RoyalNerd 22

2.5K 168 9
                                    

  "Dah lah tu pura2," ujar Putera Adli bosan. "Kesian diorang kena tipu hidup2,"

  "Habis tu asal kau bawa aku pergi bilik rawatan sedangkan kau tahu aku pura2?"

  "Sebab aku pun nak balik rumah," jawab Putera Adli selamba. Pandangannya pula dibuang keluar tingkap. Sekali sekala dia menguap pula.

  "Bosan sangat ke duduk sekereta dengan aku ni?" omel Putera Zaquan perlahan.

  "Kau bisik apa?" soal Putera Adli sambil menoleh ke arah Putera Zaquan.

  "Sibuk ahh..aku bisik2 sebab aku tengah kutuk kau," ujar Putera Zaquan sambil tersenyum senget. Dia pun bosan sebenarnya saja nak buat bahan perang mulut dalam kereta.

  "Childish," ujar Putera Adli dan tersenyum sinis.

  "Apa kau cakap?!" melenting Putera Zaquan. Ada aku cakap aku dah start sayang dekat budak kecik ni? Buang jauh2 daripada ingatan korang. Time tu aku tengah tak betul. Sekarang ni otak dan akal aku yang waras betul2 geram dengan perangai budak mental ni.

  "HHAHAHAAHA!!!" terus Putera Adli melepaskan tawa yang sangat kuat sampai tertunduk-tunduk dia pegang perut. "Sumpah aku tak expect kau nak melenting sampai macam tu sekali," sekali lagi Putera Adli sambung gelak tawanya.

  "Tak lawak la jebon," ujar Putera Zaquan masih lagi marah. Tapi lebih kepada nak cover malu.

  "Lek lah..aku tahu kau bosan..aku pun bosan tu yang aku saja buat kau marah," ujar Putera Adli sambil tersengih. "Tapi serius kau ni macam perempuan la,"

  "Ehh..asal pulak?!"

  "Bosan cari gaduh, rindu pun nak cari gaduh," ujar Putera Adli sambil tersenyum panjang.

  "Suka hati kau lah nak cakap apa. Nasib baik dah sampai istana je ni haa..kalau tak dah lama aku jijak kau hidup2," ujar Putera Zaquan. Kakinya pula telah melangkah keluar daripada kereta dan menuju ke pintu utama istana.

  "Oky..aku nak jalan2 dulu lah ehh," ujar Putera Adli. Badannya pula telah dipusingkan untuk keluar semula daripada perkarangan istana.

  "Aku nak ikut!" Terus Putera Adli merasakan lehernya dililit dengan lengan Putera Zaquan.

  "Kalau nak ikut sekali pun perlu ke kau jerit dekat telinga aku?" Soal Putera Adli geram.

  "Hee.. eksited," ujar Putera Zaquan sambil tersengih macam kerang busuk. Ditayang pula muka tak bersalahnya dihadapan Putera Adli.

Putera Adli pula hanya mampu mengeluh dan membiarkan abangnya ikut. Bukan apa..sebab abangnya putera mahkota. Konfirm2 punya pengawal istana tak kasi dia berkeliaran macam aku. Terpaksa lah aku guna laluan rahsia untuk seludup manusia sorang ni keluar. Tapi kesian jugak sebenarnya dok terkurung dekat dalam istana tu. Kalau tak pergi sekolah..pergi urusan rasmi je yang dia boleh keluar daripada istana.

  "Disebabkan aku baik hati hari ni..apa kata kita pergi pasar?" ujar Putera Adli sambil memandang wajah abangnya yang masih lagi berpaut pada bahunya.

Erkk..boleh pulak dia tidur sambil berjalan. Penat sangat manusia sorang ni. Pape je lah..

                             (づ。◕‿‿◕。)づ

  "Lamanya Zaquan tak datang sekolah," ujar Fathia sambil matanya memandang ke arah tempat duduk Putera Zaquan. Nik yang ada dekat tempat duduk dia pulak tak tahu nak bagi respon apa. Nak lari macam nampak sangat aku takut dengan minah ni. Nak buat bodoh rasa macam kurang ajar sangat pulak.

Akhirnya Nik hanya berdehem untuk menarik perhatian Fathia. Mana nak tahu ice princess tu nak start conversation dengan dia pasal Putera Zaquan. "Ehemm," sekali lagi Nik mengeluarkan bunyi. Tapi tak dilayan..sudah lah.

