00

599 21 3
                                    

sudah hampir setengah jam dia menunggu di stesen bas itu, akhirnya dia bangun dari duduknya.

"mana Mark hyung ni?"

dia memandang jam di tangan kirinya sambil sebelah lagi tangan menyeluk poket dan mengambil sebiji gula-gula yang telah dia beli semasa singgah di kedai serbaneka selepas keluar dari rumah.

dari jauh kelihatan bayangan seseorang yang tercungap-cungap berlari ke arah lalaki tadi.

"lambat betul kau ni. tahu tak dah setengah jam aku tunggu kau macam orang tunggu durian jatuh tapi kena kait dulu."

lelaki itu membebel kepada kawannya yang dipanggil Mark itu.

"bising la kau ni, Haechan. aku dah sampai ni kau patut bersyukur tau!"

Mark menjeling Haechan sebelum mengelap peluh di dahinya lalu duduk di tempat menunggu di stesen bas tersebut.

Haechan juga turut duduk di sebelah Mark.

"mana yang lain?"

soal Mark sambil memandang sekeliling.

"diorang dah pergi dulu. kau punya pasallah! lambat betul. ni mesti kes main PUBG semalam."

rungut Haechan dengan mata yang tertutup sambil menikmati udara pagi yang segar.

"haih, bukan la. aku dah lama tak main PUBG. aku main Mobile Legends je semalam. sekarangkan seasons so aku push rank la."

balas Mark sambil memandang tepat ke arah Haechan.

"apa-apa jelah Mark hyung. jomlah."

mereka berdua bangun dari duduk dan mula berjalan perlahan-lahan menuju ke tempat yang ingin dituju mereka iaitu taman untuk bersantai sebelum pergi bermain di pusat permainan.

"kita nak pergi mana sebenarnya ni? bukan ke semalam kata nak pergi pusat permainan ke? kata nak main game kan?"

Haechan menepuk dahinya perlahan.

"nasib baik la aku tunggu kau tahu tak? kalau tak kau duk sorang-sorang kat situ tunggu kitorang pastu kitorang kat taman tunggu kau."

Mark hanya buat tidak tahu apa yang Haechan katakan lantas Haechan membalas.

"tu la. orang tengah bincang dia sibuk main game. semalamkan Taeyong hyung kata kita kumpul kat taman dulu. nak makan ke apa ke boleh la lepas tu baru kita pergi main game. dah faham ke belum?"

terang Haechan sambil membebel kepada Mark.

"yea aku faham."

Mark menangguk malas kepalanya.

"Haechan."

Mark memanggil Haechan perlahan.

"wae?"

"aku cuma tertanya-tanya kalau kau sayangkan aku ke tak."

soal Mark dengan nada suara yang perlahan juga.

"hm? apa kau kata?"

soal Haechan kembali walaupun dia dengar sebenarnya.

"takde apa lah. abaikan."

"aku? sayang kau? kau rasa?"

"tak la kot."

"kenapa kau rasa tak?"

"ada je yang kau nak balas eh Haechan?"

Mark menjeling Haechan.

"memang aku tak sayang kau pun."

The Blind [C]Where stories live. Discover now