Bab 23

1.4K 42 4
                                    

"Lucas? Hey, what's up?" Suara seorang gadis yang familiar menyapa. Tapi siapa? Hanya Lucas yang menoleh ke arah suara itu, manakala aku kekal berdiri di tempatku.

Serentak dengan itu, seorang lelaki muncul di hadapanku.

Bill.

Aku dan Lucas berdiri bertentangan, masing-masing menghadap orang yang berbeza. Dari sudut pandang gadis itu, jelas dia nampak Bill, tapi tidak aku. Yang dilihatnya hanyalah belakang badanku.

"eh, Is that you Bill? Woah guys, I didn't know you guys were friends." kata gadis itu lagi. Jelas dia fikir Bill dan Lucas berjalan bersama.

Aku, bagaimanapun, fokus kepada Bill yang kaku di hadapanku.

"But who's this?" Gadis itu bersuara lagi. Aku pasti dia menunjuk ke arahku dari belakang. Lucas perlahan-lahan menggenggam tanganku dan memusingkan aku supaya aku menghadap mereka berdua.

Reene dan Elisha.

"Oh. It's you." kata Reene, tergelak kecil. Elisha pula, dengan senyuman paksa yang terpamer di wajahnya, tetapi matanya jelas memancarkan kebencian.

"What are you doing with these two out here, Mariéne? Mana boyfriend you?" sindir Reene. Lucas nampak sedikit keliru manakala Reene tersenyum puas.

Aku berpura-pura tidak tahu, mengangkat kening seolah-olah tak kisah. Bill mula menghampiri, menanti jawapan dari aku.

" Airil dekat mana, Mariéne? "tanya Reene sambil memeluk tubuh. Dia nampak yakin. Kedua-dua kembar itu sudah tersenyum puas, She thought she ate.

But look who's eating. "Ah ni boyfriend I, Airil." aku mencapai tangan Lucas. Diaorang ni tak habis-habis nak kacau aku. Padan muka korang.

Air muka dua gadis itu terus bertukar menjadi malu dan marah, dendam semualah. Mix feeljngs lah katakan. Kedengaran keluhan dari Bill di sebelah, dan bila aku berpaling ke arahnya, dia sudah berjalan pergi, meninggalkan kami.

"Ah I see what's going on here. So you guys dating eh?" Reene bersuara, jelas nada kecewa. Aku tahu dia memang suka Lucas. Elisha pula, mungkin ada hati dengan Bill? Sejak tadi nampak dia cuba berlagak cool depan Bill.

"korang kawan dia kan? Nama kawan sendiri pun tak tahu ke?" Aku bergurau, sengaja mengusik. Reene, suaranya semakin perlahan, "Dia tak pernah bagitahu."

Siapa suruh tak pergi Masjid Al Falah. Jk.

malu lah tu . Bill, Aku tak feel bad ngan dia. Sebab tujuan aku ada satu aje. Aku sayang Lucas, dan aku sedang berusaha untuk mencuri hatinya dalam masa 24 jam ni. Itu je focus aku sekarang ni.

Kali ni aku kena bagi trial betul-betul weyh.

Selepas shopping, aku dan Lucas pulang ke rumah aku. Dia menghantar aku sampai ke pintu. Aku merenung dia, dan dia membalas renungan itu.

Keadaan sunyi untuk seketika. Dalam diam, kami berdiri berdepan, saling memandang, tapi kali ini mata dia lain, serius, penuh dengan sesuatu yang dia cuba tahan. Aku dapat rasa dia nak cakap sesuatu yang berat, dan kali ini, perasaan itu sangat jelas.

Walaupun dia tak selalu tunjuk, aku tahu dia ada kuasa pelik. Seolah-olah dapat baca fikiran aku.

Aku tak mahu tunggu lagi. "Cakaplah," arah aku, cuba memecahkan kesunyian. Lucas tersenyum kecil. Biasanya, dia yang selalu cakap ayat tu pada aku. Kali ini giliran aku pula.

Dia menggeleng perlahan, senyumannya sedikit pahit, tapi tetap manis. Aku letakkan tangan di bahunya, lebih mendesak kali ini. "Say it." kataku lagi, walaupun aku rasa macam dah terlalu mendesak.

Estupído But True.[c] [Editing]Where stories live. Discover now