Prolog

622 19 2
                                    

––––––––––––––––––––––
“Janji kau hanya meruntuhkan kepercayaan aku.”
––––––––––––––––––––––

•••

UDARA segar pada petang itu dihirup sedalam-dalamnya. Tangannya dilebarkan. Terus matanya memandang ke arah perutnya yang kian membuncit sedikit.

Sudah tiga bulan, dia tidak pulang ke pangkuan suaminya. Agaknya apa yang terjadi di sana? Macam mana dengan keadaan suaminya? Sihatkah?

Pedulikan semua itu. Jika benar sekalipun Ethan Zachary menyayanginya, pasti suaminya itu sudah mencarinya. Tapi, sudah tiga bulan dia langsung tidak bertanya khabar tentangnya. Dia seperti sudah tawar hati.

“Bosanlah pula. Nak ajak Eiman keluar lah,” telefon pintar berjenama iPhone 6s pemberian suaminya diambil.

Nombor Eiman didail. Lalu ditekap ke telinganya.

“Assalamualaikum, Neldya.” Eiman memberi salam.

“Waalaikumsalam, Eiman. Malam nanti jom keluar nak? Pergi restoran ke? Baby ni lapar lah. Aku teringin nak makan lasagna. Boleh tak?” pinta Neldya Masyitah sambik tangannya mengusap perutnya yang kelihatan sedikit buncit.

“Aku ambil kau jam 9 nanti ye,” putusnya.

“Okey, bye.” Talian dimatikan.

•••

“Aku tak sangka kau sanggup curang dengan aku. Aku ingat kau ni baik sangat. Rupa-rupanya sama sahaja dengan perempuan murah kat luar sana. Berjalan dengan lelaki lain.” Ethan Zachary memakinya tanpa mengetahui perkara sebenarnya yang terjadi.

“T-tak! Awak salah faham ni, Ethan. Kami makan saja. Kami tak buat apa-apa pun. Percayalah,” tangan dilekapkan ke perutnya.

“Sudahlah kau!” tangannya direntap kasar.

Bahu Neldya Masyitah dilanggar dengan sengaja. Tubuh Neldya Masyitah terjatuh. Perutnya terhentak ke lantai.

“Arghh!” cecair merah keluar dari bawah membasahi seluarnya.

“Ya Allah, Neldya! Darah! Jom saya bawa awak pergi hospital sekarang.” Eiman mengangkat Neldya lalu melangkah ke arah keretanya.

“Ethan..” matanya mula terkatup.

•••

“Janji yang awak beri hanya dusta. Awak tipu saya, Ethan. Sudahlah. Lepas ni saya nak awak ceraikan saya. Lepas tu awak nak buat apa suka hati awaklah. Saya dah tak kesah.” Matanya memandang ke arah perempuan bertudung shawl disebelah Ethan Zachary dengan perasaan cemburu.

“Sayang...”

•••

“Dengan ini, Ethan Zachary bin Idris Sebastian dan Neldya Masyitah binti Nazir telah sah bercerai—”

“Nanti dulu,” seorang lelaki masuk ke dalam makhamah dengan beberapa keping gambar di tangannya.

•••

“Terima kasih sebab sudi terima saya balik. Saya janji saya akan sayangkan awak sampai akhir hayat saya.” Tangan Neldya Masyitah dicium.

“Saya pun, Ethan.” Pelukan mereka dieratkan sambil mata memandang bayi lelaki yang lena di atas katil dengan senyuman lega.

Hey guys! This is my second story. Saya akan publish bab 1 dan seterusnya but slow update lah ye. sbb saya takde idea sangat. and btw kalau korg ade idea, korg boleh comment and vote skali tau. tqsm

Cintaiku Setulusnya [SU]Where stories live. Discover now