20

233 9 0
                                    

"Happy birthday, Haechan!"

Haechan yang baru sahaja masuk ke dalam rumah itu terkejut lantas beg beg di tangannya yang terisi barangan yang dibelinya tadi terjatuh.

Matanya melihat sekeliling rumah yang terhias cantik dengan hiasan hari jadi dan juga terdapat satu ungkapan selamat hari jadi berserta namanya tertampal di dinding.

Matanya jatuh pula ke arah Mark yang sedang memegang kek hari jadinya yang tertulis perkataan yang sama seperti di dinding cuma yang berbezanya terdapat umurnya disitu dan Taeyong yang sedang memegang sesuatu objek seperti mercun tetapi yang keluarnya hanyalah kepingan kertas kertas kecil.

Matanya jatuh pula ke arah Mark yang sedang memegang kek hari jadinya yang tertulis perkataan yang sama seperti di dinding cuma yang berbezanya terdapat umurnya disitu dan Taeyong yang sedang memegang sesuatu objek seperti mercun tetapi yang kelua...

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(HC's birthday cake)

Doyoung yang sudah masuk itu segera meletakkan barang barang yang dibeli tadi lalu menyertai Taeyong dan Mark sambil dia memegang sebotol minuman.

"Tunggu apa lagi? Tiup lah lilin tu lepas tu buat permintaan."

Taeyong memberi arahan kerana sudah penat berdiri disitu tetapi Haechan nampak seperti lansung tidak terkejut.

Atau sebab dia dah tahu?

Doyoung ke yang bagitau?

Rosak rancangan dengan Doyoung ni.

Siap la kau Doyoung!

Aku pukul kau nanti!

Sementara Taeyong berimaginasi, Haechan membuat permintaan lalu meniup lilin.

Dia tersenyum gembira.

Mereka semua berjalan ke ruang tamu itu.

Kek diletakkan perlahan lahan di atas meja begitu juga dengan air yang dipegang Doyoung.

Di atas meja juga terdapat beberapa jenis hidangan yang terhidang.

Mata Haechan terus sahaja bersinar sinar apabila matanya melihat makanan yang terhidang.

Hampir semuanya adalah makanan kegemarannya!

"saengil chugha, Haechanie."

Ucap Mark lalu memeluk Haechan.

Setelah itu giliran Taeyong pula.

"Haechan-ah, selamat hari jadi! Aku harap kau jadi budak yang lebih baik lepas ni. Jangan degil. Dan aku nak ucapkan terima kasih sebab dah tolong aku dan Doyoung jaga kan Mark dan kau jaga kesihatan kau masa Mark sakit dulu."

Taeyong pula memeluk Haechan.

Tidak lama kemudian badan Taeyong ditolak kasar lalu Doyoung memeluk Haechan erat.

Taeyong memandang Doyoung tidak puas hati.

Haechan yang memandang hyung hyungnya itu hanya ketawa kecil.

Boleh pula dia lupa hari ni hari jadinya.

Mungkin sebab sibuk dan banyak masalah yang membuatkan dia agak tertekan mungkin?

"Happy birthday, Haechan! Hyung minta maaf tau sebab kitorang agak palau Haechan. Tapi ni semua rancangan Mark. Kalau Haechan nak marah, marah si Mark tu okay? Hyung nak berterima kasih dengan Chan sebab Chan jadi seorang yang baik, caring dan selalu buat kitorang gembira."

Badan Haechan dipeluknya sekali lagi.

"Terima kasih hyung semua! Haechan rasa macam nak nangis je sebab terharu. Beberapa bulan ni Haechan agak penat tapi terus hilang penat Chan dengan kejutan ni. Lagi lagi Haechan lansung tak ingat hari ni hari jadi Chan. Mark hyung, terima kasih sebab dah rancangkan rancangan hebat macam ni. Taeyong hyung dan Doyoung hyung, Haechan pun nak berterima kasih kat hyung sebab hyung dah jaga kitorang dengan sangat baik sepanjang kita kenal dan hidup bersama."

Keempat empat mereka berpelukan.

"Aku harap kita akan bersama sama sampai hujung nyawa kita."

"Aku harap yang kita akan tetap bersama walau apa pun yang jadi."

"Aku harap yang kita akan tetap jadi kawan baik."

"Aku harap yang kita akan lalui semua waktu senang, susah, gembira dan sedih bersama. Tiada rahsia antara kita."

Mark dan Haechan berpandangan sesama sendiri.

"Mark pun nak berterima kasih kat korang sebab sanggup jaga aku waktu aku 'tak nampak' dulu. Walaupun aku sampai tahap nak bunuh diri sendiri tapi korang selamatkan aku dari buat kerja gila. Kalau tak, aku tak mungkin masih ada kat sini lagi atau tak."

Ujar Mark.

"Hey apa ni sedih sedih. Ni kan birthday aku. Jadi aku nak semua orang happy! Jadi jom makan!"

Pelukan dilepaskan lalu mereka duduk berdekatan meja untuk memulakan acara makan.

"Gomawo Taeyong hyung sebab ambil berat pasal aku. Gomawo Doyoung hyung sebab dah tolong jaga kan Haechan masa aku koma dan juga buta dulu. Dan gomawo juga Haechan sebab dah jaga aku waktu aku tak terdaya dan juga tak mampu nak jaga diri sendiri. Gomawo sebab korang sayangkan aku sama banyak masa aku sihat ataupun aku buta. Thanks god sebab dah bagi aku hidup dan tunjukkan apa makna sahabat sejati."

Mark yang masih berdiri tegak itu ditegur lalu dengan cepat dia melangkah menuju ke arah rakannya yang lain.

Botol yang dipegang oleh Doyoung tadi sekali lagi dipegangnya dan digoncang kuat menyebabkan air berkarbonat itu terpancut keluar.

Ketawa yang kuat tercetus dari mulut mereka.

_End_

The Blind [C]Where stories live. Discover now