15

177 12 0
                                    

"Jom keluar!"

Ajak Haechan dengan senyuman yang manis, cuma untuk menghilangkan rasa gelisah Mark sejak dari semalam.

Mark hanya mengangguk kecil sebelum masuk ke biliknya untuk bersiap.

Haechan yang sudah bersiap itu duduk di salah satu sofa yang terdapat berdekatannya lalu mengeluarkan telefon bimbitnya.

Beberapa gambar swafoto atau lebih dikenali sebagai selfie itu diambil dan dihantar kepada hyung mereka.

Papan kekunci pantas sahaja ditekan untuk memberitahu mereka bahawa dia dan Mark akan keluar berjalan jalan.

Jam ditangan dikerling lalu telefon pantas disimpan.

3

2

1

"Okey, dah siap. Jom!"

Haechan bangun dari duduk dan bergerak ke pintu.

Langkah Haechan pantas sahaja Mark ikut untuk menyamai langkah mereka.

Setelah keluar, pintu dikunci dan mereka berjalan perlahan lahan menyusur jalan.

"Nak pergi mana ni?"

Soal Mark memecahkan kesunyian antara mereka.

"Kita pergi tengok wayang nak? Aku dengar ada movie baru keluar."

"Nice. Dah lama kita tak tengok movie. Nak tengok movie apa?"

"Kau tahu Trolls? Kita tengok Trolls World Tour."

"Macam best je."

Mark tersenyum.

"Jom cepat."

Tangannya menahan sebuah teksi.

Sebaik sahaja masuk ke dalam teksi itu, Haechan terus memberitahu tempat yang dituju.

Kereta teksi itu meluncur laju membelah jalan raya yang mula sibuk.

_tbc_

The Blind [C]Where stories live. Discover now