"Jangan sekat laluan aku lah!" marah Putera Adli kepada seorang perempuan yang agak dikenalinya kerana menahan kakinya.
"Kenapa ni?" ujar Putera Zaquan sambil terpisat-pisat bangun. Matanya pula digosok-gosok berkali. Badannya pula diregangkan.
"Kau tak yah buat iklan morning routine dekat sini boleh tak," ujar Putera Adli tak selesa dah lah sekarang ni diorang dah sampai dekat pasar. Ada lah jugak yang lalu lalang dok pandang2.
"Ehh..kau bawak aku pergi mana ni?" soal Putera Zaquan jakun sambil matanya memandang sekeliling pasar yang kebanyakannya baru nak pasang khemah.
"Tulah kau.. nyenyak sangat tido,"
"Putera Adli pliss..bawak saya balik. Saya janji saya tak kisah apa2 jenis pekerjaan pun saya akan kerjakan," ujar seorang gadis yang mula meraih semula kaki Putera Adli.
"Aku dah cakap aku tak nak kan?" jawab Putera Adli sekian kalinya. Malas nak tengking2 lagi. Kalau tak faham bahasa tu..memang tak faham la. Bahu gadis itu ditolak perlahan agar melepaskan kakinya. Asal yang ketegaq sangat tak tau.
"Siapa ni?" soal Putera Zaquan kepada adiknya. Matanya juga terarah kepada gadis yang berada di kaki Putera Adli.
"Adik Farid," jawab Putera Adli selamba.
"Haa?!" terus Putera Zaquan bercangkung dihadapan gadis yang sedang bersimpuh di atas jalan tersebut. "Nisya?" ujar Putera Zaquan.
"Nisya kan?" soal Putera Zaquan lagi apabila dia tidak dapat sebarang respon. Patutlah perangai pun macam...malas lah nk mencarut. Adik Farid rupanya. "Tak nak jawab sudah," terus Putera Zaquan acah ingin menapak pergi. Terus Nisya ingin beralih pula pada kaki Putera Zaquan..belum sempat dia memaut batang kaki Putera Zaquan, Putera Zaquan melompat sedikit dan berlari jauh sambil memaut adiknya pergi.
Setelah agak jauh berlari baru Putera Zaquan dan Putera Adli memperlahankan larian mereka.
"Aku ingat kau nak kutip dah perempuan tu," ujar Putera Adli memulakan bicara sambil matanya memandang peniaga2 pasar malam yang sedang khusyuk memasang khemah.
"Ahaks..kau ingat aku ni baik sangat ke?" soal Putera Zaquan sambil tergelak kecil. Memang tak lah dia nak kutip perempuan entah apa2 tu. Kang ada yang kena bunuh free2 je satgi kut. Tak sanggup aku bayangkan kemungkinan tu semua.
Tergeleng-geleng kepala Putera Zaquan memikirkan semua tu.
"Sudah lah geleng2 tu..kang terteleng aku tak ngaku abang dah," seloroh Putera Adli selamba.
"Tak nak ngaku sudah..aku boleh bawak diri lah," gurau Putera Zaquan sambil acah2 terasa hati dengan Putera Adli.
"Pergilah," ucap Putera Adli mendatar. Terus langkahnya dipercepatkan untuk meninggalkan abangnya.
"Aku gurau je kut..kau yang nak terasa lebih2 ni dah kenapa," ujar Putera Zaquan sambil tersengih-sengih. Dah lah dia datang sini sehelai sepinggang dengan tak tahu jalan balik lagi..boleh jadi penghuni tetap kang dekat sini. Lepastu boleh tukar tajuk jadi peniaga pasar nerd.
"Tahu pun takut..." ujar Putera Adli sambil tersenyum menyakat. Melebar tu haa senyum dia dapat kenakan Putera Zaquan.
"Aku tak kata takut pun kan?" jawab Putera Zaquan sambil menarik muka bila dapat tangkap yang adiknya ini sengaja mengusik dirinya. "Aku kesian tengok kau alone nanti..kau kan sendu,"
"Suka hati kau je cakap orang sendu. Macam lah kau tu dah taken sangat," ujar Putera Adli sambil memandang Putera Zaquan atas bawah. "Lagipun lawak tau orang single ejek orang lain single,"
Terus Putera Zaquan terasa terhina. Rasa macam ego dia kena jijak2 tu haa.
"Hhahahaaha...nasib aku fikir nanti bonda cari kau je aku batalkan niat nak bunuh kau then simen dalam tong ikan," tawa Putera Zaquan sambil tersenyum-senyum. Dah lagak macam orang sakit mental.
"Hhahahaaha..kau takkan buat macam tu punya," gelak Putera Adli sengaja menyedapkan hatinya. "Kan??" soal Putera Adli meminta kepastian apabila Putera Zaquan hanya tersenyum memandangnya. Baru Putera Zaquan membuka langkah terus terabur langkah Putera Adli berlari. Kalau boleh dia memang tak nak pandang belakang dah. Seram!
