Bab 26

1.2K 39 2
                                    

Kami melangkah masuk ke dalam bilik. "This is your room?" soal Lucas, nada suaranya tenang namun penuh pemerhatian. Aku mengangguk perlahan, melabuhkan punggung di atas katil sementara Lucas duduk di atas kerusi meja solek, matanya merenung sekeliling.

"Okay, dalam satu situasi ni," Lucas mula bersuara lagi, kali ini dengan nada lebih serius, "ada dua orang yang saling mencintai, tapi terpaksa dipisahkan. Kau rasa, kalau aku salah satu daripada diaorang, aku akan stay sebab aku sayang orang tu, atau aku akan pergi walaupun aku masih sayangkan dia?"

Otakku ligat berputar, cuba membaca maksud sebenar di sebalik soalan itu. Setiap kali dia bercakap, ada lapisan yang tersembunyi di bawah kata-katanya. Aku tahu Lucas, dia bukan jenis yang mudah untuk diramal. Jadi, aku pilih jawapan yang paling sesuai dengan dirinya yang rumit dan tidak boleh diduga.

"Kau akan pergi." kataku dengan suara perlahan. Namun Lucas menggelengkan kepalanya.

"Kau tak pergi?" Soalku nada serius ingin kepastian.

"Tak." jawabnya ringkas, tenang.

Aku mengeluh panjang, rasa seolah-olah semua tekaanku hanyalah sia-sia. "Semua tekaan aku salah dari laut dan langit tu lagi."aku menggumam.

Lucas mendongak sedikit, memandang ke arahku, riak wajahnya kosong namun kata-katanya menusuk."Sebab kau tak kenal aku. Memang patut, semua salah. Even cara kita berkenal pun salah, perasaan kita... Benda yang paling tak sepatutnya terjadi, malam tu, kat hotel."

Kata-katanya membuatkan aku terdiam. Perlahan-lahan aku menghempaskan tubuh ke atas katil, cuba menghadam setiap perkataannya. Lucas, dalam setiap jawapannya, seperti hanya melukai hatiku sedikit demi sedikit... Dengar kata-katanya membuatkan aku sangat letih. Sebabnya aku rasa bodoh dengan semua benda ni.

"But true, aku suka buat kerja complicated tapi trust me benda tu adil dan logik. Macam kena lahir semula. Aku nak kita mula something dengan betul. Tak singkat. Dah banyak episode yang kita skip, Mariéne. " katanya lagi, wajahnya masih tenang, riaksi kosong tanpa sebarang emosi jelas.

Start from the beginning? Macam mana? Kau nak aku masuk ke dalam perut mak aku balik ke ni? Nak lawan takdir ke? Ni semua dah terjadi, terima je lah. Apa benda dia cakap ni? Tak faham lah. Tak ada time machine. Kalau benda tu wujud, mungkin tempat kita sekarang bukan di bilik ni, tapi di rumah sakit jiwa.

"Kau takkan faham, bukan sekarang. Kau takkan faham... selagi hari itu belum tiba. Selagi kau tak rasa sendiri." Dia menambah, suaranya perlahan, seperti berat dengan rahsia yang tidak mampu aku jangkau.

Apa lagi ni... haih. Apa? Apa yang akan jadi dekat aku nanti?

Aku terdiam. Air mata mula berkumpul di hujung mata, menunggu masa untuk jatuh. "Fine." aku mengeluh, hatiku sudah terluka lebih dari yang aku sangka. "Kenapa kau stay? Kenapa tak menghilang je?"

Dia memejamkan mata sebentar, seolah-olah mencari kekuatan sebelum menjawab. "Sebab aku sayang dia. Dengan cara yang betul. Untuk tujuan yang betul. Dan untuk orang yang betul. Bila semua itu ada, tak ada alasan untuk tinggalkan dia. Biar apa pun yang terjadi."

Kata-katanya itu menusuk lebih dalam daripada aku sangka. "So, what are we then?" tanyaku perlahan, suaraku hampir pecah. "Kenapa kita tak boleh bersama?"

Lucas menghela nafas panjang, wajahnya kelihatan begitu terluka walaupun dia cuba menyembunyikannya."...bukan jodoh kita." jawabnya dengan perlahan.

Aku memalingkan wajah, tak mahu dia lihat air mata yang mula bergenang di mata. Hati aku retak seribu, setiap impian yang aku pernah ada tentang kami musnah dalam sekelip mata. "Jadi, itu... je?" bisikku, hampir tak percaya dengan apa yang aku dengar. “Kita bukan jodoh?”

Estupído But True.[c] [Editing]Where stories live. Discover now