11

194 12 0
                                    

"kenapa dengan Mark, doktor?"

tanya Taeyong sebaik sahaja masuk ke dalam wad Mark.

"sebelum saya bagitahu, saya nak cerita sesuatu."

Doyoung menganggukkan kepala.

"lebih kurang 5 tahun yang lepas, saya mula bertugas di hospital ini. biasa lah kalau orang baru akan dibuli oleh orang lama tetapi hanya seorang sahaja daripada satu pasukan dengan saya yang langsung tidak pedulikan saya sampailah pada suatu masa dia nampak saya dibuli oleh senior yang lain. dia selamatkan saya yang hampir di tumbuk oleh beberapa orang senior.

setelah kejadian itu, saya dan dia mula rapat. saya jatuh cinta pada dia selama empat tahun dan saya dapat rasakan yang dia juga ada perasaan yang sama pada saya tetapi saya langsung tidak sempat untuk memberitahu pada dia.

pada haritu iaitu tahun lepas, hospital kami ada masalah kerana sekumpulan gangster datang kerana ketua mereka cedera. masa tu saya berada di bilik mesyuarat manakala dia pula baru selesai periksa pesakit dan dalam perjalan ke bilik mesyuarat. masa tu la dia dibawa ke salah satu wad untuk merawat ketua gangster itu. tapi dia degil dan menolak untuk merawat gangster tu. disebabkan tu la dia dibunuh oleh gangster. saya yang dengar tentang dia diculik oleh gangster tu terus berlari untuk selamatkan dia. tetapi saya terlambat, saya tiba di wad itu tepat pada masa dia ditembak."

Mark terkedu.

_tbc_

The Blind [C]Where stories live. Discover now