  "Tak reti bawak air ke kalau dah tahu tekak tu kering," ujar Fathia selamba sambil kakinya melangkah keluar kelas.

  "Ehh?!" Kan dah kena kutuk free2. Nasib badan.

  "Nah.." hulur Fathia sebotol air mineral sejuk.

  "A..aku tak mintak pun," ujar Nik cuak. Tiber je ice princess ni baik gila dengan aku.

  "Vending depan kelas je pun.. pemalas," again? Aku kena kutuk depan2 tanpa aku boleh fikir apa yang tengah terjadi.

  "Tepi sana," halau Fathia agar Nik duduk di kerusi Putera Zaquan.

  "Aku dah belanja kau..jadi aku nak tanya kenapa aku dah lama tak nampak Zaquan,"

  "Cehh..tak ikhlas rupanya," kutuk Nik depan2.

  "Tak nak bagitahu sudah," pantas tangannya merampas semula botol air yang dipegang oleh Nik.

  "Ehh2..ok2..aku citer," ujar Nik sambil tersengih. Tangannya pula dihulurkan agar Fathia menyerahkan kembali botol air tersebut. "Aku tak nak lah kau kena cop buruk siku," sedangkan Nik dah terliur tengok air tu. Dah lah free..sejuk pulak tu. Fresh daripada vending machine ataupun dikenali sebagai mesin gedegang. Kenapa mesin gedegang? Korang dengar tak bunyi bila air tu turun? Gedegang kan?

  "Ehh..banyak bunyi pulak," ujar Fathia sambil tangannya diangkat ke udara dengan botol air yang masih lagi kemas di genggamannya.

  "Sebenarnya Putera Zaquan datang je tadi," ujar Nik sebagai mukadimah. Terus Fathia merendahkan tangannya. Cepat sahaja tangan Nik merampas kembali air sejuk tersebut.

  "Ahh lega!!" terus Nik menggayakan gaya monyet lega dapat kelapa seperti dalam cerita Upin Ipin.

  "Ngek," kutuk Fathia lagi selamba.

  "Hishh.." rungut Nik geram.

  "Habis tu kenapa dia tak ada kalau kau kata tadi dia datang?" sambung Fathia. Dagunya pula sudah ditongkatkan tanda dia bosan.

  "Sebab dia balik pulak la," jawab Nik selamba.

  "Yelah..tapi sebab apa?"

  "Sebab sakit lah..takkan sebab negara tengah bergolak pulak," ujar Nik cuba untuk berlawak.

  "Haah kan.. aku dah lama nak tanya kau..tapi tak sempat. Macam mana kau boleh kenal dengan putera mahkota dan Putera Adli?" soal Fathia sambil badannya ditegakkan kembali. Tanda dia berminat nak tahu.

  "Sebab ayah aku general istana kut?" jawab Nik ragu2 untuk memberitahu Fathia pekerjaan ayahnya. Tapi tak apalah..Fathia bukan jenis yang heboh dekat semua orang kan setiap cerita dia tahu. Harap macam tu lah..bukan malu dengan pekerjaan ayah malah bangga just sebab isu keselamatan je   Nik tak heboh dekat orang.

  "Ouhh.." balas Fathia perlahan.

  "Rumah Zaquan dekat mana? Aku nak melawat dia lah lama sangat aku tak jumpa dia ni," ujar Fathia setelah beberapa saat senyap tanpa perbualan.

  "Err.. Putera Zaquan nerd ke lagi bagi kau?"

  "Memang dia berpenampilan nerd kan selama ni? Soalan apa kau bagi dekat aku ni? Satu-satunya nerd dekat sekolah kita ni," jawab Fathia.

  "Hhahahaaha," Nik ketawa awkward. "Aku tak tahu rumah dia dekat mana," tipu Nik. Entah2 memang Putera Zaquan nak rahsiakan dulu diri dia yang sebenar daripada Fathia. Lagipun dia ada nampak jugak kejadian Fathia langgar Putera Zaquan masa nak naik kelas tadi.

  "Dasar best friend tak guna," again?! Nik dah pasrah dengan ketentuan Tuhan yang dia memang akan kena kutuk tapi tak mampu nak balas balik. Poor Nik. Rest in peace.

Be continue...

                                ~RoyalNerd👑~

RoyalNerdWhere stories live. Discover now