Bab 07

2.3K 63 1
                                    

Aku dah lepaskan kata-kata aku kepada dia. Aku percayakan dia. Aku percayakan dia macam mana aku percayakan Bill dulu. Aku harap dia tak akan hianat aku. Perbualan yang serius dijalankan.

"Did I? How so?" Soal Lucas singkat. Mata kami bertentangan dengan lama.

"Wouldn’t you like to know?"aku tersenyum senget."Maybe I do. Or maybe I already know."jawabnya dengan selamba.

"I’m not someone who trusts easily, especially after being cheated on. But for some reason, I trust you. It’s kinda weird, but I guess you’ve earned it."Terang aku. Aku tak dapat deny yang aku dah percaya dekat dia.

Dia tersenyum. "Nice to know. You’re the first to say that, so I guess I passed the test. Finally." Sambil bersandar dengan santai, dia meletakkan kedua tangannya di belakang kepala, menutup mata seolah-olah merasa bangga.

Aku tak dapat menahan senyuman , sudut bibirku melengkung ke atas. "I'm not just a test run, am I?"tanya aku gurau, deep down i'm serious about it.

Lucas semakin mendekat, dia menyangkut lengannya pada bahuku. "You’re more than that."

"Define 'more,' then."balas aku.
"I won’t betray you."jawabnya singkat.
"Okay"

Aku gembira dia cakap macam tu. Sangat-sangat gembira. "Jom , balik."Ajak Lucas.

Aku menyambut tangannya dan tersenyum."Okay."Perlahan aku bersetuju.

Jalan raya yang gelap ,sunyi dan menyeramkan. Lucas sedang memandu. Tiba-tiba buku-buku yang aku pernah baca terimbas kembali di otak aku. "Kau rasa, rules untuk dapat cinta yang tepat, mesti kena saling membenci pastu gaduh tiap-tiap hati ke?"soal aku out of nowhere.

"Yeke? Tak kot." Balas Lucas yang sedang memandu.

"sebab setiap novel melayu yang aku baca semuanya kena gaduh dulu . Tak pun kahwin paksa pastu saling membenci. Tak ada ke true love yang berjumpa dengan cara yang baik? Ni asyik gaduh je."Bebel aku .

Lucas tertawa." Mungkin tu tanda jodoh kot. "Jawab lucas. Hm betul jugak lah , ada jugak aku dengar-dengar bak kata pepatah dari orang tua-tua.

Jadi kitaorang? Mungkinkah Lucas bukan jodoh aku? Sebab kami tak saling membenci dari awal,gaduh or something?

Bosan.

"weh baca lah buku spanish. Aku rasa kau boleh jatuh cinta dengan buku tu. "Cadang Lucas begitu yakin . Macam lah aku faham semua perkataan spanish.

"kau kena faham otak aku ni yang tak seberapa."Balas aku menyampah. Mentang-mentanglah level dia dah jauh.

"Te enseñaré entonces "[I'll teach you then.]Jawab Lucas dengan mudah."Claro, cariño "[Sure, sayang.] Gurau aku.

Lucas tertawa."ceh yang tu pandai pulak."

Hehe senanye aku belajar perkataan tu untuk dia. Faham tak maksud tersiratnya geng? Hehehe.







Seperti biasa, kami membuang masa di hadapan pagar rumah. Aku merenungnya sambil tersenyum. Dia mula mendekati aku. "Nak apa? "Soalnya halus.

Aku menunggu kata-kata seterusnya. Dia ni, macam tak biasa pulak. "cakaplah"kata aku. Tangannya dihulurkan ke arah aku. Dia ni buat aku macam penjual bon je nak jabat-jabat tangan ni.

"jumpa esok." Katanya dengan suara halus. Aku memeluknya dengan erat. Aku melepaskan pelukan tersebut dan merenungnya dengan senyuman. Lucas terbisu.

"Don't make it weird."sakat aku sebelum meninggalkannya.

Hubungan semakin rapat hari demi hari.

Seperti yang dijanjikan Lucas akan ajar aku bahasa Spanish . Jadi kami pun kerap meluangkan masa bersama-sama untuk belajar bahasa Spanish and then hang out. Semakin hari bahasa spanish aku semakin baik.

Kami pun membuang masa di Starbucks Café selepas berlajo."so any plans? "Soal aku kepada lucas. Dia memandang disekeliling untuk mencari idea. " not sure. "balasnya kosong idea.

Idea terlintas di otak aku secara rawak."¿Puedes hornear un pastel? "Soal aku. [can you bake a cake? ] Cuba try test. Lepas belajar Kena lah pakai bahasa tu kan. Mentang-mentang dah manyak bandai woh. Lucas tersenyum. ""[yes] Lucas Terangguk.

Lucas pun mengajak aku ke rumahnya. Ini first time aku datang rumah dia. Tak pernah pulak aku terfikir nak hang out rumah orang. Takut-takut ada ibubapa nampak dia bawa perempuan masuk rumah tak ke menakutkannya tu.

Lucas menjejak masuk ke dalam rumahnya selepas sahaja pintu dibuka. Aku masih terbeku di hadapan pintu. "Masuklah. "Jemput Lucas dengan lembut. Segan aku nak bagitau dia perkara yang aku rasa. "how about your parents? "Soal aku nak tak nak.

Dia tertawa kecil. "tak. Diaorang tak ada kat sini. Aku tinggal sorang."Terangnya. Terperanjat aku woi. Kau tinggal sorang-sorang? Bapak ah. Macam mana kau survive.

"Assalamualaikum."Ucap aku kaki kanan menjejak ke dalam rumahnya."Waalaikumusalam."Jawab Lucas sambil tersenyum.

Rumahnya yang besar dan kemas. Reti mengemas ke dia ni? Dah lah besar rumah ni.

"Make yourself at home. "Katanya. Macam mana nak buat macam rumah sendiri, rumah aku tak sehebat rumah dia. Dah lah besar dua tingkat lagi. Bilik yang kosong tu tak kena tinggal jin ke?

Penuh dengan gambar-gambar lukisan.

Kami pun membuat kek bersama-sama. Recipe Lucas. Semua pun dia boleh buat.Nak tak nak aku puji tapi, husband material jugak dia ni. Untunglah isteri dia nanti. Untung kat diri sendiri ke tu. Gurau.

Lucas mengahlikan kek dari oven itu ke pinggan kaca yang besar. Aku merenung kek itu dengan senyuman lebar berpuas hati. "suka?"Tanya Lucas sambil merenung aku. "Sape je tak suka nok"

"sebenarnya ni kek pertama aku buat HAHAHAHA. aku ni tak ada ciri-ciri menantu idaman bunda. "Tutur aku dalam hati.

"makan? "Lucas memberikan aku sepotong kek. Nak pandang kek ke muka dia Mariéne? Aku segera menghentikan renungan itu.

7.30pm.

"Kenapa kau tinggal sorang-sorang? "Soal aku.Sepatutnya aku mesti tahu benda ni lebih awal. Aku rapat dengan dia tapi aku belum kenal sepenuhnya tentang dirinya.

"Tak ada pilihan"jawabnya.

Tbc.

Estupído But True.[c] [Editing]Where stories live. Discover now