Bab 24

1.3K 42 0
                                    

"Just one more time." bisik Lucas, memeluk aku erat. Aku berfikir sejenak, tak mungkin aku menyerah macam ni je. Lantas, aku beranikan diri untuk lontarkan segala persoalan yang berlegar dalam kepala.






"...sebab berdosa, ke?" tanyaku perlahan.





Lucas tertawa kecil, sinis, sambil menjelingku. Amboi, tenang betul dia ni, sedangkan aku dah terseksa ye kat sini.

"Pandai." Pujinya ringkas, tanpa sebarang riak.

Aku mengeluh perlahan. Faham. Baik. Aku faham. Sebab couple berdosa? Faham.

"Kau tau tak kita sedang farming dosa dalam 24 jam ni?" katanya, seolah-olah dalam mode Airil. Ah, faham.

Aku hanya mengangguk, membisu.

"Lepas 24 jam ni tak dah." Tambahnya.

Yelah, mungkin sebab ni kitaorang tak boleh bersama. Lepas 24 jam ni, kitaorang kawan? So tak dosa, macam gitu? Faham.

Aku segera tertunduk, terdiam lama.

Tidak lama selepas itu, Lucas mengeluh kecil sebelum merebahkan kepalanya di bahuku. "Don't make this any harder than it already is." bisiknya lembut, tapi nadanya berat.

"You wanted this shi-" Belum sempat aku lepaskan kemarahan, kata-katanya tadi kembali berlegar di fikiranku. Ya, memang berdosa. Aku tak boleh paksa. Itu hidayah masing-masing.

"I didn't want this, trust me." Keluhnya seperti betul-betul dah putus asa.

Tapi pelik, aku tak rasa itu alasannya. Sebab, kalau itu alasannya, dia tak akan buat macam ni langsung. Faham tak? Just, tak kena dengan perbuatan. Macam alasan je.

By the way , Aku tak plan benda ni. Dia yang nak. Aku mati-mati berusaha tau. Aku pasti ni hanya alasan. Fine, Tak apa, kalau hari ni tak jadi, esok masih ada. Selagi dia masih kawan aku, aku masih ada masa. Tapi, lepas semua ni, dia masih nak jadi kawan aku ke?

Aku tak boleh putus asa. Fikiran aku mula bercambah dengan satu idea gila. Tak berani nak luahkan depan-depan, tapi hati aku mendesak juga untuk bersuara.

Dengan tangan yang sedikit bergetar, aku capai telefonku.

Mariéne
Lucas

Telefon Lucas berbunyi, tanda mesejku sudah sampai.

Lucas
Yes Mariéne?

Mariéne
Tunang jom?
Kahwin jom?

Selepas membaca mesejku, Lucas terus tergelak besar. Suaranya memecah keheningan, tapi aku hanya memandangnya dengan wajah kosong. Aku serius ni.

Mariéne
Duit ko kan banyak.

Lucas masih tertawa, perlahan-lahan dia merampas telefonku dari tangan dan meletakkannya di atas sofa, seolah-olah tak mahu aku melanjutkan apa yang baru saja aku katakan.

Dia kemudian berpaling, menghadapku sepenuhnya, memegang kedua-dua bahuku sambil tersenyum, matanya tajam merenung mataku yang sudah layu, wajahku yang kosong, dan hatiku yang penuh kesedihan. Tapi harapanku masih tinggi, berdegil tak mahu jatuh.


"kahwin lah dengan aku. Aku pasti hidup kau akan tertawa, ceria, gembira-"

"Mariéne." Lucas memotong sambil ketawa kecil, genggamannya di bahuku semakin erat. Aku terkedu, hilang kata.

"Dah lah... dah lah." ujarnya dengan gelak kecil, menggeleng kepala seolah-olah aku bergurau. Dua kali dia ulang nok. Nampak macam dia rasa lucu, tapi aku? Aku serius. Hanya pandangan sedih terpancar dari mataku.

Estupído But True.[c] [Editing]Where stories live. Discover now