01

272 20 1
                                    

"Mark tolong bertahan. aku sayang kau!"

Haechan hanya mampu menangis di sisi katil yang sedang ditolak oleh beberapa orang jururawat.

"encik semua boleh tunggu diluar supaya tidak mengganggu doktor merawat pesakit."

seorang jururawat menghalang Haechan daripada masuk ke dalam kawasan bilik pembedahan.

"Haechan-yah. cuba bertenang. berdoa supaya Mark okey?"

Doyoung mula memainkan peranannya untuk memujuk Haechan.

"Doyoung, aku dah tandatangan borang kebenaran untuk pembedahan Mark."

Taeyong berjalan perlahan dan duduk di sebuah kerusi panjang di situ.

tangannya naik ke atas kepalanya lalu memicit-micit kepalanya yang berasa agak pening itu.

"oh, okey."

Doyoung mula duduk di sebelah Taeyong sebaik sahaja dia menyuruh Haechan untuk duduk juga di sebelahnya.

"Haechan, kau okey tak?"

soal Taeyong penuh rasa bimbang akan Haechan.

"hmm,"

Haechan hanya menganggukkan kepalanya dengan air matanya yang masih mengalir laju.

"hyung ni pun. boleh pulak tanya macam tu. kau tengok sendiri kan betapa sedihnya Haechan tu. dia tak okey la maksudnya."

marah Doyoung kepada Taeyong dengan nada perlahan.

"Chan dengar."

balas Haechan dengan nada perlahan.

Taeyong dan Doyoung hanya mampu menjeling antara sesama sendiri.

"haih,"

keluhan terbit juga dari bibir Taeyong.

"wae hyung?"

Doyoung memandang Taeyong.

"semua ni salah aku. kalau harini kita tak keluar mesti tak jadi macam ni."

Taeyong menundukkan kepalanya memandang lantai.

"tapi ni semua rancangan aku!"

"senyap, please? jangan salahkan diri kau. ni semua bukan salah kau. okey, macam yang kau kata ni rancangan kau tapi persetujuan semua kan? so semua salah. tolong berhenti salahkan diri sendiri la hyung."

Doyoung cuba untuk menenangkan Taeyong yang agak serabut.

"betul kata Doyoung hyung tu. kalau kita semua asyik saling menyalahkan orang keadaan akan jadi makin buruk."

akhirnya Haechan kembali bersuara.

Taeyong hanya senyap memikirkan keadaan Mark begitu juga dengan Doyoung dan Haechan.

"tolong selamatkan dia, Tuhan."

keadaan kembali senyap apabila ketiga-tiga mereka senyap tidak bersuara.

setelah hampir sejam menunggu akhirnya doktor yang menjalankan pembedahan ke atas Mark keluar dari bilik pembedahan.

Taeyong dan Doyoung bergegas mendapatkan doktor itu manakala Haechan pula masih senyap hanya memandang doktor itu.

"macam mana dengan pembedahan Mark?"

"pembedahan berjaya. kami dapat mengeluarkan kaca yang terdapat di mata Mark tetapi,"

doktor itu menghentikan ayatnya membuatkan Haechan tidak sabar lalu terus menarik kolar baju doktor itu.

"kenapa dengan Mark hyung?! kenapa?!"

"en-encik sabar! kaca itu terdapat tepat di kornea mata dia jadi mata dia berkemungkinan buta sebelah atau juga buta kedua-duanya sebab mata kanan dan kiri berhubung."

Haechan terus melepaskan doktor itu dan perlahan-lahan dia jatuh ke atas lantai.

"Mark hyung,"

Haechan kembali menitikkan air matanya yang baru sahaja tamat tadi.

katil yang di duduki oleh Mark itu dibawa keluar dari bilik pembedahan untuk di letakkan di dalam wad biasa.

Haechan yang terduduk di atas lantai tadi pantas sahaja bangun dan  mendapatkan Mark yang sudah dibalut matanya dan juga kepalanya.

"terima kasih, doktor."

Taeyong dan Doyoung menundukkan sedikit badan mereka dan beredar meninggalkan doktor itu.

"encik, Mark sekarang dalam keadaan koma. saya belum pasti lagi bila dia akan bangun tapi tolong biarkan dia rehat dan bercakap dengan dia. walaupun keadaan dia macam tu, dia dengar apa yang kamu bercakap dengan dia."

doktor itu tersenyum nipis lalu beredar.

Taeyong dan Doyoung hanya berdiri tegak di situ.

"macam mana kita nak bagitau Haechan?"

soalan daripada Doyoung itu seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri oleh Taeyong.

_TBC_

The Blind [C]Where stories live. Discover now