..aku tengah panggil zaujah aku," lembut sahaja suara Putera Zaquan membalas kembali. Sambil2 itu tangannya meraup rambutnya yang jatuh ke hadapan- menutup dahi. Matanya pula tidak lepas memandang wajah gadis dihadapannya walaupun orang di sana hanya mengerling sedikit-sedikit sahaja akan dirinya.
"Dah salah orang tu nak cover pulak!" dengus Fathia tidak berpuas hati. Nak video call orang lain..tapi panggil nama orang lain! Ingat orang tak ada hati dan perasaan ke?
"Hei..kau sebenarnya tak tahu kan apa maksud perkataan tu," pujuk Putera Zaquan lembut apabila gadis dihadapannya hanya menunjukkan pipinya di skrin. Matanya pula langsung tidak memandang ke arah Putera Zaquan yang setia merenung wajah miliknya.
"Zaujah tu maksud dia pengantin perempuan,"
"Bila masa pulak aku jadi pengantin perempuan kau?"
"Sejak daripada kau muncul dalam hidup aku- aku dah tentukan yang kaulah zaujah aku. Pelengkap hari2 aku,"
Fathia masih lagi dalam keadaan yang sama seperti tadi. Tidak mahu memandang wajah Putera Zaquan yang langsung tidak mengalihkan pandangan daripada skrin telefon. Dia bukan apa..dia cuma tak nak Putera Zaquan nampak matanya yang mula berair sebab tersentuh dengan kata-katanya. Mujur sahaja kawasan hospital ketika itu hanya disimbah dengan cahaya yang malap- tak adalah Putera Zaquan perasan mukanya yang akan memerah kalau dia menangis.
"Kau marah aku lagi ke?" soal Putera Zaquan risau apabila gadis dihadapannya langsung tidak bersuara dan langsung tidak mahu memandang ke arahnya. Kalau gadis ini tidak mempunyai hatta apa2 perasaan pun kepadanya- kenapa perlu gadis ini begitu marah apabila dirinya menghilang sekian lama? Putera Zaquan buntu.
"Isk..isk..Ke..kenapa kau menghilang?" soal Fathia yang sudah mula menangis teresak-esak. Bibirnya dikemam apabila tangisannya terlepas. Dalam fikirannya sudah diatur percakapan tanpa mengeluarkan esakan- takut kalau menganggu emosinya. Dia harus mengatakan sesuatu!
Putera Zaquan terkedu. Dia fikir gadis dihadapannya ini tidak akan menumpahkan sebarang air mata kerananya. Iyalah..gadis ini bukankah ice princess sekolahnya. Fikirannya pula buntu tidak tahu mahu memikirkan apa lagi. Apa yang harus dilakukan untuk memujuk gadis yang sedang bersedih? Kalau adiknya boleh juga disentuh dan ditarik ke dalam dakapan. Tetapi Fathia bukanlah mahramnya tika ini. Lagipun mereka hanya ber video call.
"Muka kau buruk bila menangis..better kau berhenti," laju sahaja perkataan itu keluar daripada mulut Putera Zaquan. 'Asal aku cakap macam tu!'
"Kalau kau nak kutuk aku better kau pergi tidurlah! Buat tambah dosa aku je pagi2 buta macam ni!" marah Fathia sambil tangannya menekan skrin telefon kasar.
Putera Zaquan yang pada mulanya terkejut kerana panggilannya dimatikan tiba2 mula tersenyum kecil. 'Sekurang-kurangnya dia dah berhenti menangis!' ini sebuah kejayaan bagi seorang lelaki yang tidak biasa memujuk gadis bukan mahramnya!
Be continue..
~RoyalNerd👑~
YOU ARE READING
RoyalNerd
RomanceHighest rank[#no.1 prince ranking] (3 April 2020), [#no.1 schoollife] (24 Mei 2020) and [#no.61 school ranking] (28 March 2020) oo..em..giyy! I wanna kerai🙈💞 Seorang putera raja yang ingin mencari gadis yang benar2 tulus mencintainya tanpa memanda...