"Adi!!" terus Putera Adli lincah mengambil laluan yang agak sempit dan tersembunyi. Mana dia tahu ada laluan macam ni? Sebab kalau dia keluar pergi pasar kadang2 dia terserempak dengan wartawan gila. Ye lah gila..boleh main kejar2 dekat pasar. Dah aku cakap tak nak jawab tu tak nak jawab lah.
"Ehh..apa kau buat dekat sini Zacky?" soal Putera Zafrel teruja. Putera Zaquan pula dok terjenguk-jenguk ke belakang Putera Zafrel.
"Kau cari sapa doo?" soal Putera Zafrel lagi. Terus hilang riak teruja.
"Kau datang dengan siapa ni?" soal Putera Zaquan kembali. Bukannya nak jawab soalan Putera Zafrel.
"Aku datang dengan monyet seekor tu lah," jawab Putera Zafrel dengan memaksudkan Putera Fateh sebagai monyet.
"Kalau si Fat tu monyet kau pulak cimpanzi. Perangai lagi setan kau ni kalau nak dibandingkan dengan si Fat tu," kutuk Putera Zaquan selamba.
"Auchh..that hurts very much Zacky," acah Putera Zafrel sambil tangannya digenggamkan ke baju di bahagian jantungnya.
"Acah lah kau. Ada nampak Adi tak," ujar Putera Zaquan malas nak layan.
"Tak..tak nampak pun. Aku pun sebenarnya tengah cari Fat," ujar Putera Zafrel turut meregangkan lehernya untuk mencari kelibat kembarnya itu.
"Asal kau lari dekat aku gila!?" terus Putera Zaquan dan Putera Zafrel melarikan pandangan ke arah kekecohan tersebut.
"Nak buat macam mana..time tu aku memang nampak kau je!" rupa-rupanya kedua-dua manusia yang sedang dicari sedang bergaduh sesama sendiri.
"Wo2.. apa pasal ni tiba2 je gaduh dekat tengah-tengah pasar ni. Dengan muka sorang2 cuak macam nampak hantu," pfftt!! memang mengundang tawa kepada Putera Zaquan dan Putera Zafrel.
Yang Putera Fateh dan Putera Adli pulak dah pasang muka ketat kena gelak puas2 dengan dua manusia dekat depan diorang ni.
"Oky2..cer citer apa yang jadi," ujar Putera Zaquan serius sebaik sahaja dia selesai gelak. Sedangkan muka dia punya tahanlah daripada buat sebarang reaksi. Sebab dia tengok muka manusia dekat depan dia ni dah macam tikus tercekik tulang je dia nak dengar cerita diorang ni. "Shh!" arah Putera Zaquan bila orang dekat sebelah dia ni tak habis gelak lagi.
"Huhhh," keluh Putera Adli perlahan. "Tadi aku kena kejar dengan perempuan gila tu balik,"
"Macam mana kau boleh jumpa dia pulak?" soal Putera Zaquan sambil menyembunyikan senyumannya disebalik tapak tangan yang sudah ditekup ke mulut. Acah2 terkejut gitu.
"Masa aku lari daripada kau lah..aku ingatkan kalau aku lalu laluan rahsia aku tu aku selamat. Rupa-rupanya perempuan tu buat tempat tidur dia pulak," cerita Putera Adli bersungguh-sungguh. Putera Zaquan dan lain2 pula hanya mengangguk-anggukkan kepala masing-masing.
"Habis tu macam mana pulak boleh jumpa dengan monyet ni?," soal Putera Zafrel pula sambil tangannya diarahkan kepada Putera Fateh.
"Hahhhahahaha!" terus terhambur gelak Putera Adli bila mengingati kembali detik pertemuannya. "Aku tengok Fat..Fat tengok aku lepastu dia buat2 tak kenal sambil patah balik. Aku pun apa lagi.. Putera Fateh daripada charmings grup ada dekat sinilah!!" terus cemberut wajah Putera Fateh.
"Cepat gila kut perempuan tu toleh..bukan takat perempuan tu je..budak perempuan daripada mana2 sekolah pun tengok wei!! Semua pakat kejar tak cukup tanah bila si putera idaman melarikan diri!! Hahaha!" serentak daripada itu ketiga-tiga putera tersebut menghamburkan tawa. Putera Fateh yang cemberut pula lama2 turut menghamburkan tawa terhibur tengok rakan-rakannya gembira.
Be continue...
~RoyalNerd👑~
YOU ARE READING
RoyalNerd
RomanceHighest rank[#no.1 prince ranking] (3 April 2020), [#no.1 schoollife] (24 Mei 2020) and [#no.61 school ranking] (28 March 2020) oo..em..giyy! I wanna kerai🙈💞 Seorang putera raja yang ingin mencari gadis yang benar2 tulus mencintainya tanpa memanda...