13

186 12 0
                                    

"Mark ingat tau yang kau hanya nampak kami je. Kalau kau nampak selain daripada kami, hiraukan. Faham?"

Mark hanya menganggukkan kepala mendengarkan arahan Taeyong.

"Kalau kau keluar pulak kau tengok orang tu ada bayang bayang atau tak. Kalau ada maksudnya dia manusia. Kalau takde tu kau sendiri dah tahu apa maksudnya."

Doyoung pula memesan.

Mereka menjadi sangat bimbang kerana hati sahaja balutan mata Mark dibuka dan mereka pula terpaksa pergi bekerja.

Kebiasaannya mereka akan mengambil shif yang berbeza supaya dapat menjaga Mark dan Haechan tetapi kali ini mereka terpaksa bekerja pada masa yang sama disebabkan ketiadaan pilot yang masih berada di Korea.

Kebanyakannya bekerja dan masih belum pulang lagi.

"Hyung, aku okey lah. Lagipun dah seminggu, aku pun dah biasa dengan perkara ni. Tambahan pulak tu Haechan ada kat sini jaga aku."

Mark memberikan senyuman kepada Taeyong dan Doyoung bagi meyakinkan mereka bahasa dia okey.

"Hyung jangan risau, Chan ada kat sini. Haechan akan jaga Mark hyung ni. Mark Hyung ni senang je nak jaga. Jadi tak payah la hyung susah susah fikir pasal dia ni."

Haechan pula menyokong apa yang dikatakan oleh Mark bagi meyakinkan lagi Taeyong dan Doyoung itu.

"Kalau korang sendiri cakap macam tu, maksudnya takpayah la hyung risau tentang korang."

Taeyong memberikan senyuman sebelum memandang Doyoung dan menganggukkan kepalanya sedikit sebelum keluar dari rumah.

"Nampaknya Taeyong hyung dah setuju. Hyung pun terpaksa la setuju. Korang jangan nakal nakal ye. Mark, Haechan jangan gaduh gaduh. Nak pergi mana mana dua dua kena tahu, chat kat hyung juga supaya hyung tak risau. Duit belanja hyung dah letak kat meja. Kalau tak cukup bagitahu hyung nanti hyung masukkan duit dalam akaun korang. Jaga diri ya!"

Doyoung pula melangkah keluar dari rumah dan menuju ke arah Taeyong yang sedang sibuk memasukkan bag pakaian mereka ke dalam bonet kereta.

Mark dan Haechan yang sudah berada di pintu rumah melambaikan tangan mereka ke arah Taeyong dan Doyoung yang sudah berlalu menuju ke lapangan terbang.

Mereka saling berpandangan.

_tbc_

The Blind [C]Where stories live. Discover now