Bab 30

1.2K 35 4
                                    

Aku terkebil-kebil seketika, cuba mengingati. "Oh! Dia kawan Bill yang sapa kitaorang hari tu! Asal aku boleh lupa? Dia rupanya!" Dalam hati, aku mengutuk diri sendiri. Betul, aku memang ada bagitahu nama aku kat dia waktu tu. "Leonard?" tanyaku dengan nada ragu-ragu, namun pasti.

Dia angguk, senyuman kecil tak pernah lekang. "I thought you forgot about me."

Aku ketawa kecil, senyumku tidak lagi tawar. "Almost, my bad." Balasku ringkas, cuba sembunyikan rasa sedikit terkejut dengan pertemuan ini.

"It's fine. We're friends, kan?" katanya dengan nada peramah, manis tapi penuh makna yang aku masih tak dapat teka.

Friends? Since when? Aku hairan sendiri. Dia kawan Bill, dan tiba-tiba dia muncul di sini, di perumahan yang sama dengan Lucas? Dunia ni memang kecil ke, atau kebetulan yang pelik? dah lah dia kawan Bill. Betul ke dia tinggal kat sini? Entah-entah Bill ada rancang sesuatu ngan dia.

Stop mariéne . Asyik-asyik bersangka buruk je. Lagipun buat apa Bill buat macam tu ? Setiap kali kitaorang jumpa dia ok je tak memberontak walaupun dia tahu aku dengan Lucas dan dia masih nak aku.

Entah kenapa, di lubuk hati aku, Aku tak boleh percaya sangat dengan Bill , sebab aku kenal gaya dia. Aku tak nak biarkan rasa ragu menghantui aku. Fokus aku tetap Lucas. Kali ni kita positif je lah ye. Aku tak nak fikir macam tu selagi aku tak jumpa Lucas.

Leonard memecahkan kesunyian itu dengan tiba-tiba." So... what are you doing here?"  Dia tanya sambil melangkah lebih dekat, mata dia tak lepas dari aku.

Aku tersentak, tapi cuba sembunyikan kegelisahan. "Do you live here?" aku cuba ubah topik, mengelak dari menjawab soalan dia.

Dia angguk lagi, kali ini dengan senyuman sinis di bibirnya. "Exactly."

Fokus aku adalah Lucas. Aku kena jumpa dia. Selepas malam tu? Haha, kena ghosting. Takde khabar langsung dari dia, yelah nak tahu khabar macam mana lagi? Telefon dia je masih dekat aku. Tak kan guna burung merpati kot.

"I need Lucas." terkeluar dari mulutku tanpa aku sedar. Mata Leonard tiba-tiba terangkat, wajah dia seolah-olah sedikit terkejut.

"Hm?"

"Oh no, fuc— I mean, I was looking for Lucas." cepat-cepat aku betulkan ayat aku, rasa panas di pipi mula naik sebab malu.
" Hm?" Balas Leonard menaikkan keningnya.

Dan akhirnya aku tersedar di mana kesilapan aku yang sebenarnya. Bodoh aku , Leonard bukannya kenal Lucas tu siapa . Yang aku ni selamba je cakap kat muka dia .

Aku cepat-cepat pandang ke rumah Lucas yang masih sunyi."Well, I’ve got a friend who lives right next door to you." jelasku sambil menunjuk ke arah rumah Lucas, cuba buat situasi ini kurang janggal.

Dia senyum sinis."He's not around today." Nada dia tenang, tapi kenapa aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena?

"And yesterday." tambahku, kini semakin yakin yang sesuatu tak kena. Dah berapa hari aku tak nampak bayang Lucas.

"I’d better get going now, bye." aku berpaling nak beredar dari kawasan tersebut. Aku berjalan balik ke kereta dengan langkah cepat, hati semakin resah.Aku tekan pedal minyak, balik ke rumah dalam kebingungan.

Tak ada khabar langsung . Dia memang dah tak nak telefon dia ke ? Jangan sampai aku jual online .







Seperti biasa, aku balik rumah, makan, mandi, main telefon dan akhirnya tidur. Keesokan paginya, aku terjaga tepat pukul 10. Hati aku dah nekad, hari ni aku mesti jumpa Lucas. Aku bersiap dengan cepat dan terus bergerak ke rumahnya.

Estupído But True.[c] [Editing]Where stories live. Discover now